Saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) mengalami kejatuhan yang amat parah apabila setelah jatuh di bawah paras psikologi RM5 kelmarin dan semalam jatuh lagi apabila ditutup pada harga RM4.78.
Harga tersebut hanya 0.8 sen lagi ke paras bahaya - menurut penganalisa jika turun ke RM4.70 seunit, peneroka akan menangung kerugian.
Koordinator Gerakan Selamatkan Felda, Sdra Mazlan Aliman di dalam kenyataannya menyatakan:
"Adakah Najib akan kata, turun naik saham perkara biasa. Hujah yang sama diberikan oleh Dato Abd Ghani Othman, Menteri Besar Johor waktu lingkupnya Amanah Saham Johor. Pemimpin Umno tak fikir derita rakyat. Berapa ramai pemegang saham ASJ yang muflis kerana ghairah beli saham ASJ sebab percaya sangat cakap Ghani Othman. Hingga buat loan di Bank mencecah RM 100,000.
Bila pelabur yg merana, buat loan, jual tanah dll nak untung segera jumpa pemimpin Umno; ayatnya standard... adat main saham, ada untung ada rugi!"
Bila pelabur yg merana, buat loan, jual tanah dll nak untung segera jumpa pemimpin Umno; ayatnya standard...adat main saham, ada untung ada rugi!
Masa ghairah promote FGVH,...apa yang pemimpin Umno tak jamin?
Bulan, bintang....masyaallah.
Jangan dengar cakap pembangkang, tak de wawasan, bodoh, ......
Kini bukan sahaja saham FGVH jatuh, isu syarikat judi beli saham seperti saya paparkan dalam FB pun, PM dan Isa Samad terkedu. Sudah tidak mampu menjaminnya. Peneroka dan pemegang saham tidak kira Ustaz, Imam, Bilal dan lain2 terpalit sama. Menanggung dosa!
Bukan sikit, 400 juta unit saham Genting Bhd dalam FGVH....
Mewakili ANAK, saya mendesak YAB PM buat penjelasan segera kedudukan meruncing saham FGVH; juga kedudukan sebenar mekanisme syariah bagi mengelakkan pemegang saham terjebak dlm pelaburan haram atau syubhat.
Gerakan Selamatkan Felda(GSF) akan mengutus surat Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong mohon pemakluman mengenai status memorandum yg dihantar pada Himpunan Oren 14 Julai lalu. Keyakinan kami Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu sedang meneliti perkembangan terkini mengenai FGVH.
GSF sedang berusaha mendapat perkenan untuk mengadap Yang DiPertuan Agong bagi berkongsi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia.
Friday, September 7, 2012
Saham FGVH Terus Alami Kejatuhan Parah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
felda tak rugi..lepas ni kerajaan akan ambil duit kwsp, naikkan harga sesetangah harga barang, naikkan cukai untuk tampung hidup mati org felda. maknanya, gara2 masalah felda, rakyat malaysia yg tidak kena mengena dgn felda pun melingkup juga. inikah janji transfomarsi najib? janji ditepati? kesian org2 felda yg bakal melingkup dgn hutang2 saham tu. saham tu bukan free maaa.. itu hutang misti kena bayar ooo
ReplyDeleteSAHAM,memang risikonya turun naik. Tetapi selalunya turun ( rugi) ler. Jika turun, pinjaman yg dilakukan oleh pelabur(peneroka) tu trpaksa lah lebihkan sikit usaha cari wang seharian utk bayar dgn felda yg kata tolong 'cover' pinjaman para pelabur tuh. Jika naik, felda akan sapu keuntungan tuh dan salurkan kpd pelabur mereka dlm 10 % ( kalau dpt le)
ReplyDeletemaknanya, kalau saham rugi, peneroka kena kerja over time lah misalnya jual goreng pisang, tanam jagung dsb. harap2 rumah, tanah mereka tak dilelong. ayoo payah juga nasib peneroka ni. siapa suruh main saham, kan lebih baik mcm dulu risiko pun kurang. kesian.
ReplyDeleteAdakah rakyat Malaysia keseluruhannya masih mahu menyokong Kerajaan BN UMNO pimpinan Najib Rosmah. Harapan saya kepada rakyat Malaysia yang bijak pandai jangan lah lagi terpedaya dengan kata-kata Kerajaan BN UMNO. Mereka kerajaan BN UMNO telah banyak buat kesilapan. Kesilapan yang amat besar ialah tidak mengikut Undang-undang Islam, perekonomian Islam. Terlalu ramai rakyat ISLAM di Malaysia ini menanggung DOSA RIBA angkara Kerajaan BN UMNO yang sengaja buat tak tahu bahawa RIBA itu adalah dalam golongan DOSA BESAR. Semoga ALLAH akan menyedarkan umat ISLAM di Malaysia ini dan seluruh Dunia keseluruhannya, bangkit menentang mereka-mereka yang engkar melaksana hukum-hukum ISLAM.
ReplyDelete