Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.
“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila, hari ini.
Menurutnya, jawapan muktamad terserah kepada parti yang akan menentukan kawasan yang bakal ditandingi kelak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyatakan kesediaan jentera PAS pada bila-bila masa diadakan pilihan raya kerana persiapan telah dibuat sejak setahun lalu.
“Saya sudah melawat keseluruhan kawasan pilihan raya sejak setahun lalu. Saya buat jadual melawat dan keseluruhannya kerja telah dibuat sejak setahun untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.
“Bahkan, kebanyakan Dewan Undangan Negeri (Dun) telah membuat culaannya yang terperinci. Ini termasuklah, persediaan jentera pilihan raya secara menyeluruh. Cuma kita menunggu tarikh pilihan raya pada bila-bila masa sahaja,” ujarnya.
Friday, November 2, 2012
PRU13: Presiden PAS sedia bertanding di Pekan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jgn bimbang, nyawa umno/bn dihujung tanduk dlm PRU13, insyaallah. Sgala2nya pasca PRU13 adalah atas budi bicara kerajaan baru PR. Klau dah kita janji 20% negeri akan dpt, semua akan dptlah 20%. Bukan setakat hasil minyak, bahkan semua kebajikan rakyat dibawah kerajaan baru PR akan terjaga, & x ada sesiapa yg bakal dizalimi sperti skrg. Petanda ketibaan tsunami dahsyat yg bakal menenggelamkan sebuah bahtera yg angkuh, semakin nyata. InsyaAllah hil aziiim, kerajaan baru akan tertegak lepas PRU13! Begitu kehendak Allah, begitu jua ia akan berlaku. x ada apa2 & sesiapa yg dpt menghalangnya dari berlaku...
ReplyDeleteAku rasa ada yg tak kena kat sini.. maaf.. bukan utk menafikan hak mereka yg berhak... tapi jika diteliti betul betul.. penemuan itu bukan diperairan Pahang.. tapi 100% Trengganu..kenapa Najib mengumumkan diPahang.. hanya dia yg tahu.. dan kenapa dia mencadangkan RM100 juta wang royalti pun hanya dia yg tau.. kerana pemberian wang royalti mesti mendapat kelulusan diperingkat Federal terlebih dulu.. apa yg aku tau.. ni satu lagi permainan politik keanak-anakan Najib... sedangkan Kelantan yg berhak
ReplyDeleteterpaksa la haji logiut najib bertanding di uulan bator...
ReplyDeleteJgn kita rugikan tenaga TG Hj Hadi jika beliau kalah dPekan. Contoh mudah, Dato Dr haron Din dPerlis.Beliau tokoh dlm masyarakat dan dlm parti dan brtanding lawan adinda Raja Perlis sbg calon BN. Kalah. Kalah kerana aroma sama kuat CUMA..UMNO dposisi selamat, kenapa? Kan BN/UMNO ada SPR. Tak pelik jika kuda tunggangan UMNO itu brtindak pantas bg menafikan kemenangan Dato Dr Haron Din dulu. Itu bacaan mudah dlm congak politik. Brbalik pd isu TG Hj Hadi nak brlawan dPekan jika ada green light pucuk pimpinan PAS, elok dkaji dua tiga kali lagi. Dr segi kekalahan, Najib dah kalah pd PRU dulu kpd calon PAS yg hanya dwakili oleh muka baru ( bekas Panglima TD ke ). Kemenangan tipis sekitar 200 undi ( setelah penipuan peti undi). Atas contoh itu lah, saya rasa kerugian jika parti mmpertaruhkan nasib TG Hj Hadi dPekan, andai tipu daya SPR brjalan jua dPekan dlm PRU ke 13 nnti.
ReplyDeleteNajib tetap akan menang kerana beliau bakal jadi Duta Malaysia ke Mongolia.
ReplyDeleteMenang dgn undi pos!!!
ReplyDeleteKalau Najib berani sahutlah cabaran...!!.. Kalau menang tapi dgn undi merosot jauh.. bemakna Najib rosak reputasinya.. dan ketika itu.. Mudim.. akan memberi komen.. 'Kemenangan saya diPagoh.. jauh lebih besar dari Najib '.....
ReplyDeleteNampak..?
Satu tamparan buat Mudim.... Najib kurang senang dgn 'isyarat.. the more the candidate's the more merrier'.. sperti yg diucapkan oleh Mudim tempoh hari..penganalisis politik meramalkan Kem Najib akan bertindak dan mendedahkan sedikit kaitan Mudim dlm isu NFC.. cukup utk memberi ' a little bit damage' sebagai peringatan .. who's the real boss...pada Mudim... mereka tidak boleh menyerang Mudim. kerana akan memecahkan UMNO yg sudah uzur..melakukan serangan pada kumpulan Mudim..utk memencilkan dia...dan bila sudah kesorangan...Mudim terpaksa menjadi pak angguk dlm UMNO dan survival politiknya ditentukan oleh Najib.. ibarat hamba yg dipergunakan..itulah budaya politik UMNO.....
ReplyDelete