Sunday, November 4, 2012

PKR Lancar ‘Pakatan Harapan Rakyat’



PKR selangkah lagi menuju Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) apabila melancarkan kempen bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ sebagai medium menyahkan fitnah politik BN.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PKR menjadi parti politik pertama yang menjalankan kempen ini.

Katanya, kempen tersebut mengetengahkan idea,harapan dan wajah rakyat untuk memberi kelainan kepada Malaysia.

“PRU kali ini akan jadi medan BN untuk menghambur segala caci nista kepada keadilan (PKR) “Sebab itu PRU-13 ini kita tidak mahu dirosakkan dengan cacian mereka. Makanya kempen poster dan papan tanda gergasi ini adalah pendekatan kita untuk menolak kempen berbaur fitnah yang akan dimainkan oleh BN,” katanya ditemui selepas perasmian kempen itu di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.

Beliau turut menafikan bahawa kempen ini bukan untuk propaganda namun membawa mesej,warna dan harapan rakyat.

“Tsunami politik 2008 telah membawa perubahan termasuk pembentukan Pakatan sebagai wadah reformasi yang menjadi wadah baru kepada rakyat,” katanya.

Jelas beliau, fasa pertama sebanyak 10 bilboard akan dipasang, dan fasa kedua kempen secara online akan dilakukan.

Turut hadir dalam perasmian itu termasuklah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pimpinan parti.

48 comments:
Write comments
  1. Kami sebagai rakyat biasa suka DGN PENDEKATAN PR UNTUK MEMBERIKAN MESEJ PADA RAKYAT YG TIDAK MEMASUKAN ELEMAN2 FITNAH SEPERT BN/UMNO YG SENTIASA CUBA MENAKUT-NAKUTKAN RAKYAT DGN FITNAH DAN HASUTAN. SYABAS UNK PR DAN SMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MEMBERIKAN JALAN YG MUDAH UNK PR MENARAJUI NEGARA YG TERCINTA INI.

    ReplyDelete
  2. Kami sebagai rakyat biasa suka MAU MELIHAT IKATAN RASMI KETIGA-TIGA PARTI PAS-PKR-DAP SEBELUM KAMI MEMANGKAH.....GAGAL MEMBUAT DEMIKIAN BERMAKSUD "CAKAP TAK SERUPA BIKIN JAK"...DAN BERNIAT MEMPERBODOHKAN KAMIRAKYAT SABAH...SENDIRI MAU INGAT LA KAWAN...

    ReplyDelete
  3. Kami rakyat Sabah tetap akan mengundi BN kerana hanya BN yang dapat menjadikan Sabah syurga PATI dan negeri termiskin di Malaysia. Syabas BN teruskan usaha anda meramaikan PATI di Sabah!

    ReplyDelete
  4. HARAPAN WARGA SABAH... BIARLAH PAKATAN BENAR-BENAR TULUS IKHLAS MENABUR JANJI DALAM PRU13... TUHAN AKAN MEMBERIKAN PAKATAN PELUANG MEMERINTAH JIKA ADA KETELUSAN DAN NIAT YANG BAIK...AMEN

    ReplyDelete
  5. BN/UMNO akan terus memerintah Sabah dengan sokongan pendatang yang diberi IC macam Pakis di Keningau yang baru tiga tahun tinggal di Sabah terus dapat IC dan mungkin bakal mengundi pada PRU 13. Rakyat asal sabah apa lagi kita sokong UMNO/BN supaya lebih ramai PATI jadi pengundi!

    ReplyDelete
  6. Barua2 yg mati2an prtahankan UMNO dSabah ni ndak ada lain selain dr asalnya PATI,bah itu.Andai ndak PATI sekali pun, mngkin mareka yg ndak berani brubah. Kalau selamakini makan bihun goreng hitam...ndak mau tukar kpda nasi beriani ,bah. Takut katanya,nanti mabuk ka hapa. Bagitu lah kiranya,ya.

    ReplyDelete
  7. saya mau lihat bumiputra jual ikang d pasar,buat bangunan,kerja di ladang2 sawit....tapi semuanya macam tiada.semuanya dimonopoli oleh org lain.siapa ba bos2 mereka ini yg menggalakkan mereka datang ke sabah.mereka dtg ke sabah atas faktor ekonomi,pembangunan dan keamanaan.salah kah bn yg menyebabkan ekonomi negeri yg pesat berkembang dan membangun ini yg menyebbabkan mereka dtg ke negeri ini?

    ReplyDelete
  8. Matlamat sebenar Program Juara Rakyat adalah program yang merujuk kepada hasrat Umno untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  9. Program Juara Rakyat juga bertujuan meletakkan Umno terus berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan parti.

    ReplyDelete
  10. Ramai rakyat di Selangor sebenarnya sudah semakin sedar akan kepincangan nyata pihak pembangkang sepanjang tiga tahun memerintah negeri Selangor. mereka sedar UMNO sentiasa prihatin di atas nasib rakyat. Rakyat perlu membantu parti untuk merampas kembali negeri Selangor dari tangan pakatan pembangkang

    ReplyDelete
  11. Rakyat perlu diberi penerangan yang betul sekiranya kita mahu mereka terus menyokong UmnoBN, dakyah pembangkang memang berleluasa sehingga mampu mempengaruhi pengundi jadi UmnoBN perlu berusaha lebih mendekati pengundi untuk membetulkan pandangan mereka terhadap UMNO

    ReplyDelete
  12. memandangkan situasi politik masa kini s, setiap UMNO Bahagian perlu menggunakan platform Juara Rakyat untuk meraih kembali keyakinan rakyat kepada UMNO dan kerajaan di dalam misi merampas negeri2 pembangkang dalam PRU13

    ReplyDelete
  13. KEPADA PEMIMPIN BN JGN BODOHKAN RAKYAT DGN PERGI KESETIAP RUMAH DI KAWASAN PERKAMPUNGAN DAN BERPURA PURA MENILAI SEGALA KEROSAKAN DI SETIAP RUMAH KEMUDIAN BERJANJI UNTUK MEMBAIKI RUMAH YG ROSAK TERSEBUT TAPI ABUK PUN TARAK BERJANJI MANIS SAJA.JADI INI KALI LAH UBAH

    ReplyDelete
  14. UMNO/BN tipu saja itu, dekat-dekat pilihanraya ini siramlah lantai rumah dengan kencing anjing dorang duduk juga itu. Tapi lepas pru13 awaslah kamu dengan kenaikan harga barang dan mungkir janji UMNO/BN lihatlah PPR di Batu sapi sampai sekarang janji yang dilafazkan masa PRK Batu sapi sampai sekarang tak tertunai.

    ReplyDelete
  15. wahai sahabat di sabah... kita kena ubah pemimpin pastikan kita tumbangkan umno/bn... dan kita pilih pakatan rakyat pr. kenapa? jika kita tidak ubah sekarang, pati akan terus meningkat melebihi pribumi sabah... lama-lama filipina dgn mudah ambil sabahmelalui pilihan raya kerana rakyat mereka lebih ramai di sabah berbanding pribumi sabah... lihatlah.. ada pati yg bukan setakat dapat ic tetapi telah menjadi calon bn 2008 dan menjadi yb... siapa cari sendiri dalam sabahdaily.com ada cerita ni...
    UBAH... TUMBANGKAN BN. UNDI PR DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT SABAH UTK SABAH.

    ReplyDelete
  16. Pakistan di Keningau baru tiga tahun tinggal di Sabah dapat IC pula itu. Besar jasa UMNO di Sabah ya!

    ReplyDelete
  17. Dulu sewaktu USNO memerintah setidak tidaknya rakyat sabah dapat juga merasa hasil negeri mereka dibahagi bahagi untuk rakyat melalui Yayasan sabah, Waktu itu ada saham RM300 setiap yang berusia 21 tahun, Pelajaran disekolah sekolah dibiyayai oleh Yayasan Sabah pada mereka yang tidak berkemampuan dg percuma...Sekarang semua hasil Bumi Sabah dibahagi bahagi sesama Kroni dan Menteri...Rakyat biasa terliur dan gigit jari...dan ada yang putih Mata. PRU 13 hapuskan Rejim perasuah dan gila kuasa ini.

    ReplyDelete
  18. Kesilapan UMNO kerana mereka menyerang Sdr. Anwar bermatian.. tapi akhirnya mereka yg kepenatan sedangkan Sdr. Anwar tidak kesorangan.. ada TGHA, TGNA, LKS, LGE dan rakyat..

    ReplyDelete
  19. Masa kecik dulu ayah marah kalau tanya "mak undi parti apa?". Alasan ayah, "undi adalah rahsia". Sekarang, tak perlu rahsia lagi parti apa nak dipilih. Kita undi parti politik sebab kita nak parti tu menang. Kalau undi sorang2, mcm mana nak menang. Sebab tu kita kena bagitahu dan ajak keluarga, kawan2, murid2, dsb utk undi parti yg kita sokong. -SAYA BERSAMA PAKATAN RAKYAT.

    ReplyDelete
  20. Bila ditanya bila nak PRU13...dia JAWAB..kita masih ada Krismas, kita ada Raya Cina..dan kita masih ada masa untuk bahagikan duit duit ampau untuk bertemu rakyat..kita boleh gula gulakan rakyat..kita habiskan BRIM2...ambil tetap ambil..TETAPI PANGKAH.............TIDAK SEKALI KALI...NO WAY TO BE ENDDDDDDDD

    ReplyDelete
  21. Harapan rakyat untuk apa?

    ReplyDelete
  22. Lucu betul kempen PKR, Pakatan Harapan Rakyat. Harapan palsu kali.

    ReplyDelete
  23. Diharapkan rakyat tidak terlalu mudah terpedaya dengan janji harapan baru macam ini.

    ReplyDelete
  24. Makin tinggi harapan kita terhadap pihak pembangkang, makin kecewa kita rasa jika mereka tidak dapat memenuhi semua janji manis yang diberikan.

    ReplyDelete
  25. Semoga rakyat akan mengundi dengan bijak pada PRU-13. Jangan terpengaruh dengan janji harapan baru.

    ReplyDelete
  26. Bijak tu tolak umnobn...perubahan yang dinanti dari pakatan...hidup pakatan kami undi PR.

    ReplyDelete
  27. Rata2 rakyat Selangor dah merasai kebaikan kerajaan PR yg dtrajui oleh TS Khalid. Kalau dulu UMNO giat curi pasir, naik shj PKR,mereka halang kegiatan bangsat UMNO tu dan hasilnya kerajaan negeri dpt hasil brlimpah kali ganda dr pasir yg djual secara trkawal dan berlebihnya wang negeri maka banyak lagi program rakyat yg dpt kerajaan negeri sekrang lakukan ukt rakyat Selangor. Contoh mudah...air percuma utk setiap 20 m2 pertama. AKu dah rasa air free ni walau tinggal dkuarters Kerajaan Putrajaya. Itu kelebihan PR.

    ReplyDelete
  28. UMNO di Sabah menjayakan projek ic yang merosakkan keharmonian negara.

    ReplyDelete
  29. Let see what PKR can do for the people. We hope the best.

    ReplyDelete
  30. BN masih parti kuat, bukan mudah dijatuhkan.

    ReplyDelete
  31. The government should prioritise the people. Strike for the better future.

    ReplyDelete
  32. berabis pakatan berkempen sekarang ni.

    ReplyDelete
  33. berkempen pn dgn cara baik ye..

    ReplyDelete
  34. Berkempen banyak-banyak pun kalau cakap kosong sahaja tiada guna juga.

    ReplyDelete
  35. Janji manis pembangkang jangan mudah percaya. Sekarang cakap apa pun boleh buat. Nanti lepas PRU lain cerita lagi.

    ReplyDelete
  36. Tetap akan menyokong kerajaan BN.

    ReplyDelete
  37. Apa perubahan yang boleh di berikan oleh pembangkang.. ?

    ReplyDelete
  38. BN sentiasa menunaikan janji kepada rakyat, itu sebab BN masih kuat lagi.

    ReplyDelete
  39. BN memang parti yg masih kuat. KUAT penipu melalui SPR ( Suruhanjaya Penipu Rakyat )

    ReplyDelete
  40. The only thing that the opposition good at that they are only capable of manipulating the masses by playing with the current sentiment with ZERO efforts to tackle the issues and created more social tension, mass panic and confussion.

    ReplyDelete
  41. The opposition is devoid of ideas and are only playing up on the sentiment of the people in Sabah by raising issues that are already part of the struggle of the Barisan Nasional (BN) parties, said Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    ReplyDelete
  42. Ongkili said the rights of the people were important but “have always been championed by the Barisan Nasional parties especially Parti Bersatu Sabah (PBS) as the basis of our existence as a political party”.

    ReplyDelete
  43. He also said PBS would not compromise on what is important to the people, including on the 20-point memorandum to safeguard the interests, rights and autonomy of the people of Sabah during the formation of Malaysia.

    ReplyDelete
  44. The opposition was clueless as to what they wanted to do for the country whereas the BN was clear in its goals and strategies as “being championed under the leadership of the Prime Minister to set the direction for the country’s growth as a developed nation.

    ReplyDelete
  45. The transformation programmes are real and concrete steps and the adoption of the strategies is the way forward for the country.

    ReplyDelete
  46. On the contrary the opposition are harping on old issues.Until now they have not unveiled anything especially for Sabah and Sarawak and they are only talking about rights and to stir the sentiment of the people.

    ReplyDelete
  47. The people should be wise in choosing a government. A good government is that which pays attention to the people’s needs and interests and at the same time focuses on the developmental progress of its people in every aspect.

    ReplyDelete
  48. ckap skit. .klaulha bn tu prti yg slalu tunaikn jnji,knapa jln kt kpg gua msh lg pkai jlan blubng,brbcak,bdbu tka kmrau,lcin tika ujan. .prti ni dh lbh 50 thun prntah. .x kn x da prubhn. .bkn x da mtk projk jln,dh brbuih. .q rsa borng mtk projk jln,klau kmpul smpn dlm kotak mggi,x muat dh. .cba lha ptong skit duit scorpne pkai buat jln.ptong skit duit lmbu pkai psang paip air, .ptong skit duit cncin dgn beg pkai drikan ltrik. .x kn x dpt buat. .psai tu q kmpul duit nk bli krnda,nk tnam bn punya prti. .

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.