Sunday, November 4, 2012

Merompak Dengan Bawa Bas Sekolah



Sekumpulan penjenayah, sebahagian besarnya bermotosikal turut menggunakan sebuah bas sekolah untuk mengangkut pelbagai kelengkapan penunggang motosikal berkuasa besar terutama jaket kulit yang dicuri daripada sebuah kedai di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.

Jenayah berlaku pada jam 5.30 pagi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, Alpinestars Shop Malaysia menunjukkan sekurang-kurangnya lapan lelaki terbabit kejadian itu.

Rakaman itu menunjukkan tujuh penjenayah terbabit menaiki motosikal serta memakai topi keledar manakala seorang lagi memandu bas sekolah dan mereka mengambil masa hanya tiga minit untuk mencuri barangan bernilai hampir RM70,000.

Pengurus Besar, Alpinestars Shop Malaysia, Rudi Fariq berkata, ini kali pertama kedai syarikat berkenaan dirompak dan beliau percaya ia sudah dirancang kumpulan terbabit.

“Kalau lihat pada rakaman CCTV, cara mereka lakukan rompakan sangat teratur dan hanya beberapa minit diambil untuk melarikan barangan kami bernilai hampir RM70,000. -HM

1 comment:
Write comments
  1. Kadar jenayah makin meningkat dMasia setelah PM marah kpd DAP Penang yg kata pelabur Spura kena hati2 bila dtg JB nanti. Kadar jenayah jugak meningkat setelah pihak polis yg dprgunakan oleh UMNO utk tangkap ustaz dr PAS shj dan yg trkejut, penjenayah yg brjaya dtangkap itu rupa2nya ada 5 rekod lampau. KENAPA BAGITU,BAH. Ndak selesai rekod tu,kenapa???

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.