Friday, September 7, 2012

1,365 Janji Kerajaan BN Di Sabah Tidak Ditepati?

kemiskinan di sabah. janji BN tidak ditepati

Sukar untuk dipercayai! Jalan berlopak, projek naiktaraf yang tidak selesai-selesai, tanah runtuh dan keadan jambatan yang tidak memuaskan malah membahayakan pengguna merupakan antara dilema dan kesulitan yang dihadapi rakyat Sabah sejak sekian lama terutamanya di kawasan pinggir dan luar Bandar.

BN gagal sediakan infrastruktur yang baik demi kemudahan rakyat. Hampir seluruh Sabah kita mempunyai masalah jalan dan masalah jambatan.

Kerajaan BN sebelum ini telah menabur janji untuk membina 1,365 jalan-jalan di kawasan luar bandar tetapi tiada satupun yang ditepati.

Antaranya adalah jalan-jalan di beberapa kawasan di Kota Belud, Telipok-Kiulu, Ranau, Kota Marudu,Tambunan, Inannam, Menggatal, Sook, 1 Bornero Kg Kibagu Road, tenom, Kalabakan, Matunggong, Kudat Sandakan, Nosob di Penmpang, Putatan, Kokol, jambatan di Kota Marudu, Keningau, projek jambatan tergendala di Beaufort dan banyak lagi.

Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAPNegeri, pada tahun 2003 BN mengumumkan peruntukan 100 juta untuk membina jambatan ke pulau Bum-Bum sepanjang 1.2 kilometer.

“Malangnya ia tidak dilaksanakan, pada tahun 2006, kos projek jambatan tersebut telah meningkat kepada 240 juta dan pada tahun 2009 pembinaan jambatan tersebut meningkat keadaan RM420 juta! Kerajaan BN masih tidak buat!”

Malah yang mengejutkan, penduduk terpaksa melakukan inisiatif mereka sendiri. Kenderaan yang mahu dibawa ke Pulau Bum-Bum seperti kereta, motosikal dan van akan diangkut menggunakan dua buah perahu dan ia sangat membahayakan.

“Kedaan sebegini begitu teruk. Kita kena tahu bahawa ini cuma janji kosong, janji yang tidak ditepati oleh BN”

Menurutnya, selain masalah jalan, ramai rakyat miskin Sabah terutamanya di kawasan luar bandar maupun pinggir bandar.

“Masalah miskin ini bukan sahaja di Keningau, banyak lagi tempat yang lebih teruk.”.

-http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

50 comments:
Write comments
  1. semuanya cerita karut dari pembangkang yg tidak senang dgn rekod pembangunan yg telah dibawa oleh bn.
    berpijaklah di alam yg nyata dgn realiti yg kita nampak

    ReplyDelete
  2. pembangkang tau cari kesalahan kerajaan saja, kesalahan sendiri tak nampak.

    ReplyDelete
  3. janji2 haruslah ditepati.

    ReplyDelete
  4. Ada janji BN yg dilaksanakan tetapi banyak yang gagal bahkan pembangunan Sabah sangat jauh ketinggalan dibanding negeri2 lain. Memang sakit hati mendengar terutama penyukung UMNO/BN Sabah tetapi terimalah fakta jangan kipas2 dan jilat2 sahaja!

    ReplyDelete
  5. Betul gaman, kalaulah saya pemimpin BN/UMNO, saya lebih suka kritikan daripada jilat2 dan kipas2 kerana org yg seperti ini memang api dalam sekam.

    ReplyDelete
  6. Aku BANGGA dengan UMNO/BN kerana Sabah merupakan negeri terkaya di Malaysia dengan sumber minyak dan pertanian tapi menjadi negeri TERMISKIN di Malaysia bukan begitu bAnon September 8, 2012 8:58 AM.
    Ini yang kita harus SOKONG UMNO/BN supaya kita terus menjadi negeri termiskin!

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya projek2 BN yg hangus tu kerja sial JKKK dan Ketua UMno Bahagian. Dia minta duit utk projek, dpt duit contoh RM500 ribu. Duit tu hilang tgh jln dlm 60-70 %. So,apa yg tinggalnya. Kontraktor trpaksa lari sebab fulus tak cukop. Tapi jika projek dr Pejabat daerah, ia jelas mngkin berjaya cuma lambat. Bagaimanapun rekod telah menunjukkan bahwa jika sesuatu projek tu janji UMNO/BN, hah, memang gagal le tu. Bukan dia mahu tipu tetapi ramai penyangak mereka yg tunggu RM dtg dr UMNO pusat dn bila sampai duit mereka jadilah '3 Abdul' tu. Apa yg tinggal baki nanti itulah projek yg bakal dilaksanakan. Tapi jika duit ada 100 ribu mana mngkin jln brharga 500 ribu bisa dilaksanakan donnn.

    **888

    ReplyDelete
  8. janji buat jalan tidak ditepati ini boleh tuntut di mahkamah, macam di selangor tidak dapat air percuma bolah bawa ke mahkamah cakap Noh Omar

    ReplyDelete
  9. Musa kata jumlah bajet yang diluluskan oleh kerajaan pembangkang di Pulau Pinang tidak sampai 1 bilion, selangor pula bajetnya cuma 1.6 billion sementera Sabah 4 bilion katanya.
    Musa betapa CETEKnya pemikiran kau ini. Sandakan lebih besar dari Selangor dan Tambunan lebih besar dari Pulau pinang. Jika engkau bagi 4 bilion itu kepada daerah-daerah di Sabah satu daerah dapat berapa. Contoh paling jelas satu keluarga 10 orang isi rumah kau bagi RM20 belanja makan tengahari cukupkah ya kalau keluarga yang hanya ada tiga orang isi rumah mungkin makan mewahlah. Patutlah Sabah masih menjadi negeri termiskin di Malaysia kerana Musa tak tahu mengira keluasan negeri ini asyik bandingkan peruntukan di negeri lain tanpa mengira keluasan negeri ini!

    ReplyDelete
  10. masalah di sabah kita tak ada pemimpin yang berwibawa .kepentingan diri sendiri diutamakan ,rakyat diabaikan .asas utama kemasukan persekutuan Malaysia 20 perkara dilupakan .
    Perkara 11: Cukai dan kewangan .
    Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.

    setiap bajet yang dikeluarkan wajib lah di audit dimana di salurkan ,untuk mengelakan salah guna kuasa .

    ReplyDelete
  11. PR boleh bagi maju Sabah?? hahaha

    boleh....!!!!!? PR memang boleh majukan Sabah! majukan IC, majukan duit dlm akaun sendiri, maju keluar sana sini, maju main pompuan, maju ambil duit petronas, dll kamajuan !!

    marilah pilih PKR yg boleh majukan kita nih! sebab orang2 PR sentiasa berusaha mancari salah! hutan sebelah rumah pun, yg salah adalah krj BN..*anak berzina/ merogol pun yg salah adalah BN, padahal ndak pandai jaga anak sendiri!! tau mancari salah orang jak, tapi ekur penuh n, ajis. tunjuklah yg engkau orang ni terlampau `cerdik`. berenti kerja lah. imbuhan dgn krj mahu jak. tapi ndak mahu bertarima kasih

    ReplyDelete
  12. Ini kali la kita hancurkan BN buat selama2nya.selamat tinggal BN.amin.

    ReplyDelete
  13. terimalah kenyataan sabah memang negeri miskin di malaysia jadi jgn asyik nak membodek ini kali lah

    ReplyDelete
  14. kalau di semananjung gaji swasta dah 900 tapi di sabah masih di bawah 500 apa nak di kato

    ReplyDelete
  15. memang benar hampir seluruh Sabah mempunyai masalah jalan dan masalah jambatan...

    ReplyDelete
  16. kerajaan BN perlu menepati janji jika ingin terus memimpin negeri Sabah

    ReplyDelete
  17. pastinya rakyat inginkan kemajuan seperti yang dijanjikan

    ReplyDelete
  18. semoga kerajaan BN akan terus memajukan negeri Sabah seperti yang dijanjikan oleh mereka sebelum ini

    ReplyDelete
  19. Jangan sebut-sebut pasal UMNO, saya pun UMNO juga tapi saya sokong Pakatan Rakyat. Dengan syarat perlu bertoleransi dan tidak tamak. Yang perlu dipilih hanya satu yb sahaja, jadi kenalah atur satu lawan satu dengan BN, jangan pula nanti masing-masing mahu bertanding, bikin pecah undi sahaja. Sebab yb yang mahu dipilih satu sahaja iaitu yang mendapatundi paling tinggi.

    ReplyDelete
  20. selepas 49 tahun BN gagal memajukan sabah , apakata Mahatir "SABAR" .
    PKR juga bukan parti yg dapat memperjuangkan sabah. selagi kita bergantung dengan Parti tanah Melayu ,sabah tidak akan kemana .
    apa yg penting mencari pemimpin yg berwibawa yg dapat memperjuangkan
    20 perkara .

    ReplyDelete
  21. Terima la hakikat kegagalan Be End memajukan jalanraya di Sabah..Kenyataan sudah di depan mata..Apalagi,ini kali lah...

    ReplyDelete
  22. BODOH betul la orang-orang SABAH yang masih lagi sokong BN; malah menjilat bontot BN memuji-muji! Mitos yang selalu dikatakan "Mana PR buat pembangunan"? Palui; kasih jadi pemerintah dululah PR baru adil nampak dua-dua (BN vs PR) siapa yang lebih berkemampuan!!

    ReplyDelete
  23. what happen to all of those sweet sweet promises????

    ReplyDelete
  24. PRU semakin dekat, tetapi janji kerajaan masih banyak.

    ReplyDelete
  25. Jika Kerajaan BN ingin terus memimpin sabah, BN kenalah menepati setiap janji-janji yang diberikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  26. Apapun janji perlu dikotai. Rakyat bukannya bodoh. mereka akan undi mana-mana party yang benar-benar iklhas untuk membantu mereka.

    ReplyDelete
  27. Ya sabah memberi budget 4 billion seperti yang di kata kan oleh CM kita tapi ada kah budget itu dapat memberi menafaat kepada penduduk negeri sabah,sebagai contoh di kawasan Keningau jalan ke Kampung Baru sehingga sekarang belum di aspal manakala Jalan Binsilon dan Jalan Kg Pagnsangon Tenom masih lagi belum di aspalkan,jadi mana budget yang dikatakan oleh BN dan yang saya hairan terdapat di kawasan Papar pengaspalannya hanya sekitar 40 meter saja dari jalan utama,jadi maksudnya budget 4 billion yang di umumkan oleh BN sabah masih tidak mencukupi.

    ReplyDelete
  28. mana negeri di Malaysia yang langsung tidak memiliki jalan berlopak??

    ReplyDelete
  29. tanah runtuh pun boleh dipolitikkan?? parti politik mana di dunia ini yang boleh mengharamkan bencana alam? Pakatan? Star? Sapp?

    ReplyDelete
  30. "Kerajaan BN sebelum ini telah menabur janji untuk membina 1,365 jalan-jalan di kawasan luar bandar tetapi tiada satupun yang ditepati."

    Hiew ada turun padang melawat semua 1365 jalan2 di kawasan luar bandar?? si Hiew ni tahu menipu saja, mana pernah buat kerja..

    ReplyDelete
  31. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang menentukannya.

    ReplyDelete
  32. Pembangkang pun belum tentu dapat realisasikan semua janji2 mereka. Ceh!!

    ReplyDelete
  33. janji PR yang diberikan kepada rakyat Selangor, PP, Kedah dan kelantan adakah sudah ditepati?

    ReplyDelete
  34. pembangkang berusaha untk mendapatkan sokongan rakyat Sabah kini.

    ReplyDelete
  35. rakyat Sabah pasti dapat melihat sendiri perubahan yang berlaku di Sabah.

    ReplyDelete
  36. pembangkang mahu memerintah, tapi mereka sendiri berpecah.

    ReplyDelete
  37. keadaan parti pembangkang yang tidak bersatu menyebabkan rakyat tidak menyokong mereka.

    ReplyDelete
  38. nani,,yam,,cuba kourang bila komen bg fakta..cerita mcm di kedai kopi ja..sapa yg berpecah??jkkk kg kourg yg cerita ka??kahkah..disabh ada perubahan ka??kekayaan kroni musa ada perubahan la,lg tambah kaya...kahkah..ramai suda yg menolak bn,kourang ja yang masih buduh...kahkah..kourang kasi tahan la itu bn jgn kasi rebah arr...kahkah

    ReplyDelete
  39. Diharapkan janji kerajaan untuk membina 1,365 jalan-jalan di kawasan luar bandar akan ditepati demi kemudahan rakyat.

    ReplyDelete
  40. Harap kerajaan pusat akan memberikan peruntukan yang mencukupi untuk menunaikan janji membina jalan raya ini.

    ReplyDelete
  41. Kekalahan UMNO/BN ini kali is their own doing. Di kasi mandat selama 18,kroni aja yg kaya raya. Rakyat dan negeri masih miskin. Jangan salahlah rakyat kalu kamu urang semua dihukum.

    ReplyDelete
  42. yang pasti,kalau pr memerintah,kasi bongkar suma kerja jenayah musa aman dan kasi beku harta dia hasil dari samun..dan jg kroni2 dia...boleh duduk rumah baru di penjaraaa...kahkah

    ReplyDelete
  43. Harap kerajaan BN memberi peruntukan yang mencukupi? Kamu jangan bermimpi kawan-kawanku, bangunlah dari mimpi kamu yang panjang wang kita dalam KWSP sudah kena songlap untuk menyelamatkan saham Felda dari terus merudumlah kawan! Ini yang kamu masih sokong dengan UMNO yang merampas duit KWSP kita!

    ReplyDelete
  44. Pembangunan yang di beri oleh kerajaan tidak pula pembangkang ambil peduli..yang buruk sahaja mereka nampak.

    ReplyDelete
  45. Janji yang di beri oleh kerajaan pasti di tunaikan.. tidak perlu pembangkang memperbesarkan isu ini.

    ReplyDelete
  46. Ambil masa juga mau buat semua ini, bukan boleh buat dalam mas yang singkat.

    ReplyDelete
  47. Ingat janji PR boleh pakai kh... sekarang manis mulut lah, janji boleh buat ini, boleh dapat itu..tapi hakikatnya semua janji terang bulan sahaja.

    ReplyDelete
  48. Balik-balik pembangkang mau perbesarkan isu ini untuk menarik perhatian rakyat.. isu lapuk betul.

    ReplyDelete
  49. umno janji taik..pastu nao ckap pkr plak....ahahhahahahah bodoh punya macai

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.