Thursday, November 1, 2012

PKR : SUV Hummer tanda kaitan Nazri-Chia?

Tindakan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz didakwa mempunyai konflik kepentingan apabila beliau memberitahu Parlimen bahawa ahli perniagaan Michael Chia telah dibersihkan daripada tuduhan rasuah, kerana mereka berdua dilihat sebagai kawan.

NONEHubungan antara kedua-duanya didakwa adalah dalam bentuk
kenderaan SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh anak sulung Nazri, Nedim.

Dakwaan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini, yang menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya  sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal (foto bawah).

NONEKatanya, dalam satu kes rasuah berprofail tinggi dan pengubahan wang haram sebelum ini yang didakwa melibatkan seorang ketua menteri dan orang yang membersihkan nama ketua menteri Sabah dan Chia adalah menteri yang "kita telah ditemui bukti bahawa keluarganya telah mendapat... manfaat dari Chia".

"Jika ini bukan (rasuah), saya tidak tahu apa itu," kata Rafizi dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya, terdapat persoalan konflik kepentingan di mana Nazri harus mengambil tanggungjawab politik dan moral.
NONEBerikutan ini, pemberita bergegas ke pejabat Nazri untuk
mendapatkan komennya di mana beliau menafikan sebarang konflik kepentingan.

Nazri menjelaskan bahawa jawapan bertulisnya kepada Parlimen mengenai perkara itu datangnya dari Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Di samping itu, secara berseloroh, beliau berkata, apa yang berlaku antara Chia dan anaknya tiada kena mengena dengannya kerana anaknya sudah dewasa.
Beliau memberitahu pemberita bahawa soalan tentang kebenaran dakwaan Rafizi bahawa Chia telah memberi sebuah kereta kepada Nedim, perlu dirujuk kepada kedua-dua mereka.

"Itulah antara anak saya dan Michael Chia ... Jika dia mahu beri Hummer atau Ferrari, itulah urusan Michael Chia."

Bagaimanapun, Nazru mengakui mengenali Chia secara peribadi dan pernah ke Dubai bersama dengan Chia, tetapi atas perbelanjaannya sendiri.

"Saya kenal Chia dan saya tidak bimbang mengenainya," katanya.

9 comments:
Write comments
  1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak melihat sebarang kesalahan dengan anaknya yang didakwa menggunakan kereta mewah yang dimiliki Michael Chia, dengan mengatakan hubungan Nedim dengan peniaga balak Sabah itu tidak berkaitan dengan jawatannya selaku menteri kabinet.


    Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mengawal setiap pergerakan Nedim kerana beliau sudah dewasa, dan menambah jika anaknya menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan peribadi anaknya dengan Chia.

    "Saya tidak tidur dengan anak saya, saya bukan homoseksual. Anak saya bukan isteri atau kekasih saya. Apa yang dia buat, dia tak perlu beritahu saya.

    "Ini urusan anak saya dan Chia. Jika Chia mahu memberikan Nedim Hummer atau Ferrari, itu bukannya urusan dengan saya. Saya yang menteri, bukan anak saya," kata Nazri kepada wartawan apabila ditemui oleh wartawan di Parlimen hari ini.

    Nazri dalam jawapan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang menuduh beliau mempunyai kepentingan, mempertahankan Chia apabila anaknya, Nedim menggunakan kereta mewah atas nama Chia.

    "Apa salah dia, cuba beritahu saya? Dia bukan menteri. Mana ada kepentingan. Dia anak saya," katanya lagi.

    Beliau enggan mengulas apabila ditanya jika Hummer yang digunakan Nedim adalah milik Chia.

    Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak perlu berkata apa-apa, berikutan pendedahan Rafizi, pemimpin PKR itu tidak dapat membuktikan apa-apa yang melibatkannya.

    "Pergi tanya anak saya, saya tidak boleh cakap bagi pihak dia. Saya tak tidur dengan dia, dia ada isteri, ada anak.

    "Apa yang dia buat, saya tidak tahu. Saya kenal Michael Chia, tapi apa salahnya?" katanya lagi.

    Nazri baru-baru ini memberitahu Parlimen bahawa ketua menteri Sabah Datuk Musa Aman telah dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah selepas badan pencegah rasuah di Malaysia dan Hong Kong mendapati bahawa "dana politik" berjumlah RM40 juta itu diseludup ke Malaysia pada tahun 2008 bukan untuk kegunaan peribadi Musa tetapi untuk Umno Sabah.

    "Saya masih lagi menteri, kawan. Ini tidak akan sakitkan saya. Saya tidak akan terjejas dengan politik kotor ini," katanya.

    Tetapi Nazri tidak bercadang untuk menyaman Rafizi dari dakwaan ini, dengan berkata fitnah ini tidak akan menjejaskan nama keluarganya, dan berkata pemimpin PKR itu tidak ada kredibiliti.

    "Saya seorang yang kaya, berkuasa, kacak dan berharta, apa boleh saya buat?

    "Saya tidak kisah, saya popular, seperti bintang filem. Seperti selebriti, bukan seperti pelakon tempatan tetapi peringkat Hollywood. Jadi saya tak boleh buat apa-apa jika mereka mahu ikut saya," katanya lagi.

    ReplyDelete
  2. Cuba baca jawapan 'stupid' dr sang menteri yg bongkak lagi brlagak di atas. Betu le pepatah Inggeris..." Like father like son".

    ReplyDelete
  3. Cuba si Nazri tu bukan Menteri,bukan YB UMNO atau bukan org brpgaruh, mampos le si Micheal Chia nak bg pinjam Humver tu pd si Nedim. Bukan dr sudut bahasa SPRM, bahasa org kampung pun reti itu amalan rasuah.

    ReplyDelete
  4. ni lah contoh keibubapaan yg ditunjukkan oleh pemimpin korajaan umno be end.....sampaikan hal ehwal anak sendiri pun boleh dijawab 'tak tahu...kena tanya dia"....ini bukan bapak....ini 'kepala bapak' punya worang!!!!!! manyak busuk oooo itu mulut longkang!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Ini lah org OMNO rakyat hidup dalam kedaifan menteri hidup mewah isap darah rakyat, depan TV, dalam surat kabar bercakap mcm seorang ulama konon x penah buat salah, hamperrrrrrr punya manusia, rakyat tetap dibelakang Rafizi, teruskan usaha murnimu, moga Alla selamatkan kamu sentiasa

    ReplyDelete
  6. dulu Shahrizat dgn Cowgate...kini tiba giliran Nazri...HummerGATE kah..kah..kah. cow naik hummer...elok Kak Ijat ternak lembu atas Hummer pulak....
    Kak Ijat: saya tak tahu tentang NFC dia urusan suami saya...saya tak campur...
    kini Nazri pula, Itulah antara anak saya dan Michael Chia ... Jika dia mahu beri Hummer atau Ferrari, itulah urusan Michael Chia."

    Hey Nazri !Rakyat tak bodoh macam lembu !

    ReplyDelete
  7. ada perpatah mengatakan..sepandai-pandai tupai melompat.akhirnya jatuh ketanah jua.sebelum apa yg pemimpin umno buat.rakyat tak tahu.tapi sekrng setelah adanya pembangkang yg kuat.1 persatu kesalahan pemimpin umno dibongkarkn.insayallah pru13 nie pakatan rakyat akn menang besr.mari kita sama2 mendoakn kejayaan pakatan rakyat.dn mari kita sama2 berkejo kers untuk pastikn rakyat malaysia nie tidak kena tipu lg pemimpin umno yg kejam, zalim

    ReplyDelete
  8. Jgn kita suu dzon ( sangka jahat) dgn Nazri dan anaknya Hang Nedim. HUMVEE tu bukan mereka punya tapi si Micheal Chia cina Sabah yg sebat balak Sabah.

    ReplyDelete
  9. Kalau PR mmerintah Putrajaya...si Nazri la salah sorang yg awal2 masuk ponjara,raso nyo. Dr satu sudut, Nazri jauh dr layak jadi pemimpin,hanya org melayu bebal utk menilai siapa Nazri.. Nazri sorang yg trpelajar,bijak dan perfect utk mnjadi 'seseorg' TETAPI bukan jadi PEMIMPIN rakyat.

    **888

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.