Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan November ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.
"Akhir-akhir ini semacam ada indikasi PRU akan diadakan pada tahun ini iaitu November," kata beliau.
Beliau yang mengambil kira angka 11 sebagai nombor 'pilihan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Pandangan ramai tentang nombor magik boleh diterima pakai tapi belum tentu dia bernasib baik ke tidak, angka 11 dia..." ujar Mustafa.
Beliau berkata demikian apabila merujuk kembali kepada pilihan raya umum pada November 1999.
"Kita pernah adakan pilihan raya pada November tapi Umno kalah teruk," kata Mustafa lagi.Namun demikian, beliau turut menjangkakan pilihan raya paling lewat pada tahun hadapan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat. -SH
Nik Aziz: Tak kisah bila PRU, penting rakyat undi PR
Pas tidak ada sebarang masalah dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa termasuk kemungkinan diadakan pada November ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendiriannya sama seperti sebelum ini yang tidak kisah tarikh PRU13 diadakan asalkan rakyat memberikan sokongan kepada parti itu dan Pakatan Rakyat.
“Saya selalu sebut, pilihan raya nak buat bila-bila pun tak apa tetapi pastikan rakyat mengundi Pas atau Pakatan Rakyat. Kita selama-lamanyasiap sedia,” katanya.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Dataran Cintawangsa, dekat sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan PRU13 mungkin diadakan pada November ini ketika berucap sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO di Sandakan, Sabah semalam.
Wednesday, September 5, 2012
PR ramal PRU Nov, 'PM belum tentu nasib baik'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramalan PR bahawa PRU akan diadakan pada November pun tidak semestinya betul. Selagi PM belum membuat pengumuman rasmi, tarikh PRU masih belum boleh ditentukan.
ReplyDeletePilihan raya boleh diadakan antara sekarang ataupun awal tahun depan, tunggulah pengumuman rasmi daripada kerajaan persekutuan, tiada gunanya membuat spekulasi.
ReplyDeletePatut bagi PM bantal kuning supaya dia tidur lena sebelum mengumumkan pembubaran Parlimen.
ReplyDeleteMasih lagi kabur-kabur bila PRU13 ini akan diadakan. tapi banyak yang mengatakan akan diadakan pada bulan november ini. tapi kita lihat saja.
ReplyDeleteBila diadakan itu tidak penting sekarang yang penting sekali ada semua pihak telah bersedia untuk menghadapi PRU13 ini,.
ReplyDeletePersediaan kena dilakukan seawal yang mungkin kerana tidak ada tarikh yang tetap di letakkan untuk PRU itu.
ReplyDeleteTidak ada yang lebih penting hanya dapatkan kepercayaan orang ramai dengan sepenuhnya.
ReplyDeletealahai! macam ramalan tahun lepas ja ni.. tahun lepas pun pembangkang buat ramalan kononnya akan berlaku pilihanraya bulan 11.. konon Najib suka nombor itu bla, bla, bla..
ReplyDeleteBanyak betul ramalan pembangkang, tunggu saja la pengumuman oleh PM
ReplyDeleteJangan percaya PR, banyak lagi muslihat pembangkanng.
ReplyDeleteAnon September 6, 2012 Yahooo minyak akan naik 30 sen lagi ini sebelum PRU13 kalau lepas PRU13 mungkin naik RM1.00 pula. Teruskan sokong UMNO/BN!
ReplyDeleteSyukur kerana harga petrol ron97 telah naik 30sen lagi. Ini kerana dompet terlalu penuh duit. skurang-kurangnya, kurang sikit isi dompet. Tu sb PR tdk sabar2 PRU13, dorg pn tlalu bnyak duit. Ini Kalila saya mgundi BN - Barang Naik
ReplyDeleteKekalahan pembangkang pada PR13 tidak memberi kesan kpd mereka hatta sudah punya pengalaman sebagai pembangkang selama 55 tahun. Yang kita tunggu, apakah BN/UMNO akan jadi pembangkang atau mahu. Saya ramal BN/UMN0 akan menyertai Pakatan Rakyat apabila kalah. Mana berani jadi pembangkang, 55 tahun tahu bikin duit sahaja!
ReplyDeleteaku pun banyak betul duit ni sampai bakar kayu api pun pakai duit! bagus betul harga minyak naik 30 sen lagi patutlah harga susu anak aku dulu harga 17.90 sekarang 18.50'' janji ditetapi BN = Barang Naik.. ini kali la..
ReplyDeletebosan sudah dengar ramalan2 ni. biar tunggu pengumuman tarikh yang sebenar.
ReplyDeletetak kisah bila2 nak bubar ...rakyat dah meluat ...sungguhpun family sya bn tapi skg dah jemu dan muai dgn perangai masing2 ...semua pentingkan perut dari rakyat ...
ReplyDeleteWalau pun petrol ron97 naik, tapi kita masih murah brbanding Thailand, Burma(Nyammar) dan Venezuela. Cuma Indonesia jer kita tak boleh banding sebab rakyatdia org kalau kerajaan nak naikkan Bahan Bakar Motor(BBM), mereka akan brhimpun seluruh kecamatan membantah. Tidak cukop dgn itu, media massa utama seiring dgn kebangkitan rakyat bawahan utk membantah.
ReplyDelete**888
Setiap kali ada kenaikan harga minyak Menteri BN suruh pengusaha serapkan kenaikan harga minyak dalam perniagaan mereka. Kenapa kerajaan sendiri tak serap kenaikan harga minyak dalam belanjawan kerajaan. Kan Bodoh namanya itu!
ReplyDeleteAda masa lebih kurang 7 bulan lagi. bersiap sedialah dalam masa yang sudah semakin singkat ni.
ReplyDelete