Friday, November 2, 2012

Pengerusi MCA N.9 Dapat Tanah Hutan Simpan Jempol

Keadilan hari ini mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan pada 3 Mac 2004 meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.

Beliau turut menunjukkan salinan surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang menyatakan kelulusan itu.

“Lebih memalukan syarikat ini hanya ada modal keseluruhan sebanyak RM10, dan Yeow hanya miliki pelaburan berjumlah RM5 sahaja,” jelasnya sambil menunjukkan salinan maklumat syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, hari ini.

Rafizi berkata, walaupun nama syarikat itu seolah-olah menggambarkan ia adalah usahasama dengan YNS, carian rasmi di SSM mengesahkan ia dimiliki oleh Yeow.

Menurut salinan maklumat SSM yang turut dilampirkan, ASLI-YNS juga dimiliki Chan Ah Meng dengan pelaburan RM2 dan Yong Ing Kiat pula RM3.

Pendedahan terbaru ini menyangkal dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan tempoh hari bahawa tanah hutan simpan tersebut dimiliki YNS dan hanya dipajak kepada pihak swasta.

8 comments:
Write comments
  1. SEDARLAH WAHAI AHLI REJIM UMNO...
    POLITIK UMNO HANYA MEROSAKAN BANGSA,
    POLITIK UMNO HANYA FITNAH & MENIPU,
    POLITIK UMNO HANYA LUCAH DAN JIJIK...RRKN...

    Kami Mahu Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia
    VOTE PAKATAN RAKYAT - Malaysia Needs a New Federal Government by voting in PAKATAN RAKYAT (PR) which may not be 100% perfect but surely 100% better than racist UMNO/BN.

    ReplyDelete
  2. YES KITA UNDI PR TUKAR INI UMNO SYAITAN(SYAITAN ITU DR MATHIR YANG CAKAP)

    ReplyDelete
  3. Dalam hal ni, pencacai umno tak percaya,bah. Malah tentu dia kata Rafizi saja nak buat cerita. Kah kah kahh...bodoh punya baghal umno. Jgn trkejut kalau mereka akan kaitkan pulak dgn jet mewah yg dnaiki oleh DSAnwar. Otak dah brjaya dLEMBUkan oleh umno.

    ReplyDelete
  4. Jgn kita suu dzon(sangka jahat) dgn Dr Yeow Chai Thiam. Dia bukan curi balak/ambil tanah rizab kjaan negeri. Dia hanya Pemegang Amanah Rakyat. Baitu Mal dah tak bole dharap,jadi beliau siman sndiri lah. Nanti kalu kroni beliau mau...baru dbaginya tanah itu.

    ReplyDelete
  5. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat dSeremban menyaksikan lebih 5000 pengunjung walau hujan lebat. Kalau cuaca bagus...ntah2 10 000 org tu. Mnakala kat Melaka pulak, program DAP utk sampaikan bantuan/sumbngan mangsa ribut d Ayer Keroh, diganggu oleh UMNO melalui Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran. Bukan nak kacau lalulintas, bukan nak sabotaj bendera BN tapi nak sampaikan sumbangan mangsa ribut, dihalang oleh anjing2 BN. Malaysia ohh tanahair ku.

    ReplyDelete
  6. seingat aku, ini adalah penyakit tamak! tapi perlu diingat ketika PR memerintah Perak (11 bulan). lebih 60 ribu permohonan tanah orang2 DAP ke atas tanah negeri.

    40 ribu permohonan tanah di kg baru (penempatan semula bekas-bekas komunis yg bertaubat) dibuat bagi menukar status dari 99 tahun kepada 999 tahun, dan diluluskan oleh YAB MB ketika itu (Nijar). maknanya 999 tahun lah kerajaan negeri Perak x boleh ubah cukai tanah yg direndahkan pula oleh PR.

    pejabat tanah macam bursa saham dengan kedatangan org2 cina yg berseluar pendek masuk ke pejabat! apa nak buat, rakyat bumiputera Perak berpecah belah dan pilih sendiri keraajaan Pakatan. org2 cina tetap sombong dan.. sombong

    * hanya pemerhati

    ReplyDelete
  7. Ramai org melayu yg merempat di Perak sejak brpuloh2 tahun lalu tanpa sebarang tanah walau seinci semasa UMNO bertapak zaman brzaman di Perak. Tetapi tanah utk MCA bole pula diberi beratus2 ekar utk buat kolej khas utk kaum cina. Hanya naik shj PR di Perak, baru lah melayu 'merempat' di bumi sendiri dpt tanah. Cina India pun dpt jugak barang sedepa... khas utk rumah masing2 yg selama ini ditipu UMNO.

    **888

    ReplyDelete
  8. Tambahan kpd **888 di atas. Kaum org asli jugak dpt sedikit tanah ihsan kerajaan rakyat yg dpimpin oleh DS Nizar tu. Bukan shj melayu cina india yg dapat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.