Najib Razak berikrar sambil mengajak orang Umno untuk menyekat jalan ke Putrajaya bagi menghalang Pakatan Rakyat memasuki ke kompleks kerajaan itu. Laung Najib dalam nada separuh lemah dan separuh bersemangat berbunyi; "kalau mereka hendak ke Putrajaya kita akan sekat jalan sekat jalan kerana mereka tidak layak untuk berada disitu," begitulah kira-kira kata Najib.
Menurutnya lagi dia tidak akan sekat dengan mengarahkan polis mengadakan roadblock tetapi akan sekat dengan kuasa rakyat. Wah hebat dan suci Najib dia seakan tidak mahu menyalahgunakan kuasa dalam mempertahankan kuasa politiknya. Tetapi tentu ramai yang tersenyum bila mendengar ucapan retorik itu kerana sebelum ini janji Najib untuk memberi kebebasan dan melakukan transfdormasi lebih lunak dari itu, namun habuk pun tak ada.
Otang masih ingat bagaimana Najib akan membenarkan himpunan Berssih 2.0 di stadium negara tetapi apa jadi selepas itu? Bukan itu saja banyak lagi kluk klek yang dilakukan Najib sekaligus menunjukkan akan kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.
Kalau Najib hendak sekat jalan ke Putrajaya sememangnya wajar mengambil langkah bagi memasatikan kuasa dan kedudukannya kekal. Tidak ada jalan lain lagi bagi Najib melainkan menghalangkan kemaraan itu jika tidak beliau akan hanyut.0 Tetapi soalnya apalkah Najib mampu untuk berbuat demikian? Ini persoalannya dan tanda tanya yang bermain dalam kepala umum.
Melihat kepada mood rakyat dan perkembangan hari ini langkah Najib itu sudah terlambat. Beberapa usaha untuk menarik perhatian dan keyakinan rakyat kepada UBN yang dilaksanakan tidak memberi apa-apa kesan dan merubah suasana yang ada. Malahan kebangkit rakyat semakin melata dan menyeluruh. Pemberian berbillion wang yang dilakukan kini tidak sedikit pun mengucupkan kemahuan rakyat.
Bukan saja rakyat yang bebas tetapi rakyat yang terikat dengan berbagai bentuk institusi seperti Felda, dalam kerajaan juga tidak dapat dibendung lagi. Bukan semua 1,200 keluarga Felda senang dan puas dengan pemberian durian runtuh kepada mereka. Demikian juga pegawai kerajaan semakin berania menyatakan rasa tidak senang kepada kerajaan.
Bagi rakyat umum pula wang dan segala macam pemberian oleh kerajaan diambil tetapi mereka tidak membuat jaminan dan menunjukkan komited untuk bersama Najib mempertahankan kerajaan UBN.
Di sini saya tidak mahu membuat perkiraan apakah Najib berjaya mengekalkan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, tertapi saya ingin bertanya secara bodoh apakah Najib berjaya untuk menghalang kebangkitan rakyat di Sabah. Esok khabarnya Najib akan ke Sarawak dalam siri perjumpaan dan sambutan hari kemerdekaan dalam rangka untuk memujuk rakyat Malaysia Timur untuk terus bersama BN.
Gelora yang menimpa Sabah kini tidak dapat ditutup lagi. Kalau ia laksana buah ranum dan berbau, baunya sudah merayap ke segenap ruang dan menyendak lubang hidung. Apa yang berlaku di Sabah sekarang ini jelas menunjukkan Najib tidak ada kuasa hikmat untuk membendungkan kebencian rakyat Sabah kepada UBN dan menyekat rasa ingin lari mereka dari BN. Tindakan diambil beberapa tokoh Umno negeri itu yang meninggalkan BN menunjukkan mereka tidak lagi mempercayai kepada Najib. Perkembangan itulah menjadikan Najib seakan sudah kehilangan sebiji telor!
Penyemberangan dan tindakan meninggalkan BN oleh beberapa tokoh rakyat di Sabah bukan saja terhenti setakat itu saja tetapi ia terus berlaku sehingga tiba pilihan raya. 15 dan 16 September nanti Anwar Ibrahim akan ke Sarawak dan Sabah sekali lagi. Di sana nanti ada beberapa kejutan yang bakal membelalakkan anak mata Najib termasuk sesuatu tindakan di luar dugaan. Mungkin untuk dibayangkan impi dan angan 16 September akan menjelma menjadi kenyataan ia agak melampau tetapi kejadian itu tidak mustahil? Dinasihatkan Najib menyedari perkara ini sedalam-dalamnya.
Jadi kalau arus kebangkitan rakyat Sabah gagal untuk Najib menghalangnya macam pula dengan arus perubahan yang berlaku di Semenanjung khasnya di kalangan anak-anak muda dan juga orang Cina. Gambaran pada himpunan di ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, Shah Alam dan juga KLCC malam semalam mengisyaratkan apa yang sedang bergerak dari bawah kini. Kehadiran orang ramai yang tidak dibayar atau dimobilisasi oleh mana-mana pihak ke himpunan itu dengan membawa aspirasi mereka sendiri mahukan perubahan memberi amaran awal kepada Najib untuk melihat kemarakan api perubahan.
Silalah Najib sekat dan halang jalan ke Putrajaya. Silakan... Lakukan apa saja. Sekatlah dari semua penjuru. Angin perubahan yang melanda dan mengerisik di dalam diri rakyat muasir ini menyebabkan Najib dan BN tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Kini Najib hanya bola berdoa saja tanpa boleh melakukan sesuatu yang lebih bererti dari itu.
Sebaliknya kalau Najib terus degil dan cuba menghalang jalan ke Putrajaya menyekat ombak kebangkitan dan kemaraan rakyat, maka sejarah baru akan dicatat di negara ini, sejarah bagaimana seorang perdana menteri akan jatuh terlentang di atas jalan kerana dirempuh rakyat yang 'ising' kepada sebuah perubahan dan mahu melenyapkan sebuah kerajaan yang bagi mereka menyemakkan mata memandang.
Oleh Mohd Sayuti Omar
Wednesday, September 5, 2012
Najib Sekat Gelombang Di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakyat yang akan menentukan siapa ke Putrajaya bukan ahli2 BN.
ReplyDeleteBaru2 ini kajian mencatat, 1 daripada 7 org Melayu ialah ahli UMNO. Ini bermakna 6 org Melayu bukan ahli UMNO. UMNO tidak mewakili org Melayu. Siapa 6 org Melayu akan undi, kita tunggu sahaja.
ReplyDeleteSebuah kajian mencatat, org Melayu sudah lama berpecah, 50% menyokong pembangkang dan 50% menyokong UMNO/BN. Mungkin di tempat2 tertentu lebih 50% UMNO begitu juga pembangkang.
ReplyDeletePertanyaan sekarang, mengapa selama ini UMNO menang, misalnya pada tahun 1999 dan 2008? Jelas yg mengekalkan kerajaan UMNO ialah pengundi Cina, India dan bumiputra bukan Islam. Sekarang, 80-90% Cina akan menyokong pembangkang, 65-75% India dan 45%-60% bumiputra Sabah dan Sarawak. Kamu ramal sendiri PR13, siapa akan memerintah?
Jangan lupa, PTI yg diberi kuasa utk mengundi pula 99% menyokong BN.hmm..rasanya tak adil..
DeleteBiar rakyat yang menentukan sama ada Pakatan itu layak masuk Putrajaya ataupun tidak, undian rakyat akan menjadi penentu.
ReplyDeleteJika Pakatan gagal mendapatkan Putrajaya, Anwar Ibrahim perlu turun seperti apa yang dijanjikan.
ReplyDeleteSekarang kita tunggulah pengumuman rasmi untuk PRU-13 daripada Perdana Menteri kita. Rakyat akan keluar mengundi pada PRu-13.
ReplyDeletePilihan raya ke-13 akan diadakan antara sekarang ataupun awal tahun depan, baik semua parti bersedia untuk menghadapi PRU dan rakyat bersedia untuk mengundi.
ReplyDeleteSemoga parti yang terbaik akan mendapat sokongan majoriti rakyat. Undilah dengan bijak.
ReplyDeleteYNG PENTING KERAJAAN/PARTI BN ADA HARI INI KITA TETAP SOKONG UNTUK MENJADI PEMBANGKANG SELEPAS PRU 13 NANTI...!
ReplyDeleteKita jadikan lawatan PM ke Kota Belud lawatannya yang terakhir sebagai PM. Di situ bermula UMNO Sabah dan berakhirnya riwayat UMNO Sabah!
ReplyDeleteBila mereka ada kepercayaan dari orang ramai dan sudah memenangi PRU yang akan datang maka tidak ada masalah untuk mereka ke Putrajaya.
ReplyDeleteNajib tahu apa yang hendak dilakukan dan pastikan ini adalah untuk kebaiikan bersama.
ReplyDeletePRU tidak lama lagi, jadi rakyat kena memilih dengan bijak.
ReplyDeleteHarap rakyat dapat memilih dengan lebih proaktif.
ReplyDeletePAKATAN memang sukar untuk menawan Sabah. Ini adalah yang benar berlaku.
ReplyDeleteIni kerana kalau kita lihat sendiri sokongan penduduk Sabah kepada Kerajaan BN masih lagi padu dan kuat.
ReplyDeleteRakyat sudah lebih matang untuk memilih siapa yang akan mereka pilih sebagai mencorak kerajaan pada penggal seterusnya.
ReplyDelete"Otang masih ingat bagaimana Najib akan membenarkan himpunan Berssih 2.0 di stadium negara tetapi apa jadi selepas itu?"
ReplyDeletesudah kena bagi stadium, tapi jalanraya juga yang dipilih oleh Bersih..
memang patut Najib sekat pembangkang.. sebab kerja mereka tidak lain tidak bukan hanya untuk berdemo dan menghasut rakyat untuk bertempur dengan pihak polis..
ReplyDeleteTak payah la nak komen banyak sangat kenyataan Najib. Menang dulu baru boleh argue.
ReplyDeletePembangkang jangan asyik meracuni fikiran rakyat.
ReplyDeleteNajib kata PR tak layak berada dPutrajaya ? Aduh...negara nih mak bapak dia punya ker? BN tu sebenarnya kecut telur bila sebut PRU. Setiap kali PRU apalagi by-election, mereka trpaksa guna talian hayat utk hidup. Siapa lagi kalu bukan SPR, Peguam Negara serta polis. Hanya barua2 umngok jer yg parcaya hasutan Najib tu. rakyat kebanyakan rata2 sudah celik dan mau barubah, hanya Najib yg gula-gulakan.
ReplyDelete**Raja Sulu'
PKR pernah cakap, kalau Pakatan menjadi kerajaan, semua pendatang asing akan diberikan status penduduk tetap...
ReplyDeletekalau di sabah, susah lah PR mahu menang...
ReplyDeletesebab undi pembangkang pasti akan pecah...setakat ini belum lagi ada kerjasama yang mantap antara pembangkang di sabah..
ReplyDeletelagipun, biarpun lajim dan bumburing sudah keluar dari BN, Bn sabah tetap kukuh dan kuat...jentera pilihanraya BN juga sudah siap sedia..
ReplyDeletepembangakang hanya menjanjikan bulan dan bintang...PR tidak berminat pada penyelesaian isu2 rakyat di sabah...PR hanya minat pada undi rakyat untuk membolehkan PR membentuk kerajaan baru pada pru13 nanti.
ReplyDeletesokongan rakyat sabah kepada BN masih utuh...
ReplyDeleteSeptember 6, 2012 6:34 PM:
ReplyDeletePR dgn warganegara palsu, mana lebih hancing???
Najib mahu tiru gaya kpimpinan Basar Al Asad dSyria kot kerana brkata BN akan prtahan Putrajaya hingga'titisan darah trakhir'. Gila ke Najib tu. Putrajaya tu mak bapak dia punya ker? Begitulah resam negara2 islam,bukan sebuah dua malah kebanyakan. Tengok negara omputih trutama New Zealand...walau kristian, dasar kepimpinan mereka paling telus dlm dunia malah menyaksikan prtukaran parti dlm mentadbir negara malah mereka tetap maju.
ReplyDeleteOrg Malaysia nih, minyak naik BAGUS. Tiada biasiswa utk pelajar BAGUS. Rakyat bayar tol yg banyak BAGUS. Harga barang keperluan naik BAGUS. Menteri2 sapu duit negara BAGUS. Jenayah meningkat kerana polis asyik tangkap ustaz BAGUS. Raja2 Melayu dipermainkan oleh UMNO juga BAGUS. Negara menuju kebangkrapan BAGUS. Malah mereka juga tetap menganggap Nik Aziz tak betul. Hj hadi ketua pengganas. DS Anwar rakan yahudi. Lim G Eng anti hudud dan ntah apa2 lagi yg tak masuk aqal. Untong UMNO dapat meLAYU bangang.
**Raja Sulu'
Samada PR atau pun BN yang akan menang, semuanya di tangan rakyat.selamat berjuang kepada kedua2 belah pihak parti.
ReplyDeleteaku masih tak pecaya dgn lompat parti ni ...diaorg pentingkan kuasa dan duit semata2 ...klu umporno umpan ribu riban cair ...tulah manusia petingkan perut ...
ReplyDeletekalu BN sekat jalan ke putra jaya kita naik heli... lah turun diputra jaya,wahai BN,bukan kamu yang menentukan siapa yang akan memerintah pada PRU 13 tapi rakyaat malaysia,.....kalau mahu sekat jalan ke putra jaya bah kamu bagus-bagus lah memerintah.....ini asyik kasi tangki dan zink saja....kalau ada tangki tapi paip tidak ada air buat apa ..apa mahu isi air kencingkah?...bodoh piang punya BN
ReplyDeleteTidak dapat banyangkan macamana keadaan Sabah jika pembangkang yang jadi pemerintah.
ReplyDeleteSokongan rakyat kepada BN masih kuat lagi.
ReplyDeletePR tiada peluang untuk menang..Tau buat kacau sahaja.
ReplyDelete
ReplyDeleteSekatlah apa-apa yang kamu boleh sekat. Asal jangan sekat rakyat mengundi pada PRU-13 nanti sudah lah. Pasca PRU-13 nan ti kita tahulah SIAPA yang tersekat.
PM sering datang ke Sabah menunjukkan keprihatinan beliau.
ReplyDeleteharap PM akan berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat di Sabah.
ReplyDeleteapa pun, rakyat akan menjadi penentu siapa yang akan menang pada pru 13.
ReplyDeleteparti pembangkang yang tidak bersatu memberi kelebihan pada BN untuk menang.
ReplyDeleteyang penting tanggungjawab pada rakyat haruslah sentiasa ditunaikan.
ReplyDeleteaku heran,suma urang yang bg kmen siap taip nama,suma sokong Bee end,orang yang sama ka yang bg kome ni??kahkah..palui pnya urang bee end
ReplyDeletekalau hati dah buta..semuanya nampak negatif...jgn menangis tak berlagu sudahlah bangsaku...mau jadi macam negara jiran? merempat di bumi sendiri.Ketuanan yang hilang...bila dapat kuasa mata dah kelabu...tau menghasut jer...memerintah dan memang 2 perkara berbeza...
ReplyDelete