Friday, November 2, 2012

RCI : Pendengaran Pertama 14 Januari

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah mengadakan mesyuarat pertamanya di sini kelmarin dengan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong di bilik mesyuarat Bangunan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Penubuhan jawatankuasa berkenaan dan pelantikan pengerusi serta anggota RCI diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini pada 11 Ogos tahun ini untuk menyelesaikan sama sekali masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Shim mengumumkan bahawa pendengaran sebenar akan bermula pada 14 Jan tahun depan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini.

Mengenai jumlah saksi yang akan dipanggil memberi keterangan di hadapan jawatankuasa RCI itu, beliau berkata: “Semua saksi, yang kami fikir relevan, akan dipanggil memberi keterangan.

“Kami masih memperincikan senarai saksi tetapi saya dimaklumkan setakat ini sudah ada 48 saksi dan lebih ramai yang akan dipanggil,” katanya.

Ditanya sama ada orang awam boleh tampil memberi kenyataan, beliau berkata: “Sesiapa saja yang boleh memberi kepada kami maklumat yang relevan boleh datang memberi keterangan”.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha jawatankuasa RCI, yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim dan empat pesuruhjaya iaitu bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Henry Chin Poy Wu.

Shim berkata mesyuarat itu bertujuan membincangkan perkembangan siasatan yang dikendalikan oleh unit siasatannya yang ditubuhkan pada 1 Okt tahun ini.

“Setakat ini perkembangannya sangat baik dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya dalam tempoh enam bulan… enam bulan mulai tarikh pelantikan kami iaitu 21 Sept tahun ini,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa RCI itu diberi enam bulan untuk menyiapkan siasatan mereka berhubung kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah.

“Kami akan cuba menyelesaikan semuanya sebelum tarikh akhir. Sudah tentulah mengikut peruntukan kami boleh memohon perlanjutan sekiranya tidak dapat menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan,” kata Shim.

Ditanya mengenai bidang khusus yang disiasat oleh jawatankuasa itu, Shim berkata jawatankuasa itu akan menyiasat semua aspek yang dirasakan relevan dengan terma rujukan RCI.

“Kami perlu memberi tumpuan berhubung terma rujukan… semua sekali ada lapan terma rujukan,” katanya.

Ditanya sama ada RCI akan membantu menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah, Shim sekadar berkata mereka akan cuba melaksanakan tugas dalam lingkungan terma rujukan.

Ketika mengumumkan terma rujukan suruhanjaya itu pada 11 Ogos tahun ini, Perdana Menteri berkata antara lain, suruhanjaya itu akan menyiasat jumlah pendatang tanpa izin di Sabah yang memiliki kad pengenalan atau kewarganegaraan.

Siasatan akan turut memberi tumpuan sama ada pengeluaran kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang terbabit dibuat berdasarkan undang-undang di samping menyiasat sama ada mereka yang memperoleh kad pengenalan biru atau resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang, didaftarkan dalam Daftar Pemilih, katanya.

Selain itu, Najib berkata RCI itu akan turut menyiasat sama ada pihak berkuasa berkaitan telah mengambil sebarang tindakan atau membuat apa-apa penambahbaikan kepada prosedur amalan standard, kaedah dan peraturan untuk mengelak ketidakteraturan dari segi undang-undang.

Siasatan lanjut juga diperlukan dalam perkara berkaitan prosedur amalan standard, kaedah dan peraturan berhubung pengeluaran kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dengan mengambil kira standard antarabangsa dan norma yang terpakai bagi Malaysia, beliau dipetik sebagai berkata. (NST)

27 comments:
Write comments
  1. rasa2 yang yang pti tu dan mengaku kerakyatan malysia,dr sekrang berjaga2 ya...walau pun uda dduk disabah ni berpuloh tahun,tapi nda bererti kurang bley terlepas begitu ja...mana yang yakin die ada ic la,surat beranak la...itu suma buleh di pertikaikan...senag ja suma tu...kahkahkah...jd yang dlm sabahdaily ni,yang mati2 mau kc sokong umngok tu...kurang sokong la ya....walau di sabh umngok masih memerintah tapi kalau PR pegang di putrajaya ja,kurang suma nda bley lari...lari la dlm utan ya....

    ReplyDelete
  2. Saksi tu jgn yg dipanggil. Kena saksi bebas yg tahu kejadian dan brbukti. RCI pula MESTI berani ambil bukti itu dan beri syor yg kaw-kaw. Bukan sekadar ambil keterangan lepas tu buat pula keterangan yg SURUHANJYA TELAH MENGEMUKAKAN CADANGAN/SYOR KPD YDP AGONG. Kalau mcm tu baik takyah buat RCI...mngabis beras je. AUTA UMNO BAH ITU.

    ReplyDelete
  3. November 3, 2012 10:52 AM :

    8 item sbg TOR utk RCI ini x memungkinkan penyelasaian tuntas masalah PTI di sabah!!!

    ReplyDelete
  4. Tangkap PIA bt DAHLAN tu dulu...lepas tu siasat latarbelakang TYT serta KM kini atau mantan KM. Mana tau dpt ic palsu masa BERJAYA dulu. Yg tentu si MUIS PICHO tu jelas dr OVERSEA.

    ReplyDelete
  5. 48 orang telah dikenal pasti untuk membantu siasatan.

    ReplyDelete
  6. Diharapkan siasatan pihak Panel RCI ini akan berjalan lancar tahun depan.

    ReplyDelete
  7. Jikalau 6 bulan tidak mencukupi, panal boleh meminta izin untuk melanjutkan masa untuk siasatan mereka.

    ReplyDelete
  8. Tan Sri Steve Shim juga berkata akan berusaha mencari kebenaran supaya kes ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  9. Masalah PATI dan projek IC kini diserahkan kepada panel RCI. Kita doakan yang terbaik.

    ReplyDelete
  10. Aku amat parcaya jika RCI ini brjalan dgn lancar DANNNnn yg paling penting..trtangkapnya individu yg dpt ic projek samada VVIP,VIP atau sbgnya nama Sabah akan brubah dr landskap pendatang kpd senario sebenar sebuah negeri merdeka dan brdaulat. Apa lagi jika, PR dberi kesempatan utk menerajui Sabah.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  11. RCI kena dilaksanakan dgn baik dan telus.

    ReplyDelete
  12. moga isu PATI akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  13. Harap isu PATI dapat diselesaikan

    ReplyDelete
  14. Pelaksanaan yang tegas dalam RCI perlu untuk menjayakannya

    ReplyDelete
  15. harap2 semuannya berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
  16. Pihak tertentu jangan buat spekulasi liar. tunggu pendengaran RCI

    ReplyDelete
  17. lebih banyak saksi perlu ditampilkan

    ReplyDelete
  18. Semoga saksi yang ada dapat membantu dalam siasatan.

    ReplyDelete
  19. RCI harus serta merta.

    ReplyDelete
  20. Kebenaran projek ic dan isu kerakyatan songsang harus ditanggani.

    ReplyDelete
  21. Golongan yang menggunakan dokumen palsu harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  22. Semoga panel RCI yang dilantik dapat melaksanakan tanggugn jawab dengan amanah.

    ReplyDelete
  23. RCI perlu di laksanakan dengan adil.

    ReplyDelete
  24. Panel RCI yang di lantik perlu jujur dalam menjalankan tugas mereka.

    ReplyDelete
  25. Di harapkan siasatan RCI akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  26. Sesiapa yang menyebabkan Pati mendapat IC projek hanrus di kenakan tindakan tegas.

    ReplyDelete
  27. Kita tunggu dan lihat keputusan RCI nanti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.