Friday, September 7, 2012

Polis tahan 2 individu kibar Sang Saka Malaya

Polis hari ini menahan dua suspek yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka sebelum ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek berumur 20-an itu ditahan petang ini di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

NONEMenurut Aziz lagi, mereka disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan.

"Kedua-dua suspek kini masih disiasat untuk tindakan susulan selepas mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

"Berkemungkinan akan dibebaskan malam ini dengan jaminan polis. Kedua-dua mereka hadir bersama peguam," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Polis sejak 2 September lalu menggesa individu itu dan saksi tampil membantu siasatan kerana ia dilihat serius kerana bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Salah seorang daripada mereka bagaimanapun sebelum ini menulis di blog bahawa mereka tidak berniat menggantikan Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, berdasarkan sejarah kemerdekaan tanah air, mereka merasakan Sang Saka Malaya layar dikibarkan bersama pada sambutan itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah pula berkata, sebanyak 325 laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

Beliau juga menjelaskan, setakat ini, daripada 11 orang yang gambar mereka disiarkan, sudah enam orang tampil menyerah diri. -MK

17 comments:
Write comments
  1. kibarkanlah bendera malaysia. tak ada semangat patriotik langsung.

    ReplyDelete
  2. Kibarkan bendera pada kereta kemudian angin terbangkan bendera itu lalu jatuh dijalanraya lepas itu ratusan buah kenderaan akan memijak jalur gemilang tersebut. Adakah pemilik kenderaan yang memijak bendera jalur gemilang itu harus disiasat kerana memijak bendera jalur gemilang?

    ReplyDelete
  3. Budak tu bawa bendera jer. Tak ada maksud lain pun.

    BN punya KECUT sampai TEKS KHUTBAH JUMAAT pun sebut 'segelintir dari Rakyat bercita2 untuk menukar bendera'. Lebih kurang macam tu la ayatnya.

    Hahaha... nampak sangat BN menggunakan GOLONGAN AGAMA untuk membodohkan Rakyat.

    Tapi tak semuanya BODOH. Hanya mereka yang BERKIBLATKAN MEDIA BN jer yang PERCAYA cerita2 TAHYUL nie.

    TUMBANGKAN REGIM BN!!!

    ReplyDelete
  4. yg baling kasut dlm mesjid tak de plak depa nak tegur, hmmmm tumbangkan be end

    ReplyDelete
  5. Aku nak tanya lagih..kenapa bendera Malaysia sama jalurnya dgn bendera USA ? USA tu bapak yahudi dunia. OOo..mngkin Anwar Ibrahim cipta kot masa dia student U duluh ? Biasanya itu jawapan bongok2 umnporno.

    ReplyDelete
  6. sang saka `MALAYA` pun disokong oleh PR Sabah.. sentiasa mo dijajah Malaya aja. inilah orang2 yang mudah ditipu!! apakah orang2 Sabah hanya pengikut org2 Malaya?? mereka ndak hormat pun kedudukan kita.

    bila orang suda suka..garam pun dikata gula, padahal....mintalah `gula` pada pekedai yg ada gula, bukan minta gula pada pekedai bankrupt & sentiasa hilang ntah ke mana. `dia` ada waktu pilihanraya aja.

    **tatap dgn dacing

    ReplyDelete
  7. Ada hikamahnya nanti, seperti kes Mat Idera yg dibawakan oleh Abg Mat Sabu tahun lepas... Polis pencen & pasukan keselamatan yg dpt untung. Polis lupa bahawa bendera Umno jugak berlatar belakang Sang Saka Malaya. Carilah.... Ada cerita tersembunyi disebalik bendera yg menjadi ketakutan pada puak BeeNd.. Sejarah tidak boleh ditipu selama2nya..

    Alfatihah...... kpd pejuang2 kemerdekaan sebenar sblm umno wujud. Mereka terkorban serta bermandikan darah & keringat utk menghalau penjajah keluar dr Tanah Melayu!!!

    ReplyDelete
  8. sebab itulah sambutan hari kemerdekaan semakin hambar.. habis rosak nikmat menyambut kemerdekaan bila ada puak2 terdesak menggunakan kesempatan itu melakukan provokasi..

    ReplyDelete
  9. Adakah ini semua 'penjajahan' baru secara halus??

    ReplyDelete
  10. Ambil tindakan jika disabit bersalah.

    ReplyDelete
  11. Harap mereka yang mengibarkan Sang Saka Malaya akan disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan. Kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  12. Janganlah jadikan demonstrasi sebagai budaya kita, demonstrasi tidak semestinya menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  13. Gunakan platform yang betul untuk menyuarakan suara hati dan bukan menggunakan perhimpunan.

    ReplyDelete
  14. Bendera M'sia sudah cukup untuk dikibarkan. Bendera yang tidak berkaitan tidak diperlukan.

    ReplyDelete
  15. sama-sama kibarkan bendera M'sia pada hari M'sia.

    ReplyDelete
  16. Siapakah dalang yang cuba mengubah bendera Negara kita ini.

    ReplyDelete
  17. Bendera yang ada sekarang itu sudah baik dan mencukupi. Jadi tidak perlu terpedaya dengan mereka yang mengibarkan Sang Saka Malaya itu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.