“Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”
Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.
“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.
“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya. -HM
Friday, September 7, 2012
Bayi Dibunuh Sebaik Dilahir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
makin menjadi kes pembuangan bayi sekarang.
ReplyDeleteKejayaan 55 tahun merdeka tuh..
ReplyDeleteTunggulah Bala dari ALLAH....pasti akan berlaku. Malaysia ni amam KONON...Ppppp Rahhhh.....Selagi Kerajaan BN UMNO....ada....selagi kerajaan ISLAM tak memerintah Negara ini...selagi tu lah...macam-macam jenayah akan berleluasa di Malaysia. Pembangunan di utamakan....hukum-hukum ISLAM tolak tepi. Baguslah tu BN UMNO bengappppppppppp.
ReplyDeletekejam.. memang sangat kejam.. so macam mana dengan cadangan melaksanakan hukuman gantung sampai mati bagi kes buang dan bunuh bayi?
ReplyDeleteBukankah sekarang ada alternatif baby hatch?
ReplyDeleteMasalah membuang bayi masih berleluasan, harap program seperti Baby Hatch boleh mencegah masalah pembuangan bayi.
ReplyDeleteSaya setuju sekiranya ada kidmat baby hatch. Ni mengelakan bayi2 yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam
ReplyDeleteMemang tidak patut berlaku. Kalau tidak mahu anak janganlah buat hubungan seks. Kalau tidak pun gunalah alat keselamatan menghalang daripada mengandung.
ReplyDelete