Berbagai-bagai kejadian buruk dilaporkan berlaku dalam dunia politik negara kita ke belakangan ini. Kejadian-kejadian ini seperti satu strategi pula oleh pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa.
Walaupun perbuatan jahat dan keji itu dilarang agama tetapi ia tidak dipedulikan. Cara mereka mengolahkan kejahatan ini seakan mereka sudah tidak mempunyai adat dan nilai-nilai kemanusiaan beragama lagi yang mementingkan soal hormat menghormati di antara satu sama lain.
Apakah kerana keadaan begitu terdesak maka cara tidak halal itu digunakan?
Barang kali tidak disenangi kalau dikatakan yang acap melakukan kejahatan ini adalah di pihak parti kerajaan sendiri. Maksudnya parti Umno dan sekutunya dalam BN. Sesuatu yang menghairankan kenapa sampai begitu sekali. Tidakkah parti kerajaan mempunyai berbagai kemudahan untuk membantu mereka mengekalkan kuasa. Jadi kejahatan dan kekejaman langsung dari mereka tidak diperlukan lagi dan jika dilakukan juga memburukkan parti pemerintah sendiri. Kejahatan dan kekejaman menjatuhkan marudah bukannya menaikkan martabat parti itu sebagai parti pemerintah.
Parti kerajaan ada tentera, ada polis hatta Rela, yang menjaga keselamatan parti itu. Walaupun tugas pasukan keselamatan ini untuk umum tetapi dalam tindak tanduk pasukan-pasukan keselamatan ini mereka seolah-olah bekerja untuk parti pemerintahan. Apakah tidak cukup dengan polis dan tentera maka Umno terpaksa menggunakan samseng?
Kejadian-kejadian buruk dan keji yang dilaporkan setiap hari tidak dapat dipisahkan dari perbuatan parti pemerintah UBN. Penglibatan ini tidak boleh disembunyikan lagi. UBN khasnya Umno menjelama dalam pelbagai rupa untuk melakukan pengkhinatan-pengkhianatan itu.
Dalam masa terdekat ini dua kejadian yang sangat keji dan tidak beradat. Satu kejadian menyerang bas dua tingkat PKR di Kelantan dan satu lagi menyerang masjid di kampung Pumpong Kedah. Ini adalah kesenimbungan kejahatan yang dilakukan ke atas pembangkang sejak zaman berzaman. Sebelum ini bermacam-macam kejahatan telah berlaku dan dilaporkan.
Makin hari nampaknya makin banyak dan kerap kejahatan dengan menyerang pihak Pakatan Rakyat. Apakah UBN sudah benar-benar terdesak sehingga hilang akal meninggalkan politik secara sihat dan berfikiran terbuka dan diambilnya politik mafia?
Di sini saya hendak menarik perharian para pemimpin UBN berhubung siri-siri kejahatan yang mereka cita dan lakukan dengan bersembunyi di sebalik puak-puak atau individu tertentu. Bahawa kejahatan tidak pernah memberi kemenangan kepada sesiapa atau mana-mana puak sekali pun. Atas apa juga tindakan jahat, kejahatan tidak akan disokong sebaliknya akan dikutuk.
Apakah Umno fikir dengan melakukan kejahatan, ugutan, tekanan itu mereka akan menang? Silap kalau itulah anggapan dan kepecayaan yang ada kepada Umno. Saya ambil contoh yang berlaku di hadapan mata saya sendiri bagaimana kejahatan dan kekejaman tidak membantu memenangkan Umno. Politik jahat tidak pernah menjanjikan kemenangan.
Di Kelantan Umno berlaku sadis dan kejam ke atas orang Pas sejak tahun 60-an lagi. Apa yang tidak dilakukan oleh Umno menerusi pemuda tahan lasak atau kumpulan samseng yang diupahnya terhadap ahli dan penyokong Pas. Apa yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin semuanya dilakukan oleh UMNO di Kelantan. Ugut, tangkap, penjara pemimpin Pas, pukul, tampar, sepak, teranjang dan segala macam dilakukan. Lebih dahsyat dari itu ada pemimpion Pas dibunuh. Ini menggambarkan akan kebobrokan politik negara ini.
Permis parti Pas dirobohkan dan dibakar. Orang Umno bertindak lebih kejam dari tentera Jepun yang menakluk Kelantan tahun 1942 dulu. Tetapi apakah hasil dari kejahatan dan kesadisan itu. Umno tidak menang rakyat tidak pernah takut dengan kejahatan sebalik kerja-kerja jahat itu dimurkai rakyat. Rakyat membalas kejahatan itu dengan tidak memangkah Umno. Kekalahan dan kegagalan Umno untuk menguasai Kelantan sejak 22 tahun lampau adalah disebabkan Umno mengamalkan politik jahat dan kejam.
Hari ini kejahatan yang berlaku dan dilakukan di hampir seluruh negara oleh Umno menerusi berbagai agensi samseng itu hampir menyamai kejahatan dilakukan di Kelantan dulu. Nampaknya kejahatan ini menjadi permainan dan senjata utama Umno dalam mempertahankan kuasa. Ingatalah dengan menoleh kepada apa yang berlaku di Kelantan Umno sepatutnya insaf; bahawa kejahatan tidak akan membawa kemenangan.
UBN harus kembali kepada politik secara sihat. Politik yang menyenangkan jiwa rakyat. Betapa pun Umno menabur wang dan berjasa kepada rakyat tetapi dalam masa sama kejam terhadap lawan dilakukan, rakyat akan marah dan tidak akan bersama Umno. Sebagai parti unggul menjadi kerajaan Umno sepatutnya mempelopori politik harmonis dan profesional bukannya menyuburkan bibit-bibit kejahatan.
Hari ini dunia semakin maju dan generasi semakin cerdik dan bebas berfikir dan memikir. Apa yang dicari oleh rakyat dan ana-anak muda kini ialah sesuatu yang logik pada akal mereka. Mereka mahukan kepada fakta di dalam politik bukan retorik. Kejahatan sama sekali mereka akan tolak. Kejahatan fizikal tidak pernah ada dalam minda politik moden. Kejahatan fizikal hanya akan laku sekiranya negara ini masih belum tamadun.
Makanya kalau Umno ingin mengekalkan kuasa serta dihormati rakyat jelata mereka harus hentikan politik jahat menggunakan fizikal yang merugikan semua pihak dan menjatuhkan martabat negara. Kejadian serang masjid, serang bas, serang rumah terbuka ataupun melemparkan kata-kata keji dan perbuatan jahat kencing gambar pemimpin, hendaklah dihentikan segera.
Ingin ditegaskan bahawa kejahatan tidak akan menjamin dan membawa kemenangan melainkan ianya dibenci sampai ke dalam hati. -msomelayu
Monday, September 10, 2012
UMNO Tidak Akan Menang Dengan Kejahatan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kita dapat menilai sendiri siapa yang jahat sebenarnya. Merangkap penyokong dengan cara perhimpunan.
ReplyDeleteMenggunakan orang awam sebagai senjata untuk menjatuhkan kerajaan dengan pelbagai perhimpunan haram. Inikah Kerajaan yang seterusnya kita inginkan? Sanggup mengadaikan nyawa rakyat untuk merosakkan keadaan. Seperti BERSIH, Himpunan Hijau dan sebagainya.
ReplyDeleteSebenarnya tahap survival UMNO dah sampai tahap ini pun. Jika mereka tak guna kekerasan, mereka dah lama melingkup. Juga harus diingat, mana-mana pemimpin diktator pun...itulah mekanisma utk pengekalan kuasa dan kebanyakan diktator nih pulak asalnya dr kelompok negara islam. Ada kita lihat Jepun,Korea Selatan, EU, NZ dan Australia mengamalkan dasar kuku besi ? Dimana taraf ekonomi dan teknologi merekah. Mereka tu bukan negara Islam tetapi toleransi kpd islam amat tinggi malah spiritual mereka lebih hebat dr umat islam.
ReplyDeletePatut Sabah mundur..otak pun bodoh nak nilai penipuan UMNO atas kapala marekah sandirih. Adaka parhimpunan rakyat yg dbenarkan oleh parlambagaan nagarah, itu yg dkatakan Parhimpunan Haram. Gunakan rakyat pulak ituh katanyah. Bukan guna rakyat lah..rakyat tu yg cardik aqal bukan mcm kamurang. Samangat marekah yg desak marekah turut sartah utk lawan kezaliman UMNo pd rakyt. Kamurang inda nampak kah hari2 UMNo buat karja sial.
ReplyDeletemacam macam perhimpuan haram diatas nama rakyat,tapi sebenarnya siapa dibelakang semua ni,rakyat Malaysia diminta fikir dulu sebelum percaya mana mana pihak..
ReplyDeleteiyalah..UMNO tu memang jahat!!?? okla. aku ikut dakyah kamurang yang `cerdik` nih dalam usaha manjatuhkan kerajaan!
ReplyDeletetapi, PAS - aqidah makin menyeleweng (syaitan, arak, nama allah pada semua agama, wahhabi, syiah), ndak suka dinasihat/ ditegur ulama!; buang ulama, syubhah dgn LGBT,tertutup, juara perpecahan, tak tepati janji, kroni!
PKR - dajjal bermata satu, biadap, anarki, mungkir, kroni, sumbang mahram!!
DAP - chauvinis, rasis, menolong org2 kaya sj, orang susah adalah modal untuk mencapai kuasa sj
STAR - suka berjalan2, hilang bila diperlukan, perkauman, suka curi duit!!
so, UMNO adalah parti yg jahat,kan? tapi UMNO tetap diutama rakyat sebagai asas dacing!! berbanding parti2 yg lain, UMNO tetap diyakini sebagai pilihan utama! hidup UMNO, Hidup BN!!!
dacing pilihan utama kami di sini, bha
ReplyDelete*orang kunak, isteriku bajau sampolna
Datuk Seri Najib Tun Razak has called on members of all Barisan Nasional (BN) parties to together erect a “political barrier” to foil the attempt by the opposition pact to capture Putrajaya in the next general election.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe Prime Minister said that in the process, the BN should emerge as the coalition which would be not only victorious but also win big and in style.
ReplyDelete“They (the opposition) may flaunt the ‘Road to Putrajaya’ slogan, but BN want to stop their march to Putrajaya. BN do not wish to set up a police roadblock, but BN will put up a political roadblock because they are not qualified to occupy the seat of Putrajaya.
ReplyDeleteThe prime minister reminded all that it is BN are the ones who developed Putrajaya. The oppositions are not eligible because they have uttered lie after lie. They have not fulfilled promises, and many of their so-called plans are left hanging.
ReplyDeleteNajib’s wife Datin Seri Rosmah Mansor and BN and Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who is also Putrajaya Umno Division chief and Putrajaya MP, were also present.
ReplyDeleteNajib said the Putrajaya Umno Division was the symbolic representative of the Federal Territory of Putrajaya and, as such, the success or failure of the division would be a determinant in the effort to safeguard the reins of the country.
ReplyDeleteTherefore, the Prime Minister call on all UMNO members to strengthen Putrajaya Umno. He added that they must be spirited, and never tire and cannot tire, in continuing with their struggle.
ReplyDelete“We must ensure that we will not retreat an inch or even for a second, but will march forward to ensure a more glorious future for the country,” he said.
ReplyDeleteNajib also said Umno’s struggle ran parallel to the struggle for independence, even with the need to deal with various challenges while negotiating a difficult path.
ReplyDeleteNajib added taht many had predicted that the country will have to put up with a difficult journey to become a successful country, but it is evident after 55 years of independence that the predictions were totally misplaced. Today, our country is regarded as a model for success.
ReplyDeleteNajib said many of the delegates of the Putrajaya Umno Division were from the post-Merdeka generation and they should not forget the essence of the independence struggle, such as the sacrifices and the need to remain united to achieve success.
He said these were the new realities and environment which must be understood while retaining the old values and that adapting to the new environment was of utmost importance because there was no political invulnerability in a parliamentary democracy.
ReplyDelete
ReplyDelete“We may have gone through a (political) nightmare in 2008, but we have woken up, have rebuilt our fortitude little by little through sacrifice and pain. So, let’s close ranks and continue with our struggle to ensure that the reins of administration remain with the BN,” he said.
Let the best party wins by legal procedures.
ReplyDeletesaya org sabah jg...tapi masih waras memikirkan apa umngok suda buat pada penduduk sabah sendiri...ramai pemimpin umngok yg kaya2 sedang kan gaji YB cuma rm 5k..tapi rmah saja berjuta harga nya,kereta 5,6 biji...projek lg,makan percent dgn kroni..aku tau suma yg bagi komen dlm ni yang mati2 sokong umngok sumanya suda tua2...kahkah..yang dari kunak,aku mau tanya??urang2 kunak sumanya suda kaya2 ka??kahkah
ReplyDeleteIroninya, UMNO sememangnya telah ditolak oleh kebanyakan rakyat yang sedar dan bermaklumat. Tidakkah kita tertanya, mengapa golongan cerdik pandai, dan mereka yang duduk di kawasan Bandar, dan kawasan-kawasan yang membangun, kebanyakannya memilih Pakatan Rakyat? 11 daripada 14 ibu kota negeri-negeri yang ada di Malaysia, dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU-12. Keputusan ini sebenarnya mengundang pelbagai tafsiran. Hujah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi pengundi di Ibu Kota di atas, ialah kerana mereka memiliki akses dan terdedah kepada pelbagai jenis maklumat.
ReplyDeletePengundi di kawasan Bandar dan kawasan-kawasan yang pesat membangun mempunyai alternative yang luas terhadap maklumat. Mereka tidak mudah diperbodohkan oleh media berat sebelah oleh pembangkang mahupun kerajaan. Dalam era teknologi maklumat yang pesat membangun, rakyat terdedah kepada maklumat yang benar dan banyak.
Sebut mengenai kuasa Sultan, Tulisan Jawi, ekuiti ekonomi orang Melayu, penjagaan terhadap Tanah rezab orang Melayu, dan yang terbaru isu perlaksanaan undang-undang syariat Islam, tiada dalang utama selain UMNO dan Barisan Nasional. Maka jelas bahawa UMNO dan Barisan Nasional ibarat pagar, pagar makan padi.
Tidak kurang dari kalangan mereka yang masih di takuk lama, enggan berubah kerana kemajuan Malaysia kononnya terletak di tangan UMNO-BN. Sekali lagi, ramai yang lupa, dan sengaja membutakan mata kerana angka prestasi ekonomi Negara tidak seindah khabar yang diberikan oleh UMNO-BN. Malaysia mencatatkan deficit dalam belanjawan Negara untuk kali ke 12 berturut-turut. Jabatan Audit Negara juga melaporkan bahawa hasil kutipan balak mahupun pasir di negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat bertambah dan menunjukkan angka yang jauh lebih baik berbanding ketika di bawah pengurusan UMNO-BN.
Harap semua parti akan bertanding dengan adil dan bersih.
ReplyDeleteSemoga parti yang terbaik akan mendapat sokongan rakyat Malaysia pada PRU-13 untuk menjadi kerajaan.
ReplyDeleteDiharapkan semua rakyat akan keluar mengundi pada PRU-13.
ReplyDeletePR jg takkan menang dgn melakukan huru hara.
ReplyDeleteinda heran kalau di sabah. org yg kuat menyokong BN ialah PTI yg dapat IC haram. bangsa PTI ni kalau dah dapat IC otomatik jadi org melayu padahal bangsa mereka ini ada pelipin, timor, bugis dsb. yang heran ialah bila ada org sabah berbangsa dusun, kadazan, murut dsb mahu jadi ahli UMNO sedangkan UMNO itu hanya utk org melayu saja. yg berbangsa dusun, kadazan, murut dsb tu patutnya masuk PBS ka UPKO ka..mulau toinsanan gia..apatut nopo nga tulun sabah memili parti tokou sendiri okon ko UMNO. intangai pogi tanganak tokou baino osusa tomod megihum kakanan pasal tanganak PTI lebih apandai mengihum kakanan. iti nopo salah tagayo do BN. oamu oku mengundi parti syaitan tih.
ReplyDeletesiapa yang cetuskan kejadian buruk ini kalau bukan Pembangkang?? siapa yang ajak rakyat bertempur dengan pihak polis kalau bukan pembangkang?
ReplyDeletesebab teringin sangat mahu merampas kerajaan, pembangkang bukan sahaja mengajak rakyat bertempur dengan pihak polis, malah mengajak rakyat untuk mengganggu kepentingan orang awam yang lain..
ReplyDeleteHanya pembangkang akan mengatakan Umno jahat. Umno banyak membawa kebaikan dan kemajuan pada negara.
ReplyDeletePembangkang2 yang ada cuma tahu komplen saja. Cuma tahu cari kesalahan saja.
ReplyDeletesaya dgn rakan2 di ipt ini tetap menyokong BN. janganlah suu dzon, biadap & suka mencela umarak! sesungguhnya Allah itu wujud, maha mendengar & pembalasannya adalah nyata! jika tidak sekarang, pastinya di alam kubur & di akhirat nanti. wallahuaklam
ReplyDeleteMemang bebal dan bodoh tak habis lagih manusia dlm umngok tu yer!! Mcm katak bawah tempurung lagaknya. Tapi kalau dBintulu tu..sekor katak gemuk kat satu kedai cina tu mahal harganya.
ReplyDelete**yassir arafat