Friday, November 2, 2012

BN Umno Sinonim Dengan Komunis?

Ramai orang bertanya saya, apakah bentuk kepimpinan Barisan Nasional (BN)? Ini kerana, sistem BN hanya satu di dunia dan sangat berbeza dengan sistem politik atau kepimpinan negara demokrasi.

Raja berkuasa mutlak, kerajaan diktator, kerajaan komunis atau kerajaan totalitarian (berkuasa secara total atau berkuasa mutlak) adalah setaraf dengan kepimpinan BN sekarang. Sistem ini telah menyebabkan BN kekal berkuasa sejak dahulu dan akan berterusan jika tidak diubah.
Nasib baik rakyat sekarang ada pilihan selain BN iaitu gabungan antara PKR-PAS-DAP untuk mengganti Barisan Nasional bagi memerintah negara.

Apa ciri-ciri kepimpinan BN? Bagi saya, antara cirinya adalah:-

Ciri pertama: Autokrasi

Sistem politik Barisan Nasional atau BN berpaksikan kepimpinan autokrasi. Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional ialah Perdana Menteri. BN bertanding dalam pilihan raya umum. Anggota komponen seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, SPDP, PRS, PBS, UPKO, PBRS dan LDP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik, semuanya ada pada BN.

Sungguh pun UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi Presiden UMNO ialah Pengerusi BN. Presiden UMNO dan Pengerusi BN ialah Perdana Menteri.

Justeru itu, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkuasa mutlak kerana BN bertanding dalam pilihan raya umum. Presiden-presiden anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik kerana mereka tidak bertanding dalam pilihan raya umum atas nama parti masing-masing.

Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, hatta Majlis Tertinggi UMNO tidak mempunyai kekuatan politik kerana UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Majlis Tertinggi parti-parti komponen juga tidak mempunyai kekuatan politik kerana parti-parti komponen tidak bertanding dalam pilihan raya umum.

Calon-calon dan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau DUN ditentukan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak (prerogative) untuk melantik anggota kabinet dan portfolio menteri-menteri. Dasar-dasar kerajaan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Justeru itulah, bagi saya BN memperalatkan semua anggota komponennya dan mereka menjadi kuda tunggangan UMNO.

Ciri kedua : Majoriti Dua Pertiga

BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3). UMNO ialah pertubuhan politik bangsa Melayu. Justeru itu, bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO dan mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Apabila bangsa Melayu bersatu mengundi BN, maka BN berupaya membentuk kerajaan majoriti mudah (simple majority). Apabila bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO, maka pribumi dari Sabah dan Sarawak juga bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Bangsa Cina dan India ialah pengundi minoriti. Apabila bangsa Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka bangsa Cina dan India tidak ada pilihan selain daripada menyokong dan mengundi BN dalam pilihan raya umum atau berada dalam pembangkang.

Apabila bangsa Melayu, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak, bangsa Cina dan India bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka kerajaan BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3).

Kerajaan majoriti dua pertiga tidak memberi peluang kepada pembangkang mengganti kerajaan BN. Justeru itu, Kerajaan BN dicipta untuk memerintah selamanya. Kerajaan yang tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change) ialah kerajaan satu-sistem.

Bagi saya, kerajaan demokrasi ialah kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Contoh kerajaan satu-parti ialah kerajaan PAS di negeri Kelantan atau kerajaan Berjaya atau PBS di Sabah satu ketika dahulu. Contoh kerajaan campuran ialah kerajaan PKR-PAS-DAP di negeri Selangor.

Kerajaan satu-sistem bukan kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Kerajaan satu-sistem menguasai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Justeru itu, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman (Judiciary) tertakluk kepada kuasa Perdana Menteri. Perlantikan ketua Polis,Tentera atau Ketua Hakim Negara ditentukan oleh Perdana Menteri.

Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, maka Perdana Menteri menguasai semua kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk Kementerian Kewangan. Justeru itu, Perdana Menteri berkuasa mutlak menganugerah projek-projek secara terus (direct award), rundingan (negotiated), terpilih (selected) atau projek-projek penswastaan (privatisition).

Kerajaan BN menguasai media massa, media elektronik atau badan-badan NGO’s terletak di bawah kuasa dan budibicara Perdana Menteri.

ISA juga terletak di bawah kuasa Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak mengambil atau tidak tindakan terhadap menteri-menteri atau ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar yang rasuah.

Justeru itu, kerajaan ini tidak tertakluk kepada prinsip pemisahan kuasa antara badan Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.

Kerajaan ini juga tidak tertakluk kepada prinsip ketelusan, imbangan dan sekatan, amanah dan pertanggungjawaban (not subject to checks and balances, integrity and accountability).

Kerajaan BN juga mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara (The ends justify the means) untuk mendapat kuasa atau mengekalkan kuasa.

Justeru itu, kerajaan BN berkuasa mutlak. Pepatah Inggeris menyatakan, “Power corrupts. Absolute power, corrupts absolutely”. Kuasa mengakibatkan rasuah. Kuasa mutlak mengakibatkan rasuah mutlak. Rasuah mutlak mengakibatkan ketagih hingga ketahap ‘kleptomania’.

Ciri Ketiga : Sinonim Dengan Komunis

Adalah terbukti bahawa sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik komunis. Sistem politik komunis berpaksikan ahli-ahli parti kerajaan komunis untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli parti kerajaan komunis itu. Justeru itu, apabila pilihan raya umum diadakan kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change).

Sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.

Ciri keempat: Pecah dan Perintah

BN memecahbelah bangsa Melayu dan umat Islam kepada ahli dan bukan ahli, bangsa Cina kepada ahli dan bukan ahli, bangsa India kepada ahli dan bukan ahli, Pribumi Sabah dan Sarawak kepada ahli dan bukan ahli. Justeru itu, sistem politik BN memecahbelah rakyat Malaysia kepada ahli dan bukan ahli.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung BN Adnan Mansor, dalam akhbar, The New Straits Times, pada 9 September 2010, jumlah ahli-ahli BN ialah 7 juta orang.

Dalam pilihan raya umum tahun 2008, jumlah pengundi dalam negara ialah 10,922,139 (SPR). Adalah terbukti bahawa majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.

Justeru itu, sistem politik kerajaan BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan kerana majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.

Apabila ahli-ahli BN mengundi BN setiap kali pilihan raya umum diadakan, maka kerajaan BN tidak tertakluk kepada perubahan selamanya (not subject to regime change forever).

Apabila kerajaan tidak tertakluk kepada perubahan, maka nasib rakyat Malaysia ialah sama seperti rakyat negara komunis atau rakyat negara Brunei Darussalam. Kerajaan negara Brunei Darussalam juga tidak tertakluk kepada perubahan selamanya.

Rakyat Malaysia bernasib baik apabila Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan pada 28 Mei 2010, dalam akhbar The New Straits Times, bahawa ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484. Apabila ahli-ahli BN ialah 7 juta, maka ahli-ahli anggota komponen ialah 3,840,516.

Daripada kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung BN, ahli-ahli anggota komponen sudah mengetahui bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis untuk memenangi pilihan raya umum.

Presiden UMNO dan Perdana Menteri juga mengamalkan kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, rasuah mutlak, tidak tertakluk kepada perubahan dan menjadikan rakyat Malaysia seperti hamba, maka ahli-ahli anggota komponen berjumlah 3,840,516 sudah tentu tidak sanggup diperalatkan untuk mengamal sistem politik komunis.

Tambahan pula, ahli-ahli anggota komponen mempunyai pilihan untuk mengundi Pakatan Rakyat bagi menjadi pemerintah baru negara.

Gabungan atau campuran antara PKR, PAS dan DAP tidak berpaksikan sistem politik BN. Setiap parti PKR, PAS dan DAP bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP masing-masing mempunyai kekuatan politik mereka tersendiri. Tidak ada kuda tunggangan dalam gabungan campuran sebegini.

Gabungan atau campuran tidak berpaksikan undi ahli-ahli untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah rakyat. PKR, PAS dan DAP berpaksikan undi rakyat. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP berpaksikan sistem politik demokrasi.

Sistem politik demokrasi memberi hak dan kebebasan untuk memilih atau menukar kerajaan dalam pilihan raya umum. Justeru itu, kerajaan rakyat tertakluk kepada perubahan (subject to regime change). Tidak ada kerajaan yang maksum (perfect) di dunia.

Justeru itu, menjelang pilihan raya umum ke 13 akan datang, rakyat Malaysia bebas untuk mengundi kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, resuah mutlak, kerajaan komunis, tidak tertakluk kepada perubahan dan untuk menjadi hamba kepada Perdana Menteri iaitu kerajaan BN selamanya atau memilih pihak lain.

Ahli-ahli anggota komponen BN berjumlah 3,840,516 juga boleh untuk tidak diperalatkan oleh UMNO atau jadi kuda tunggangan UMNO untuk mengamal sistem politik komunis atau sebaliknya.

Bagi saya, hanya kroni-kroni Perdana Menteri (Presiden-Presiden anggota komponen) dan ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484 akan mengundi BN.

Jika begitu, sistem politik BN sudah tidak releven apabila ahli-ahli anggota komponen menolak sistem politik BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Dalam pilihan raya umum tahun 2008, rakyat Malaysia di Semenanjung sudah membuat keputusan untuk menolak kerajaan BN kerana sudah terlalu lama dan terlalu rasuah.

Tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, BN tentu sudah kehilangan kuasa. Dalam pada itupun, BN hanya berupaya mengekalkan kuasa dengan majoriti mudah saja. Justeru itu, bagi saya, sistem politik BN sudah tidak releven.

Setelah rakyat Malaysia keseluruhannya mengetahui (melalui kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung) bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis, maka lebih banyak rakyat di Semenanjung tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 berbanding dengan pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008 lalu.

Saya juga yakin, rakyat Sabah dan Sarawak juga tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang setelah mengetahui bahawa kerajaan BN ialah sama seperti kerajaan komunis.

Justeru itu, bagi saya dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang, BN akan kehilangan kuasa. Majoriti bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi Sabah dan Sarawak akan menolak sistem politik kerajaan BN kerana sistem politik BN sama seperti sistem politik komunis.

Rumusan

Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak menyatakan, “Prosperity is no substitute for demokrasi”. Kemakmuran negara bukan pengganti demokrasi. Demikian penjelasan beliau apabila diminta memberi komen tentang sistem politik demokrasi berbanding dengan sistem politik komunis dalam lawatan beliau ke negara Myanmar dalam bulan Mac 2012 lalu.

Ekonomi negara China ialah kedua terbesar di dunia dan sudah menghantar angkasawan ke angkasa lepas, tetapi negara China tetap mengamalkan sistem politik komunis. Negara Russia mengadakan pilihan raya umum, tetapi pilihan raya umum dimanipulasi untuk memihak kepada kerajaan komunis.

Kerajaan diktator Hosni Mubarak mengadakan pilihan raya umum. Setiap kali pilihan raya umum diadakan NDP, iaitu parti Hosni Mubarak memenangi antara 80 peratus atau 90 peratus undi. Sebabnya, pengiraan undi diadakan dalam Kementerian Dalam Negeri. Peti undi yang kalah diganti dengan peti undi yang sudah berisi dan menang.

Rakyat benci kepada kerajaan Hosni Mubarak, tetapi setiap kali pilihan raya umum diadakan, NDP mendapat undi luar biasa. Akhirnya, revolusi Arab Spring dilancarkan untuk mengguling kerajaan Hosni Mubarak.

Adalah diingatkan bahawa kerajaan komunis, diktator atau raja berkuasa mutlak mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Semua cara halal atau tidak digunakan untuk mendapat kuasa dan mengekalkan kuasa termasuk mengenepikan perintah Allah, menipu, membunuh, berlaku zalim dan ketepikan hak asasi dan kebebasan rakyat.

Akhir sekali, BN berpaksikan undi ahli-ahli BN untuk memenangi pilihan raya umum. Sewajarnya BN dijadikan pertubuhan politik agar individu berhak menjadi ahli. Sebaliknya ahli-ahli BN ialah ahli-ahli anggota komponen. Tetapi dalam pilihan raya umum, ahli-ahli anggota komponen diperintah untuk mengundi BN. Justeru itu, ahli-ahli anggota komponen hanya diperalatkan agar Perdana Menteri BN berkuasa mutlak dan mengamal rasuah mutlak.

Perkara ini sudah lama dipersoalkan oleh anggota BN tetapi tidak diendahkan. Tetapi anggota komponen tidak terdaya membuat tindakan. Pilihan ialah menyokong sistem politik BN atau berada dalam pembangkang.

Tetapi, keadaan sudah berubah. Bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak sudah mempunyai pilihan mengundi gabungan dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum untuk memerintah dan biarkan BN jadi pembangkang kerana BN mengamalkan sistem politik komunis, berkuasa mutlak dan mengamalkan rasuah mutlak.

(NOTA : Datuk Yahya Lampong adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar di era Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Ketika pembentukan DEB dan selepas itu pembentukan SEDC bagi semua negeri, penulis dilantik menjadi Pengurus Besar Sabah SEDC yang pertama. Beliau telah mengiytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR.)

15 comments:
Write comments
  1. org melayu dah tak termakan dgn politk mcm ni.. kelemahan UMNO kerana menyangka org melayu itu milik kekal UMNO.. kau bayagkan.. tanpa UMNO..Melayu mati atau merempat.?? tidak sesekali bro.. UMNO jika tanpa Melayu.. akan pupus.. so sapa yg memerlukan siapa.. Yayasan Selangor ni dulu pengerusi nya sapa..?? sebelum PR berkuasa.. inilah tempat melatih kadet UMNO.. mereka yg dipesongkan fikirannya.. aku tahu sebab BTN..!! PKNS pulak.. UMNO cuba menyerang dgn mendakwa PR menjual aset Melayu.. bor... dlm banyak kedai dan ruang niaga diPKNS.. sapa pemiliknya..?? sorang dua Melayu yg menguasai dan menyewa pada penaga Melayu dengan sewa yg mahal sedagkan mereka diberikan kouta melalui ketua bahgain UMNO..!!!.. itu yghendak dibetulkan oleh PR.. peluang utk bumiputra berniaga terbuka luas.. bukan dikuasai segelintir kroni..... jadi pada penyokong UMNO.. fikirkan lah betapa jahatnya UMNO pada bangsa Melayu dan Islam...

    ReplyDelete
  2. Setiap yg dilakukan oleh kepimpinan PR mesti membawa nilai positif.. mana mungkin disaat kehangatan PRU13 pemimpin PR melakukan seperti yg didakwa oleh UMNO..!! Kalau UMNO aku percaya..!! PR sebenarnya sedang dlm proses membersihkan sarang-sarang 'sampah'.. yg sepatutnya telah dibuat awal awal lagi ketika meneraju negeri.. tapi kerana suasana ketika itu hangat, rancangan itu ditangguhkan..kepimpinan negeri tidak untung apa apa pun.. dlm eksais ni.. semata utk menaikkan taraf dan mempertingkatkan kualiti bagi kesenangan peniaga juga.. masalah yg dibangkitkan oleh uMNO.. itu masalah mereka sendiri.. yg sukar melihat org melayu yg selama ini ditindas dgn agen mereka(kroni) akan menjadi usahawan berjaya..dgn hasil usaha kerajaan negeri PR..

    ReplyDelete
  3. Bagi aku,Bn sekarang banyak persamaan dgn SAMSENG. Banyak suda contoh yg dah barlaku didapan mata kita,bah. UGUT,SABOTAJ,SELUDUP WANG dan mcm2 lagi suda banyak,bah. Manakala mcm komunis memang tak dnafikan juga. Kemenangan tu seolah2 mcm dirancangkan oleh mereka utk mereka menang. Hanya kita ndak nampak sgt sebab ada sedikit jugak ruang2 demokrasi. Dan jgn lupa, utk melakukan penipuan menyeluruh bukan senang, jadi mereka trpaksa lakukan ditempat2 trpilih shj lah.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  4. Pilihanraya ke12, suatu pilihanraya yg mengejutkan, parti pembangkang dengan tiba-tiba merampas begitu banyak kerusi parliment dan adun, manakala sabah dan sarawak masih mengekalkan undi tradisi iaitu BN. Namun penganalisis politik berpendapat pilihanraya ke13 sudah dijangkakan pembangkang akan memenangi pilihanraya ke13. Dimana semenanjung dapat menambah sedikit sahaja kerusi parliment, manakala sabah dan sarawak pasti 30%-40% parliment akan dikuasai oleh pembangkang. Fakta ini dapat disokong dimana parti pembangkang semakin kuat dan mendapat sokongan dari rakyat dan pengundi berbanding pilihanraya ke12 dahulu. Namun kerajaan BN kemungkinan mengekalkan kuasa kerana permainan yang sangat kotor pasti digunakan. Dan ini sudah pasti dan dilihat dimana kerajaan BN mengunakan SPR dan JPN untuk mengunakan warga asing untuk menjadikan spesis ini boleh mengundi pilihanraya ke13. Namun bagi rakyat malaysia mengharapkan selepas pilihanraya ke13 akan berlaku perubahan pada pentadbiran kerajaan. Jika BN masih mengekalkan kuasa, rakyat berharap pemerintah BN akan lebih bersikap adil dan lebih prihatin kepada rakyat serta rasuah dan kroni dapat dihapuskan. Jika PR berkuasa, rakyat berharap agar PR mengotakan segala janji2 mereka kepada rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  5. Dah pencacai UMngok buat hal lagi dJohor. Katanya, lori yg parti DAP beli bgi tujuan jelajah negara spt yg PKR buat dgn bas yg prnah dsabotaj oleh pencacai umngok jugak. Jam 3.30 pg kot lori tu dcuri. Betul dan tepat sgt jika UMNO tu dsamakan dgn SAMSENG.

    **888

    ReplyDelete
  6. Kalau beginilah gambarannya, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi...

    ReplyDelete
  7. Mpphh.. BN/ Umno didakwa sebegini dahsyat? Sebab ciri2 di atas ada juga dalam PR, kan??!!..mari kita lihat keberadaan ciri2 ini dalam PR


    Autokrasi : PAS yg mendakwa Islam *mengikut DAP, PKR dll. Dalilnya isu arak, LGBT, murtad, rumah2 urut dan kelab2 malam berleluasa di negeri2 PKR. Atas nama PR juga PAS semakin dayus! Ironinya, asobiyyah dalam mempertahankan setiap tindakan PR itu! Ia termasuklah Nik Aziz menyokong azan diperlahankan! Anwar diarah Nik Aziz membawa mesej nama Allah bagi tuhan2 yg ada di muka bumi ini. G.E Lim ditatang seumpama khalifah padahal tindak tanduknya kian merapu dgn Islam. Islam disembunyikan sahaja oleh PAS & PKR.


    Majority 2/3: PR berusaha untuk menang majority 2/3 bagi membolehkan Anwar menjadi PM. Dgn majority 2/3 ini PAS akan mencadang & membentuk perundangan Hudud & diimplimentasikan di seluruh Malaysia seperti yg dikempennya pada umat Islam yg rajin ke masjid! Dgn majority 2/3 juga, PKR akan berusaha membuang perusahaan2 yg didakwa kroni dan digantikan dgn perusahaan bukan kroni spt yg berjaya dilakukan ke atas IPT Selangor, pelantikan D.O di Kedah, Bantuan bumiputera yg `berleluasa didiamkan` spt di P. Pinang; serta memanggil YB spt Elizabeth Wong menjadi mentri! DAP pula dgn 2/3 pula, mampu membela seberapa banyak kroni & orang2 kaya bgi menolong parti ini!


    Sinonim dgn Komunis?? yg aku tahu Ngeh Koo Ham (bangga pernah jd penghantar makanan pd pihak bersenjata komunis)& Ngor Kar Ming bersaudara dgn Chin Peng (Ketua Komunis Malaya)! Cemburu dgn hibungan diplomatic Malaysia dgn negara2 komunis. Malah, tindak tanduk Ngeh lebih kepada berusaha merakyatkan sesuatu!! Mengembang ideology komunis – `kebangkitan raayat`, `raayat hakim negara`, `tukar regim` *adakah itu slogan BN/ UMNO!! Dakwaan BN/ Umno komunis merupakan `helah bela diri` bagi menolak isu Anwar agen Zionis (pengumuman tokoh2 Zionis di US mutakhir ini, Anwar Ibrahim ialah ‘worshipful master’ bagi tahun 2012/2013).!!


    Pecah & perintah: siapa yg pecah ni, bro? akibat permainan licik Anwar, Malaysia dilihat kurang mampu mempertahankan kemurniaan Islam & keadilan sejagat di merata dunia. Kupas shj isu Nabi Muhammad berbogel. Isu mengiktiraf negara Israel. negara2 Islam tertindas, `kek ekonomi` yg adil bagi negara dunia ke 3, Isu murtad. Itu belum lagi rumah urut, arak, serta pusat2 judi yg berhamburan sudah! Siap didiam &%@!)(*& disinis oleh pembangkang samada PAS/ PKR jika BN/Umno bersuara! Anwar sanggup terbang secepatnya ke luar negara bagi memburukkan keadaan & nama Malaysia! Contohnya, mengiktiraf ide Salman Rushdie; bercium dgn Madelline Albright; menjahanamkan imej negara di Indonesia. *Isu taraf bumiputera yg dipersendatemehkan selalu oleh PR. Akibat PR menjuarai perpemecahan raayat, cuba memerintah dgn menghina jati diri negara..Malaysia naif dlm berpadu & dalam bergerak sebagai satu suara! Cuba diusahakan Najib dgn 1Malaysia, tetapi sentiasa disinis oleh PR.


    BN/ Umno didakwa Islam ke Komunis adalah subjektif!! Elakkan mengata & memburukkan BN/ UMNO yg sentiasa membantu raayat. 4 PR, barangkali, dlm mengata ini, anda mmg paku dulang, paku serpih!!..So, hati2 dlm menuduh, brader!!

    **Akar umbi BN/ Umno

    ReplyDelete
  8. Ingat UMNO ingat Perwaja, ingat BMF, ingat Memali, ingat kami mahu Idris Jusuh Natang!

    ReplyDelete
  9. PAS dayus, bro.. dulu terjerit2 pasal hudud, murtad, rak!! now, perkara tu disenyapkan bila dapat memerintah!! sekali sekala gertak dgn hudud kat org2 masjid! buat gempak jew!!

    bukanka isu perwaja, BMF, Memali dah kena!!?? jika belum, mmg di kubur pon dibalas Allah la! bangang punya anony 5.06!!!

    mcm x yakin dgn kuasa Allah. hy yakin dgn kuasa manusia, ya?!! percaya sgt pd bang AnuWar yek??

    ReplyDelete
  10. Anonymous said...
    November 6, 2012 6:21 AM


    Kalau ada isu serta hujah dgn datanya sekali dan kalau ada telur silakan... Tapi kalau nak gunakan hujah spt dlm Utusex, Berita Hairan dan TV/RTM/Astro saja x payahlah buat memalukan mak bapak hang saja...

    ReplyDelete
  11. Dah konfirm UMNO/BN yang telah merosakan Melayu dan Islam, apa lagi tukar nakhoda ..... PAS ganti DUMNO.... JANJI DI CAPATI.........Dan kamu jadikan sumpah2 (JANJI) mu sebagai alat penipu antara kamu, menyebabkan kaki kamu tergelincir dan kamu akan merasakan keburukan dunia kerana kamu menghalang manusia dari jalan Allah dan kamu akan mendapat azab yang besar

    ReplyDelete
  12. DAP Penang tu bagi kenaikan gaji pulak pada guru KAFA yg selama ini trtinggal oleh UMNO Penang. Dahlah gaji murah guru2 tu,dbayar pula 6 bulan sekali. Naik Lim G Eng, gaji guru dpt tunai dan ada kenaikan lagi. Itu le kelebihan DAP dgn UMNO. YB Ngar Khor Ming, cina yg hafal hadis dan ayat al qur'an. Dpt kat UMNO dia kata YB Ngar hina qur'an. Teruk punya akal UMngok. Dia baca ayat alqur'an dan boleh tafsir lebih baik dr pencacai UMNO malah dgn YB UMNO tu sendiri. Kita patut bangga dgn senario itu. Tapi UMngok tak faham malah cuba memutar belit fakta kata org kafir hina alqur'an. Yg hina alqur'an tu sebenarnya UMNO tu bukan cina kafir. Pernah seorg gadis bawah umor kena ANU2 dgn Rahim Tamby Chik masa jadi KM Melaka dulu, TB Lim G Eng juga yg tolong bela malah hilang pulak kerusi ADUN Kota Melaka dia gara2 dtuduh / ddakwa oleh UMNO/BN ketika itu. Ada YB UMNO dtg bela gadis dan keluarga gadis itu?? Betul le org kata ingat UMNO ingat Perwaja,ingat UMNO ingat MEMALI. Betul...

    ReplyDelete
  13. komunis? bukan ka dr in the toilet itu diktator basar???

    ReplyDelete
  14. org bukan islam boleh mengkaji al quran, tapi janganlah mengeksploitasi al quran walau apapun alasannya..

    komunis atau Islam boleh jadi pada mana2 parti. jika gagal menjaga niat,hati, aqidah, perilaku serta hubungan yg melampau.

    moga YB Ngar dibuka hidayah oleh Allah masuk Islam

    ReplyDelete
  15. Jgn suu dzon(sangka jahat) dgn Najib. Dia rembat Felda tu bukan apa, hanya nak selamatkan Felda jer. Bila bg kat Isa samad jaga...selamat lh Felda tu masuk poket mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.