Tuesday, September 11, 2012

Remaja IPTA Dicekup Bersama Pasangan

Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Pelajar IPTA yang dicekup berkemban tanpa pakaian dalam bersama teman lelakinya dalam sebuah hotel masuk ke kamar mahkamah untuk proses pendakwaan.

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.

Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam.

Siasatan mendapati mereka bukan mahram.

Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. .

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -SH

9 comments:
Write comments
  1. Ini mesti pelajar UiTM cwg Dungun. Tak pelik kalu pelajar dsitu. Bukan sekarang ponn..dah lama berlaku cuma masa menyebelahi mereka lantaran tiada tindakan pihak brkuasa/pejabat agama.

    ReplyDelete
  2. jauhilah maksiat, jaga maruah.

    ReplyDelete
  3. Pelajar2 harus utamakan pelajaran bukan buat maksiat

    ReplyDelete
  4. Harap ini akan memberi amaran kepada remaja lain.

    ReplyDelete
  5. Sia-sia disuruh sekolah. Akhirnya tamat dengan tidak ada sijil.

    ReplyDelete
  6. Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis, demikian dakwa Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah.

    Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya.

    “Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap, “beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,”ujarnya.

    Beliau menceritakan kepada para hadirin dalam .ucapan dalam Majlis Pidato Khas Memperingati Peristiwa Ahzab di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, dekat Kuala Terengganu pada Ahad malam (9 September 2012).

    Menurutnya, polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit.

    Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut mengandung dan telah pun melahirkan anak.

    ReplyDelete
  7. Bersedia terima akibatnya.

    ReplyDelete
  8. patutnya sumbat saja dalam penjara.. hukuman biar tegas.. tidak perlu ada rayuan atau ikat jamin..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.