SELEPAS Pilihanraya Kecil Batu Sapi pada 4 November 2010, penduduk Kampung Lupak Meluas terus menanti Kerajaan Barisan Nasional menunaikan segala janji yang dilafazkan daripada 'lidah tidak bertulang' pemimpin UMNO; sehinggalah mereka sedar bahawa segala janji berkenaan hanyalah 'janji kosong' setelah mereka akhirnya menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri.
Jurucakap penduduk Kampung Lupak Meluas, Daniel Abdul Ganih, ketika menghubungi Sabahkini.net pagi tadi mengesahkan bahawa tidak ada satu janji yang dibuat pada PRK Batu Sapi ditunaikan Kerajaan Barisan Nasional sehingga ke hari ini.
"Malah kami dihalau keluar daripada tanah yang kami duduki oleh pemilik tanah setelah Kerajaan BN gagal menunaikan janji membina rumah PPR di tapak yang sebelum ini diwartakan untuk penempatan semula penduduk Lupak Meluas," kata Daniel yang memaklumkan bahawa papantanda janji BN masih berdiri teguh berhampiran tapak cadangan perumahan PPR berkenaan.
Kata Daniel, selepas PRK Batu Sapi, hanya Pesuruhjaya PAS Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah yang datang menjenguk dan membantu mereka setelah pihak tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat menipu dan menggelapkan wang saguhati yang dijanjikan kepada mereka oleh pemilik tanah yang dijadikan tapak rumah mereka selepas Kampung Lupak Meluas terbakar.
Dengan bantuan Haji Hamzah, mereka berjaya mendapat sedikit saguhati untuk membolehkan mereka membuka rumah mereka dan mencari tapak baru bagi membolehkan mereka mendirikan rumah baru setelah tidak ada walau seorang pemimpin BN sudi melayan rayuan dan aduan mereka setelah menerima notis perintah mengosongkan tanah daripada mahkamah.
Tetapi kata Daniel, mereka kesal disebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh terus menekan mereka agar membayar sejumlah tertentu sebelum boleh membina rumah di kawasan baru sekalipun pemilik tanah telah memberikan mereka kebenaran dan menerima bayaran sewa.
"Malah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sabah, Adun Sekong dan para pemimpin BN amat mengetahui masalah kami, tetapi tidak ada yang turun padang membantu kami," kata Daniel yang kesal kerana mereka hanya dijadikan umpan untuk mengundi dan memenang BN dalam PRK yang amat genting berkenaan.
Kata Daniel, beliau amat menyesal berkempen bagi pihak BN dan memujuk masyarakat Bajau menyokong BN pada PRK berkenaan sehingga calon BN yang tidak pernah menjejakkan kaki berkenaan ke kampungnya mendapat undi majoriti.
"Selepas PRK Batu Sapi, kami berulang kali mengemukakan masalah ini kepada Datin Linda dan Datuk Samsuddin, tetapi rayuan kami tidak pernah dilayan," kata Daniel lagi.
Menurut Daniel, projek merekabentuk, membina dan menyiapkan 180 unit rumah pangsa 5 tingkat 'walk-up' dan kerja-kerja berkaitan dengannya bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) di atas P.T.2010070049 Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi, Sandakan telah diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya.
"Kontraktorpun telah dilantik iaitu kontraktor Para Cemerlang Sdn.Bhd. Tetapi sehingga ke hari ini hanya papan tanda yang berdiri, tetapi rumah kami pula yang dirobohkan," kata Daniel dengan nada kesal kerana Kerajaan BN umpama habis madu sepah dibuang.
Oleh: SAMSIAH LAMSAH (sabhakini)
Friday, November 2, 2012
BN Khianati Janji PRK Batu Sapi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ini kalilah... UBAH...
ReplyDeleteTOLAK BN
UNDI PAKATAN RAKYAT.
Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman has ordered the Sabah Action Council to “turun padang” more frequently to monitor development projects
ReplyDeleteto ensure that all government programmes and projects are implemented properly and effectively, CM has directed all levels of civil service to go down to the ground to inspect and make sure that all is on the right track
ReplyDeleteSabah CM Musa Aman has ordered the State Secretary, permanent secretaries of all ministries, presidents of all municipal councils, district officers and particularly the assemblymen and members of parliament to closely monitor the projects and ensure they are done according to work specifications
ReplyDeletegovernment doesn’t randomly spend the people’s money
ReplyDeleteGovernment carefully studied how to develop the state and bring progress to the people
ReplyDeleteBegitu mudah untuk melaungkan 'Janji Ditepati' ke seluruh Negara tetpi untuk menjadi realiti tidak semuah itu. Bila terjadi begini bukan pula simpati kepada mangsa malah membela Ketua Menteri dan Kerajaan pula. Kita fikirlah sendiri.
ReplyDeletePesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengakui Pakatan Rakyat masih belum menunaikan sepenuhnya janji-janji manifesto yang ditaburkan kepada rakyat negeri itu semasa kempen pilihan raya umum 2008.
ReplyDeleteKata Presiden Pertubuhan Agenda Sosial Media 1Malaysia (1AGENDA) Zul Azhar Cha, Selangor masih belum menunaikan banyak janji-janji mereka dan ini dibuktikan melalui anak beliau sendiri yang masih belum menerima bantuan RM50 untuk pelajar tadika seperti yang dijanjikan Pakatan meskipun anaknya itu dilahirkan di Selangor.
ReplyDeleteAntara janji-janji yang belum ditunaikan pakatan termasuk, pengurangan cukai pintu, pemberian bantuan wang kepada ibu tunggal, petani dan nelayan serta menjamin pendapatan bulanan RM500 kepada setiap pekerja. Selain itu, bantuan perubatan percuma kepada warga emas juga tinggal janji.
ReplyDeleteProjek Perumahan ini dilakukan pecah tanah oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada pilihanraya kecil Batu sapi 2010 tapi sampai sekarang belum dimulakan. Waktu itu TPM kata kita kalau janji akan tunai janji bukan macam pembangkang. Ini akan jadi seperti lebuhraya Tenom Beaufort yang dilakukan pecah tanah oleh Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohammed. Inilah dia UMNO PENIPU RAKYAT TERSOHOR NEGARA! JANJI MENIPU RAKYAT!
ReplyDeleteAnonymous said...November 2, 2012 2:21 PM
ReplyDeleteMahathir lakukan pecah tanah lebuh raya tenom beaufort semasa beliau menjadi perdana menteri lagi belum BN tunaikan sampai kini. Macam mana itu? Rosnah Shirlin pula janjikan hospital Kinarut sampai kini belum terlaksana. SMK Telipok yang Bn janjikan papantandanya mau roboh sudah belum lagi didirikan. UMS Keningau yang BN janjikan sudah siapkah?
Sudah mula bikinkah itu Kolej Kadazan Dusun di Kaingaran Tambunan dan Ilman di Penampang yang Najib lakukan pecah tanah dulu. Pekan baru Melalap pula macam mana sudah mula radu itu kelapa sawit?
ReplyDeleteBetul le SB/polis dgunakan sepenuhnya utk mngugut pengundi 'tertentu' dBatu Sapi dlm PRK Batu Sapi pd tahun lepas sampai ugut dbunuh/dtarik balik ic segera yg tlh dkeluarkn oleh BN selama ini. Pngundi yg dpt ic segra mesti kecut perut dan kena undi BN. Yg kena tipu penduduk pribumi mngkin manakala yg kena ugut bunuh tu ndak tau apa2. Betul la ada yg mngatakan BN amalkan teori Maccheovelli dMalaysia malah sampai tahap brutus/brutal.
ReplyDeleteSABAH negeri PALING MISKIN di MALAYSIA. Peratus Kemiskinan 19.2%. Saya baru balik dari SABAH, RAKYAT SABAH MAHUKAN ROYALTI 20% untuk pembangunan Negeri yang tertinggal 10 tahun ke belakang berbanding semenanjung.
ReplyDeleteDapat MENTERI DARI SABAH, KHIANATI rakyat SABAH.
PM dari PAHANG, BERI ROYALTI RM100 Juta pada PAHANG. Sabah? sebaliknya.
Rakyat SABAH harus BANGKIT!
pADAN MUKA UNDI bn?UMNO SEKARANG BARU TAU SIAPA ITU BN DAN UMNO SYAITAN.SEDARLAH RAYAT SABAH DAN AMNIL TINDAKAN DI PRU 13 KITA TUKAR INI BN/UMNO KE PR,INI KALI LAH.
ReplyDeleteOrg cakap UMNO Pusat dan KM Sabah tipu rakyat dBatu Sapi kerana projek yg djanjikan masa PRK Bt sapi ndak trtunai malah mcm menipu rakyat je, ada pula yg kata PAS sendiri pun akui masih banyak janji ndak trtunai dSelangor. Maknanya, dia tak marah kalau BN/UMNo tipu rakyat Sabah tapi cuba brdalih fakta pula dgn PAS. Sampai macam tu dangkalnya ya!!
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) adalah pilihan terbaik bagi penduduk di Batu Sapi, kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup.
ReplyDeleteBatu Sapi seharusnya memberi keyakinan dan kepercayaan semula kepada BN pada pilihan raya ke-13.
ReplyDeleteSokongan rakyat Batu Sapi diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan yang sudah dirancang di kawasan itu.
ReplyDelete"Ahli parlimen BN (mendiang Datuk Edmund Chung Ket Wah) merupakan pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat di kawasan ini dan berjaya membawa banyak pembangunan untuk faedah rakyat di Batu Sapi.
ReplyDelete"Saya harap rakyat di sini akan memberi sokongan yang berterusan sekaligus, memastikan BN menang besar di Batu Sapi," katanya di Sandakan.
ReplyDeleteKurup berkata, kerajaan BN juga sudah melaksanakan kerja dengan baik sehingga berjaya merubah lanskap pembangunan negara.
ReplyDelete"Negara kita kini dikenali di serata dunia disebabkan oleh usaha bersungguh-sungguh kerajaan BN.
ReplyDelete"Pendekatan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak termasuk Konsep 1Malaysia, transformasi dan NKRA menunjukkan kerajaan sedia ada, serius untuk membawa negara ini ke era kecemerlangan.
ReplyDelete"Bagi menikmati hasil ini rakyat di Batu Sapi juga perlu memberi sokongan padu kepada BN agar mereka tidak ketinggalan," katanya.
ReplyDeleteKurup berkata, rakyat perlu sedar bahawa parti pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi tidak berkemampuan untuk menunaikannya kerana mereka bukan kerajaan.
ReplyDelete"Kita berharap rakyat Batu Sapi tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang cuba mengelirukan pemikiran mereka, semata-mata mahu meraih sokongan," katanya.
ReplyDeletePada pilihan raya umum 2008, Chong mendapat 9,479 undi menewaskan calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Kali ini juga BN akan mendapat keputusan yang baik.
ReplyDeleteBN berani kata Janji Ditepati, mereka pasti akan menepati janji tersebut.
ReplyDeleteDatuk Linda Tsen juga berusaha membawa perbezaan kepada rakyat tempatan, beliau rajjin turun padang dan memahami kesukaran mereka.
ReplyDeleteSandakan bakal menjadi kubu kuat BN dengan ada pemimpin seperti Linda Tsen dan V.K Liew yang penuh dedikasi terhadap pengundi.
ReplyDeleteYa Batu Sapi akan jadi kubu kuat BN walaupun rakyat ditipu bulat-bulat oleh BN/UMNO macam janji pilihanraya kecil di atas! MUNGKIN JANJI amalan BN
ReplyDelete"JANJI TAK DITEPATI"
ReplyDeletejanji pada rakyat kenalah ditepati.
ReplyDeleterakyat akan terus menagih janji, jadi laksanakan janji.
ReplyDeleteHemmph..kalu BeEnd tu bukan dBatu Sapi aje. Di mana2 tempat pun kena tipu je org ksampung tu. Bukan kata Sabah/Sarawak, d Semenanjung pun sama. Dtg kempen pada PRU ke 5,kita(BN) akan cerahkan kg ini dgn letrik. Lepas tu menang,senyap 5 tahun. PRU ke 6 dtg lagi maka sampai lah tiang2 letrik yg djanji pd PRU ke 5 dulu. Tengok tiang dah sampai tanpa kempen banyak, BN dpt undi lagi.Menang,senyap juga. Last2 PRU ke 7 baru letrik mengalir dalam kabel yg dpasang 5 tahun lepas dan brmkna selama 10 tahun baru kampung menikmati cahaya elektrik.
ReplyDeleteORANG LAMA POLITIK.
mantera said...
ReplyDeleteNovember 5, 2012 3:01 PM
janji pada rakyat kenalah ditepati
( Tapi PPR di batu sapi yang TPM lakukan pecah tanah 2 tahun lalu tak tunai pun. Mahathir lakukan pecah tanah lebuh-raya Tenom Beaufort melalui sungai padas lebih sepuluh tahun lalu sampai sekarang tak tunai janji. Maknanya UMNo/BN itu penipu tersohor negara itupun anda pertahan separuh mati dasar mabuk todi)
Jangan cakap Bn menipu, memang banyak sudah janji yang telah di tepati.
ReplyDeletefela said...November 6, 2012 3:30 PM
ReplyDeleteMemang BN PENIPU sudah lebih sepuluh tahun mahathir lakukan pecah tanah lebuhraya Tenom Beaufort dimana rakyat Tenom ketika itu berpanas berhujan dari pagi sampai petang menunggu Mahathir datang tapi sampai sekarang habukpun tak ada itu bukan menipu rakyat namanya?
Ask Linda Tsen first.
ReplyDeleteOh really? I didn't see any insignificance here.
ReplyDeleteSiapa kata BN khianat di Batu Sapi?
ReplyDeleteTeringat pula saat2 Ansari jatuh terkangkang dari jambatan.
ReplyDeletekerajaan negeri akan terus memberikan sokongan dan kerjasama yang jitu dan padu kepada DBP bagi menjayakan pelbagai program demi memartabatkan bahasa dan sastera di negeri ini seterusnya merealisasikan matlamat ‘Satu Bahasa Satu Negara’.
ReplyDeletekalau masih sokong BN....memang sengaja cari penyakit..Ubah Bahhhh!
ReplyDelete