Thursday, September 13, 2012

Polis Ada Dalam Kumpulan Samseng Serang Bas Merdeka Rakyat

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.

Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.

Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.

“Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.

Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.

Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.

“Perkara cukup dikesali… Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas,” katanya.

Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.

“Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan,” katanya.

Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan. -KD

5 comments:
Write comments
  1. Inilah yang Najib katakan mempertahankan Puterajaya hingga ke titisan darah yang terakhir!

    ReplyDelete
  2. Kalau polis juga berada ddlm kump anak2 muda samseng tu..maknanya INI SUATU RANCANGAN UMNO. Kalau dlm perhimpunan aman BERSIH 2.0 & 3.0, kerja polis utk provoke peserta agar merusuh walau brkali2 penganjur nasihatkan agar jgn melakukan aktiviti keganasan. Nampak kan permainan kotor serta jijik UMNO keparat ?

    ReplyDelete
  3. Maklumlah UMNO dalam keadaan nazak sebab itu meracau tak tentu fasal!
    Dalam sisa-sisa pemerintahannya nak kebas semua wang KWSP rakyat!

    ReplyDelete
  4. Tak lama lagi cat merah habis di pasaran... Yang menghairankan, apasal tidak ada langsung tindakan polis? Cuba van BN disimbah cat -- tak sampai sejam sudah ada tangkapan.

    ReplyDelete
  5. Tak pe,biarkan anasir subversif dlm umno itu brtindak sbegitu. Mana tau itu satu kaedah yg Tuhan gerakkan hati umngok agar rakyat kebanyakan akan menilai ditahap mana umno sekarang. Biarkan keadaan ini brlaku,ada hikmahnya tu. Sebab apa umno dulu kuat, sebab pembawakan perangai umno zaman dulu jauh brbeda dr umno skrang. Jgn heran pun, bilangan umngok ni dah pupus sedikit demi sedikit dah pun.

    **yassir arafat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.