Friday, November 2, 2012

Hudud : Utusan Jahil Terus Kelirukan Rakyat

Utusan masih jahil tentang hukuman Hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk "Polemik Hukum Hudud PAS" menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud.

Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Harun Taib ketika diminta mengulas berkenaan salah satu artikel yang disiarkan baru-baru ini oleh Utusan yang bertajuk " Polemik Hukum Hudud PAS".

"Dalam artikel tersebut telah mempersoalkan bagaimana terdapat 2 versi Enakmen kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, kita ingin menegaskan bahawa pengarang tersebut telah hilang fokus dalam perbincangannya, perbezaan versi ini adalah termasuk dalam bab teknikal dan bukannya isu pokok, apa yang kita bahaskan sekarang ialah berkenaan dengan pokok iaitu memberikan penjelasan berkenaan keindahan hukum hudud dan Utusan tidak memainkan peranan ini selaku akhbar milik orang Islam" tegas beliau.

"Fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis tersebut juga cukup mengelirukan para pembaca, sedangkan apa yang diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu berdasarkan pandangan para ulamak yang muktabar yang diiktiraf keilmuan mereka, ianya bukan hudud PAS tetapi ianya merupakan hudud yang berdasarkan disiplin ilmu Islam yang berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah" ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir Terenganu.

Menurut beliau lagi, adapun berkenaan dengan dakwaan bekas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan sepertimana yang dilaporkan dalaman artikel itu bahawa Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah adalah dakwaan yang tidak benar dan menyeleweng daripada hakikat yang sebenarnya.

Tambah beliau lagi, pengarang artikel juga turut juga sudah tersasar daripada perbincangan ilmiah apabila cuba mengelirukan pembaca dan mencampuradukkan di antara perbincangan berkenaan manifesto dan enakmen.

Berkenaan isu liwat dan umur aqil baligh dalam enakmen tersebut, ianya telahpun dijawab oleh Dewan Ulamak sebelum ini tetapi sebagai manfaat bersama , ulamak tidak keberatan mengulanginya.

Adapun dakwaan Penasihat Agama Menteri Besar Terenganu, Mohd Kamal Saidin yang mempertikaikan umur bagi mukallaf adalah 15 tahun dan bukannya 18 tahun menggambarkan beliau jahil tentang perbahasan para ulamak.

Berkenaan dakwaan bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak. Tuan Guru Dato' Harun Taib menjawab "Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.

"Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

"Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan disamping ianya merupakan petunjuk kepada tahap baling dan kematangan atau dikenali sebagai 'sinnu rusyd', itu hanya sebahagian sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah,” ujar beliau lagi.

Berkenaan dakwaan meliwat isteri yang didakwa oleh seorang ahli parlimen yang seolah-olah dilihat dibenarkan dalam enakmen hudud yang dikemukakan oleh PAS , adalah dakwaan yang melambangkan kejahilan orang yang membangkitkan isu ini.

Tuan Guru Dato' Harun Taib menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman tetapi ia akan dikenakan hukum takzir.

"Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

"Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu yudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

"Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi.

Menurut beliau pengarang tersebut tidak sepatutnya membaca sepintas lalu dan terus menjatuhkan hukuman tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Sebelum ini Dewan Ulamak telah memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut secara rasmi. Dakwaan yang menyatakan Ulamak PAS gagal memberikan penjelasan berkenaan dakwaan ahli parlimen tersebut adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali.

Ketika diminta mengulas berkenaan dengan isu hukum hudud yang hanya dilaksanakan ke atas orang Islam manakala orang bukan Islam diberikan pilihan, Tuan Guru Dato' Harun Taib menjawab :

"Enakmen kelantan dan Terengganu jelas menerangkan bahawa enakmen ini terpakai kepada orang Islam dan orang bukan Islam secara mutatis mutandis iaitu mereka yang bukan beragama Islam diberikan pilihan untuk memilih samada ingin diadili dengan hukum Islam ataupun memilih untuk dibicarakan mengikut undang-undang mereka. Ini adalah berdasarkan ayat al-Quran daripada surah al-Maidah ayat 42 yang bermaksud " apabila mereka(orang yang bukan Islam) datang kepada kamu untuk diadili, hendaklah kamu adili mereka (dengan Islam) atau biarkan mereka ( untuk membuat pilihan), sekiranya mereka enggan ianya tidak memudaratkan kamu, apabila kamu mengadili manusia hendaklah kamu berlaku adil seadil-adilnya."

"Ianya jelas berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, apabila orang bukan Islam khususnya Yahudi yang datang bertemu Rasulullah s.a.w untuk menyelesaikan kes mereka yang berkaitan hudud, lalu Allah s.w.t memberikan pilihan kepada nabi sama ada mengadili dengan hukum Islam atau sekiranya mereka enggan mereka boleh menyelesaikan pertikaian itu berdasarkan undang-undang mereka sesama di kalangan mereka. Ini nas al-Quran. Al-Quran memberitahu sekiranya kamu mengadili mereka hendaklah berlaku seadil-adilnya. Mazhab Syafie menyatakan adil di sini ialah hukum Islam" ujar beliau lagi."

8 comments:
Write comments
  1. utuan diwujudkan utk menulis/melaporkan 'TEMBIRANG' UMNgOk shj!!!

    ReplyDelete
  2. UTUSEX tu kan lidah syaitan. UMNO tu parti syaitan,jadi sesuai le tu. Syaitan dengan agama tu memang brseteru sampai kiamat.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  3. Kerajaan Barisan Nasional memberi kroni hutang RM210 billon, antaranya Tan Sri Ananda Krisnan, Tan Sri Syed Mokhtar, Tan Sri Vincent Tan. Dipaparkan jumlah hutang atau pinjaman kepada kroni Barisan Nasional.

    YTL- Tan Sri Francis Yeoh- RM53.1 Billon.

    Kump. Tan Sri Syed Mokhtar- RM34.3 Billon.

    Kump. Tan Sri Ananda Krisnan- RM18.4 Billon.

    Genting, Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong- RM16.4 Billon

    Lion Group, Tan Sri Willian Cheng- RM3.8 Billoin.

    (untuk maklumat lebih lanjut dan banyak lagi kroni Barisan Nasional hutang dengan Bank Negara Malaysia sila layari www.keadilandaily.com/beli akhbar keadilan bil.89/30/10/2012.).

    Jadi bagaimana anda melihat gelagat dan hutang yang banyak?.Tidak hairanlah kroni BN/UMNO kaya raya. Ramai wakil rakyat BN/UMNO yang bergelar YB tidak sampai satu penggal sudah kaya raya.

    Jadi rasuah, kroni, dan nepostisma adalah makanan BN/UMNO sehingga peringkat JKKKKKKKKK.

    Sepatutnya UTUSAN siarkan jumlah2 uang yg BN benarkan kroni2 mereka curi dri BNM tu. Biar rakyat tau.

    ReplyDelete
  4. Utusan ini tidak ada kerja lain selain memfitnah ajaran tuannya UMNO. Jamil dan Mashitah tak ajarkan pemimpin UMNO ini yang fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh!

    ReplyDelete
  5. wal fitnatu aysaddu minal khotr..." Jgn kita bersama Umngok dlm menyebar fitnah celaka."

    ReplyDelete
  6. Dosa UMNO/BN kepada rakyat dan kerajaan negeri kelantan

    1) penubuhan JPP (Jabatan pembangunan persekutuan) di Kelantan, selepas PRU 1990, hingga wujud sistem dualisme di kelantan dlm pentadbiran.
    2) selepas PRU-1990 juga, MB Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat tidak lagi dijemput untuk mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, sebalik nya yg dijemput ialah pemimpin UMNO sbg wakil MB.
    3) Peruntukan geran rumah untuk kelantan juga ditarik balik selepas PRU-1990.
    Pembinaan Pelabuhan di Kelantan yg diminta sejak tahun 1991, juga tidak dilayan sampai sekarang oleh Kerajaan Pusat.
    4) Tanah yg diambil untuk membesarkan airport Kota Bharu, sampai sekarang tak berjalan sebarang projek.
    5) Royalti Petroleum, walaupun termaktub dlm perjanjian dgn Petronas, dinafikan kpd rakyat kelantan.
    6) hasil petroleum yg dicari gali di perairan kelantan,
    didaratkan di thailand.
    7) tahun 1993, umno tabal raja baru di kelantan.
    8)peruntukan kerajaan pusat kepada kelantan, terus-menerus dinafikan kepada kerajaan negeri.
    9) setiap kali berita, di ulang-ulang suara kelantan miskin miskin miskin padahal dia dok rompak/nafi harta dan hak rakyat kelantan selama nih.
    10) pembinaan lebuhraya pantai timur akhir nya dihadkan sampai terengganu sahaja.
    11) bila nak laksana hudud, ugut pula akan saman.
    12) menuduh 18 tahun pemerintahan kerajaan negeri adalah pemerintahan rasuah, tetapi setelah disiasat clean pula.
    13) subsidi baja, melalui JPP hanya diagih kepada golongan tertentu, hinggakan kerajaan kelantan terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk menampung kos (start tahun 1991)

    sebab itu lah pada perkiraan aku, selagi metode 'politik balas dendam' ini diamalkan. seolah-olah rakyat kelantan berdosa besar sebab tidak memilih umno pada tahun 1990, maka wajib dihukum .. pendekatan ini salah. maka, mustahil untuk kelantan bertukar tangan. Oleh itu cadangan aku, kalau UMNO/BN benar2 mahukan Kelantan, sila tukar strategi drpd politik membalas dendam kepada politik mengambil hati. buat apa yg PAS buat, dekati rakyat. jangan bersikap elitis.

    rakyat kelantan, walaupun miskin, tapi kami bukan peminta sedekah

    ReplyDelete
  7. UMNO dulu dah nak 'catch-up' sikit namanya dpersada politik Kelantan iaitu sebelum tiba PRU ke12. Tiba2 dgn gelojoh Khairy Jamaluddin turun padang ke sana dan berteriak dgn loghat Kelate..." Pade doh,ambo toksir doh PAS."-Padan(cukop) dah, saya taknak PAS. Tau2 lepas dia jerit mcm tu,terus melingkup UMNO dKelantan dannnn dharamkan pula oleh UMNO Pusat keatas beliau dr turun mmbantu BN dlm mana2 by-election selepas PRU tu.
    Kah kah kahh...gelihati ku.

    ReplyDelete
  8. Itu akhbar utusex,lidah syaitan. TV 3 pun sama,jadi suara syaitan. Pagi tadi ada accident mmbabitkan van dan kktgn TV 3 tu. Nak kesian jugak tapi mengenangkan pekerja2 dstesen SUARA SYAITAN, hilang perasaan kesian tu. Walau secara normal,kita sebagai manusia mmpunyai hati dan perasaan, tapi tiada nilai2 itu pulak secara spontan atas kejadian yg menimpa van dan kktgn TV 3 tu. Tak tau lah.

    **888

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.