Tuesday, September 11, 2012

Samseng Upahan Dikenalpasti Dalam Kawad Cam

Seorang samseng Umno yang terlibat dalam insiden simbah cat ke bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka Sabtu lalu berjaya dikenal pasti oleh salah seorang peserta rombongan semasa proses kawad cam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, petang tadi.

Seramai 11 suspek dipanggil menjalani proses tersebut dan pengecaman itu dikesan oleh Setiausaha Kerja Wanita Pusat KEADILAN, Maisuri Hamzah.

“Saya sahkan seorang individu iaitu pemuda bernama Sharidan yang memakai topi berwarna merah semasa insiden itu.

“Polis kemudian mengambil keterangan berhubung kawad cam, dan memberitahu bahawa saya ada mengambil gambar (Sharidan ketika insiden itu),” katanya ketika ditemui selepas selesai menjalani kawad cam kira-kira jam 4.00 petang tadi.

Menurut Maisuri, kes tersebut yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 247 Kanun Keseksaan (merosakkan harta benda awam) ditukar kepada Seksyen 248 untuk membolehkan tangkapan dibuat.

Selain Maisuri, turut sama membuat kawad cam, petugas pejabat KEADILAN, Abdul Hadi Suhaimi.

Kedua-dua mereka telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut pada hari kejadian.

Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.

Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat. -KD

16 comments:
Write comments
  1. Dah nama samseng..itu lah keja nyer. Sepatutnya anak2 muda tuh brjihad dPalestine membantu umat islam dsana. Mati syahid jln trbaik, jgn mati tauhid alamak tak baik.

    ReplyDelete
  2. kenakan tindakan pada mereka yang terlibat.

    ReplyDelete
  3. Anak2 muda sekarang bertindak mengikut emosi daripada akal fikiran

    ReplyDelete
  4. Harap mereka yang terlibat dalam perbuatan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka akan bertaubat.

    ReplyDelete
  5. Apa terjadi dengan anak-anak sekarang, bertindak mengikut perasaan. Terlalu banyak pengaruh negatif daripada perhimpunan ganas barangkali.

    ReplyDelete
  6. salurkan ketidak puasan hati ke saluran yang betul. bukan dengan berlagak samseng

    ReplyDelete
  7. Bukan trpengaruh dgn mana2 prhimpunan 'ganas' rasanya tetapi itu ada tgn ghaib dbelakang bebudak tuh. Kalau ndak ketua umno bahagian, ketua cawangan atau kalu ndak pengerusi JKKK Umngok. Benda2 cam tuh takyah nak sembunyi siapa pelakunya. Dlm poket jer taktik lapuk cam tuh.
    Apa lagi perhimpunan yg dianjur oleh NGO's atau pembangkang, tidak pernah huru hara jika tidak dkacau oleh anjing2 umno. Juga prhimpunan rakyat menuntut 8 perkara yg jika dteliti 8 perkara tuh,semuanya tidak menyalahi undang2 mana2 negarah pun. Tidak perlu UMNgok takut dgn tuntutan NGO's tu jika merekah memang BERSIH.

    ReplyDelete
  8. Siasat mereka ini. Polis harus adil kepada semua.

    ReplyDelete
  9. Tindakkan samseng sebegini bukannya budaya yang patut kita contohi.

    ReplyDelete
  10. Ini budaya UMNO dan PERKASA yang memulakan insiden menghina dan membakar gambar pemimpin pembangkang!

    ReplyDelete
  11. Yg aku pelik nye puak2 PERKASA tuh, bila Mat2 Negro tu buat kacau dan ganggu ketenteraman penduduk mana2 taman perumahan malah siap nak brparang dgn pihak brkuasa kita spt yg barlaku di Neg 9 tempohari, takder pulak puak PERKOSA tuh nak ke depan membantu. Kalau sama sandirih, hoh,dia lah 'pahlawan' nya.

    **Bokeh UMNO Sri Monanti

    ReplyDelete







  12. Ni Dia Muka Penjenayah Yang Membaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat
    Posted on Wednesday, September 12 @ 19:30:00 UTC
    Dilulus untuk paparan oleh teori

    Sumber SiasahKini

    Identiti Lengkap Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Dedahkan





    Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenalpasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam.

    Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan.
    Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin. (baca sini.)
    Dikatakan samseng Umno nih menetap di Batu Gajah Pasir, Merlimau. Berikut biodata penuh samseng Umno nih :-
    Nama : Sharidan bin Shaharan
    Umur : 29 tahun
    Tarikh lahir : 25 Mei 1983
    No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395
    Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka.


    Mengikut sumber blog nih, mamat ni adalah pengendali blog Jiwa Paradox. Blogger pro Umno nih dikatakan sering melemparkan fitnah ke atas Pakatan Rakyat melalui tulisannya.

    Jadi tidak hairanlah, jikalau mamat nih boleh bertindak ekstrem sebegini. Jikalau inilah produk modal insan yang dihasilkan oleh Umno untuk diangkat sebagai pemimpin.. jahanam negara!!
    Ni Dia Muka Penjenayah Yang Membaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat

    ReplyDelete
  13. Jangan salahkan pada parti. salahkan individu yang bertindak ekstrim dan paling baik jika hukuman dikenakan kepada individu tersebut.

    ReplyDelete
  14. individu ekstrim tu 'umno' dan polis tu keturunan 'umno', so apa hukuman yg u jangka BOLE ?

    ReplyDelete
  15. pergh! lincah betul pemimpin2 pakatan bila 'samseng' umno buat provokasi kepada ketua umum mereka.. macam mana pula dengan ratusan ribu samseng Pakatan yang buat kacau di dataran merdeka??

    ReplyDelete
  16. kalaulah si Sharidan ni simbah cat di kenderaan rasmi najib, sudah tentu pemimpin2 pembangkang akan pertahankan beliau dan menaikkan nama beliau sebagai hero Pakatan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.