Friday, November 2, 2012

AES: Satu lagi projek gagal kerajaan BN

Projek Sistem penguatkuasaan Automatik (AES) sudah menjadi polemik dan bahan cemuhan rakyat. Kali ini bukan setakat Pakatan Rakyat yang menentang, tetapi ia juga ditentang oleh Ahli Parlimen kerajaan. Semakin banyak suara yang bangkit menentang pelaksanaannya, kerana merasakan ia tidak wajar dibuat buat waktu ini. Paling tidak ada yang mendesak menangguhkan pelaksanaannya supaya ianya benar-benar difahami oleh segenap lapisan rakyat.

AES nampak seperti cantik pada nawaitu tindakannya, iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ianya juga untuk mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Namun ramai tidak berpuashati dengan kaedah saman yang dilaksanakan terhadap pesalah jalan raya melalui kamera yang dipasang di tepi jalan raya. Timbul pula curiga bahawa pelaksanaan AES ini hanya untuk menguntungkan syarikat pengendalinya yang bakal mendapat habuan RM 16 daripada setiap saman yang dikeluarkan.

Penolakan Projek AES merupakan suatu tamparan hebat buat pemimpin BN. Projek ini menjadi suatu beban yang tertanggung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya kepada Menteri Pengakutan Datuk Seri Kong Cho Ha. Malah sudah ada suatu desakan yang meminta Menteri Pengangkutan tersebut meletakkan jawatan sekiranya projek ini benar-benar ditentang dan ditolak di Parlimen kelak. Apakah projek ini juga menjadi suatu mesej tersirat bahawa kepemimpinan Perdana Menteri turut tercabar?

Ramai menganggap sikap terburu-buru kerajaan dalam mengengahkan sesuatu dasar itu tanpa berfikir panjang serta meminta pandangan rakyat akhirnya memakan diri. Sudah acapkali keputusan besar kerajaan dibantah oleh rakyat sehingga akhirnya ianya terpaksa ditarik balik setelah mendapat bantahan awam. Soalnya mengapa kerajaan tidak membuat kajian terlebih dahulu atau mendapatkan pandangan rakyat terlebih dahulu sebelum sesuatu dasar itu dilaksanakan? Mengapa terlalu mudah kerajaan membuat sesuatu keputusan sebelum ianya diperhalusi dari segenap sudut?

Nampaknya AES akan menjadi satu lagi projek gagal kerajaan BN. Ibarat orang tua yang semakin lemah dan nyanyuk, kerapkali tindakannya tersasar kerana lemahnya akal pemikiran serta daya ingatannya. Justeru, negara perlu diselamatkan segera dari pelbagai dasar gagal kerajaan BN. PRU ke 13 adalah pilihan terbaik buat rakyat menukar daripada kepimpinan tua BN yang terbukti gagal dan lemah kepada kerajaan PR yang menjadi harapan rakyat.


RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

10 comments:
Write comments
  1. Jom bantah bantai boikot sebelum ianya dikuatkuasakan hingga membebankan rakyat.....9 Nov 2012 (Jumaat) jam 1.30 tgh.

    ReplyDelete
  2. Khabarnya ada PENCACAI UMNO nak brdemo sokong perlaksanaan AES nih. Hih hih hihh..kelakar bunyinya. Nak bodek pun,biar nampak cerdik. Tapi kalu dah pencacai umno tu mana ada cerdiknya.

    ReplyDelete
  3. Pencacai UMNO mentaliti mereka seperti budak tadika. Sebab itu madey minta golongan bijak pandai diterima masuk dalam UMNO!

    ReplyDelete
  4. Ini satu pengajaran kpd mana mana pihak apabila ingin menjalankan satu dasar atau tindakan yang dikenakan terhadap rakyat, sila berfikir nasib rakyat golongan marhaen. Jika AES benar benar boleh mendidik rakyat supaya pemanduan lebih berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan, rakyat perlu diberikan penerangan yang jelas dan teliti, bukanlah pelaksanaan secara tergesa gesa. Majoriti rakyat melihat sistem AES amat membebankan rakyat yg terpaksa menanggung bayar denda sehingga RM300 dan ada lokasi pemasangan AES ini bukan menunjukkan lokasi potensi berlaku kemalangan.

    ReplyDelete
  5. Ni lah keunikan Malaysia.. dipimpin oleh pemimpin yang lembab dan benak otak... bila negara lain pasang AES.. Malaysia pun dgn megahnya ikut serta.. alasan.. sistem AES sudah terbukti keberkesanannya bagi mengurang kadar kemalangan...rakyat tidak persoalkan AES.. tapi pelaksanaan nya diMalaysia yg mengikut selera kontraktor semata utk mebgutip duit rakyat secara haram..!! Jika dinegara lain.. mereka medapatkan feedback rakyat.. diMalaysia.. UMNO mendapatkan pandangan kroni yg diberi 'kemewahan' utk memasang AES.. jika dinegara luar. mereka memberi tanda amaran 5 kilometer secara jelas.. diMalaysia.. lain AES berharap dpt menangkap seberapa bayak kenderaan.. agar komisyen mereka bertambah.. lumayan..!! dan satu kesilapan paling besar... Akta sedia ada tidak dipinda bagi membolehkan AES menjalankan peranan anggota penguatkuasa seperti Polis dan JPJ utk mengeluarkan saman!! Mana boleh syarikat swasta memgenakan saman pada rakyat..!! Itulah Malaysia.. tuan - tuan dan puan sekelian...

    ReplyDelete
  6. Kadang kadang minum berdiri kurang sopan kebanyakan pula kancing berdiri kira oklah,semaki lama macam lanun pula almaklum sudah tegar berkuasa bila dengar cerita rakyat didahulukan janji tepati dan 1 Malaysia rasa rasalah macam zaman Japan cukai kepala bila tak bayar bila ada alat tercangih guna macam pula kera dapat bunga sang kencil memang pintar bila ketuk kepala buaya itu dulu. Sumpitan.

    ReplyDelete
  7. Kita bukan menolak undang2 yg ingin mendidik pemandu djlnraya malah bagus le kalau pihak brkuasa ingin mengambil langkah positif ke arah itu. CUMA,sistem yg diambil oleh sykt BETA TEGAP dan ATES SDN BHD tu khabarnya dr US yg mana US bukan ndak berapa nak pakai sistem tu.Bnyak kelemahan yg meragukan. Tap tap, Mesia pula yg gunakan dan yg penting dpt juak pada KRONI. Hai Mesia Mesia...ndak abis2 pasal kroni.Pulak, yg tukang ambil gambar tu ndak kena apa2 risiko,ambil gambar lepas tu hntar je JPJ, dpt komisyen. Silap2 mncecah jutaan ringgit sebulan. Yg brgolok brgadai keMahkamah,peg JPJ tu le jugakkk. Ini seperti MENCURI wang rakyat shj atas nama UNDANG2 penguatkuasaan djlnraya. Poraahhh BN.

    **888

    ReplyDelete
  8. Khabarnya dah 2 tiang kamera AES kenapa rentap. Satu 'menyembah bumi' dan satu 'trmenung' keatas. Jika UMNO rasa brkuasa keatas rakyat jelata, ingat Allah jua brkuasa atas segalanya.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  9. UMNO/BN MEROMPAK WANG RAKYAT DENGAN SISTEM INI!

    ReplyDelete
  10. UMNO paksa KP JPJ perah tenaga utk jayakan projek ni. Lepas brjaya,hah baru bole pencen tau. Mcm projek myEG tu. Mana KP JPJ yg bangkang atau lembap sgt nak jayakan projek ni, tendang dia keluar dr JPJ. Lepas perah tenaga dan otak, serah pd swasta utk laksanakan projek lesen L JPJ yg jana berapa banyak hasil kpd negara. Sekarang?? Dah trsalur le duit tu pd sytk kroni. Yg penting 'poket' aku pun ada komisyen ,bah. Lantak pergi le hasil kerajaan kurang ke hapa.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.