Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum bersedia untuk memanggil pilihanraya umum ke-13 ekoran masih belum menyelesaikan beberapa masalah di Sabah dan Sarawak, terutamanya melibatkan pendatang asing.
Mat Sabu juga mempersoalkan kredibiliti SPR kerana seolah-olah tergesa mahu mengadakan pilihanraya, walaupun Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pun belum memulakan tugasnya.
Mat Sabu menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya dalam isu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan. — Gambar file
“Ia dengan sendirinya bermakna daftar pemilih masih tidak bersih dan itulah antara sebab utama rakyat Sabah menuntut suruhanjaya itu ditubuhkan,” kata Mat Sabu yang dipetik dalam Harakah.
Kerusi parlimen di Sabah menjadi deposit tetap buat kerajaan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya, malahan pada PRU 2008, BN berjaya meraih 24 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan.
Situasi sama juga berlaku di Sarawak apabila BN memperoleh 30 kerusi daripada 31 yang dipertandingkan.
Pemimpin Pas tersebut juga menyelar SPR dalam isu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan, walaupun aduan demi aduan dilakukan kepada pihak SPR.
Walaupun laporan telah dikeluarkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) dan mengemukakan 22 syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya, ia masih mencukupi untuk menjamin SPR akan menjalankan pilihanraya yang bersih dan telus.
“Ada pendaftaran bertindih di mana seorang pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama menjadi pemilih di dua tempat yang berlainan.
“Contohnya, SPR kata dia pindahkan 19,000 pengundi, sedangkan bila PKR siasat, terdapat 31,294 pengundi yang dipindahkan,” katanya lagi.
Malahan, pihak gabungan pilihanraya adil dan bersih (Bersih 2.0) telah bertindak mengkritik jawatankuasa tersebut kerana menyerlahkan lagi penipuan yang berlaku sebaik laporan PSC dikeluarkan.
Antara kes yang mendapat perhatian Bersih ialah mengenai sijil kematian yang banyak dikeluarkan di tempat-tempat seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang (walhal tiada kematian yang dilaporkan), pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor (suku tahun pertama 2012), terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah serta isu pendaftaran pengundi dibawah Kod 71 (warganegara dilahirkan di luar negara).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada Sabtu lalu, menyatakan pihaknya bersiap-sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dan kini hanya menanti tarikh pembubaran Parlimen yang diramal oleh pemerhati pada November ini.
-TMI
Monday, September 10, 2012
Selesaikan projek IC ‘Sabah’, baru pilihanraya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mari lah kita sama2 membenteras penagihan sabu di sabah yg akan menghancurkan masa depan dan pemikiran anak muda org sabah
ReplyDeleteLama laksanakan PRU pun bising, mau laksanakan PRU pun tambah lagi bising. susah betul pembangkang ni.
ReplyDeleteRCI sudah ditubuhkan, tinggal menunggu masa lasgi untuk dilaksanakan.
ReplyDeleteTak payah selesaikan isu PATI...biar rakyat sabah pupus pun. PR nak tolong isu nih,bukan mau dsokong malah dicerca lg. So, kalu aku jd pamimpin trtinngi PR,aku serah balik Sabah kpd Filipina msuk kelompok Pulau Jolo. Ada juga yg kata ic palsu ni Anwar Ibrahim yg bagi. Kah kah kah bodoh punya otak. PR parjuangkan kenapa banyak partindihan ic dSabah dan telah barlaku pon....tp dkutuknya pulak PR. PATI dpt jawatan besar anak pribumi dpt jadi mangkuk hayun jer..Adoiii.
ReplyDeletemasalahnya denngan RCI ialah, bila mau dilaksana dan dengar kata dlm TOR RCI tidak dinyatakan apakah tindakan terhadap org bertanggungjawab memberi IC haram kepada PTI. kemudian, tidak juga dinyatakan dlm TOR RCI sebab apa IC diberikan kepada PTI. jadi, apa maknanya RCI ini kalau tiada tindakan dikenakan kepada pesalah yg memberi IC haram ini dan tiada juga dalam siasatan RCI untuk apa IC di keluarkan. cehh''' nampak sangat RCI ini penuh dengan perlindungan pemimpin BN yang terlibat dgn projek IC haram. memang betul BN parti syaitan yang dikenali. para pengikut parti syaitan mmg susah bila berhadapan dengan kebenaran.
ReplyDeleteKerajaan tahu apa yang patut dilakukan. Kerajaan tidak pernah lupa akan perkara mengenai RCI ini.
ReplyDeleteKita harap kerajaan akan memastikan yang mana kepentingan penduduk Sabah itu dapat dipertahankan dan diperjuangkan. Jangan biarkan penduduk Sabah terus menjadi mangsa keadaan.
ReplyDeleteakhlak u pun kerja ada projek pembersihan, mat!! bersihkan aqidah & hati busuk penganut2 PAS yg mudah mengata orang lain! macam Allah dah takde. mcm Allah dah hilang kuasaNya! mulakan dgn diri u, mat! pastu pujuk anwar mengaku salah beri ic percuma pada pti suatu masa dalam usaha menewaskan pairin.
ReplyDeleteanda berani atau suka pot pet pot pet?
bodoh betul bah rakyaat sabah ini,PR kasi 20% royalti minyak pun masih mahu sokong itu BN penipu,kasi hapus PTPTN pun itu melayu bodoh yang banyak hutang PTPTN masih cakap BN baik,PR mahu kasi turun itu harga minyak pun itu pengguna kereta dan pemilik kereta yang kebanyakannya orang melayu dan bumi putra masih cakap BN bagus memang bebal dan bodoh lah kita bumiputra dan melayu kalau masih sokong ini BN penipu,bah si anak tua mahathir cakap berbiloin wang negara hilang dalam setahun masih lagi orang melayu cakap tidak apa,memang tahap bodoh lah melayu dan bumi ini termasuk lah saya kan....heeeeeee
ReplyDeleteAda yg kata Anwar bg ic palsu pd PATI ? Setahu aku yg dok dengar ceramah beliau masa dlm ABIM lg, BN/BERJAYA dah keluarkan ic projek pd warga asing. Anwar ceramah sekejap atas pentas PAS dKelantan,juga dikala BN terus menerus projekkan ic trsebut. Masa Anwar dlm kabinet pulak setahu aku kerja dia dok halang sykt kroni PM masa tuh yg hari2 nak minta naik harga brg2. Anwar cantas dan sebab tu Mhathir tak suka pd baliau tuh. Tau2 Anwar pulak yg dtuduh keluarkan ic projek, bengap mbah kamurang nih.
ReplyDeleteKalau 'akhlak' abg Mat Sabu dkatakan ndak barsih...akhlak Rosmah yg bercium dgn Shah Rukh Khan depan khalayak umum tu baik ker? Menteri kasanova Nazri aziz dan anak2 beliau yg jg 'ayam' import dBukit Bintang tu barsih ker? Anak PM pon sama dgn anak Nazri Aziz di BB tuh. DS Jamaluddin prnah raba ANU seorg waitres kat hotel dan kean tendang ke USA dr jwtn kabinet...itu akhlak baik ker? Shahrizat pulak putar duit rakyat RM250 juta utk kemudahan keluarga beliau ,itu akhlak baik ker. Mat Sabu bbrapa kali dsumbat penjara kerana bangkit menenatng kezaliman BN yg terang2 menipu rakyat...itu yg kamu kata akhlak tak baik. Hei deii ANONYMOUS SEPT 11: 4.52 PM ..kamu nih ada otak ke ?
ReplyDelete**888
Diharapkan RCI boleh dilaksanakan sebelum PRU-13 diadakan, kita perlu memastikan isu Projek IC dah diselesaikan untuk memastikan pilihanraya sentiasa bersih dan adil.
ReplyDeleteSelangor have the highest population of illegal immigrants, PAS should also pay attention to their PATI problems.
ReplyDeletePendatang haram nih sebenarnya memerlukan tindkan bersepadu agensi pusat, bukan PAS wooii. Boloh punya olang. Lu cakap tatak tau ka. Kalau kerja BN impot masuk warga asing alasan kerja kilang,ladang atau pembinaan sedangkan niat sebenar utk jadi PENGUNDI BN, jadi apa bidang kuasa PAS nak halau. Sedang ceramah PAS yg dah dpt permit pon dganggu oleh si SUNDAL tuh, inikan pulak nak halau PATI. DTganu nun, dah ada kampung orang Nyammar dan Bangladesh pun selepas jatuhnya kerajaan PAS hasil dr meningkat dgn mendadak jumlah pengundi dTGanu pd PRU ke 12 dulu. Kalau PAS dberi kuasa khas, confirm kena halau PATI tuh.
ReplyDeleteRef to the above ANONYMOUS Sept 12, 2012 : 12.17 am
Bukan SPR yang boleh umumkan PRU, semua bergantung dengan keputusan PM.
ReplyDeleteDiharap kerajaan dapat menjayakan RCI dan dapat selesaikan masalah PATI di Sabah
ReplyDeletemoga projek IC dpt diselesaikan, RCI perlu ditubuhkan segera.
ReplyDeleteSekira umno/bn tunaikan,apa yang dimau rakyat Sabah,seperti yang dilaungkan olih pembangkang, seperti,mengkeji perjanjian 20 perkara,menyrahkan apa yang termaktub dalam perlembagaan,aktah petronas 1974.5% ke20% sebalum PRU 13 maka besar kemungkinan BN akan menang besar.
ReplyDelete"Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa pihak SPR masih belum bersedia untuk memanggil pilihanraya umum ke-13 ekoran masih belum menyelesaikan beberapa masalah di Sabah dan Sarawak, terutamanya melibatkan pendatang asing."
ReplyDeletePRU pertama hingga PRU ke-12 boleh pula berjalan tanpa perlu ada RCI.. kenapa kali ini tidak boleh?
"Mat Sabu juga mempersoalkan kredibiliti SPR kerana seolah-olah tergesa mahu mengadakan pilihanraya,"
ReplyDeletetergesa2?.. nanyuk sudah ka Mat Sabu ni?? bukan pembangkang yang mahu pilihanraya diadakan cepat ka? bukan pembangkang yang mempertikaikan kenapa tarikh pilihanraya belum diumumkan??
"Mat Sabu menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya dalam isu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan."
ReplyDeleteyang dia menipu konon dilanggar land rover polis pula macam tu??
SPR ( Suruhanjaya Penipu Rakyat ) kah kah kahh..
ReplyDeleteAbg Mat..biar le Sabah mampus dgn PATI tu. Rakyat Sabah dah selesa dgn PATI sebab tu mereka tak suka Abg Mat dtg. 55 tahun bangg...Sabah kena tipu dek umno,dah serasi dah. Aku dtg keja jer kat sini dan aku parhatikan rakyat Sabah ni daya pemikiran mereka sama dgn kita dSemenanjung 25 tahun dulu bangg.
ReplyDeletesebenarnya semua berpunca dari UMNO/BN kerana tamakkan kuasa yg haram di halaLkan PATI, RASUAH,SALAH GUNA KUASA semua ada di SABAH, PATI dihantar pulang besok lusa balik sabah, last2 dibagi warganegara lagipun ada org2 dorang sudah menjadi pembuat dasar/krajaan mau kita katakan rakyat sabah bersalah jgn dulu,smuanya pemimpin dulu dan sekarang punya mainan.. kbanyakan ada juga kaum di sabah bersaudara/kawan negara2 jiran... susah!! cari formula untuk mengatasi masalah salah satu TUKAR KERAJAAN
ReplyDeleteRCI sudah ditubuhkan bro.. kenapa perlu dilaksanakan sebelum pilihanraya? macam tergesa2 pula.. nanti kalau tidak selesai masalah, datang lagi si mat sabu ni pot pet pot pet di sabah..
ReplyDeletejika siasatan RCI hanya mengambil masa sebulan dua sebelum pilihanraya, confirm pemimpin2 pakatan akan bising.. mesti dia akan cakap bermotifkan politik..
ReplyDeleteorg semenanjung kalo tk tahu pasal sabah jgn ckp ikut lutut je.. pasai projek ic d sabah , nenek korang pun belum tentu lahir di tanah melayu, ko org mau ckp kerakyatan org sabah ikut lubang burit korang je... ISU PENDATANG DPT IC JADI KERAKYATAN MALAYISA bukan brlaku di sabah je , selutuh tanah melayu pun sama sabah & sarawak.. knpe mesti sabah skrang di pertikaikan???? sbb ni kan PR13 ??? jgn politikan sbah , org sabah tidak bodoh...
ReplyDeleteKALAU NAK ADIL SIASATAN RCI JGN BUKA DI SABAH JE , SIASAT JUGA DI SEMUA NEGERI2 SEMENANJUNG , DAN SABAH DAN SARAWAK??? jgn org semenanjung pikir asyik megoment je kat sabah ni , negeri2 mana pun sama kalu nk pertikaikan kerakyatan isu ic ni... jgn sabah je di politikan untk PR13..
ReplyDelete