Bekas menteri dan juga masih menjadi Ahli Parlimen di Perlis dikatakan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sekiranya beliau tidak dicalonkan semula kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau yang pernah dilantik menganggotai kabinet semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila memenangi PRU ke-11 pada 2004, kemudiannya digugurkan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil-alih pemerintahan.
Menurut laman Facebook pro-Umno Perlis, beliau juga dikatakan telah mengatur beberapa mesyuarat untuk menentukan nasibnya sekiranya tidak dicalonkan semula.
"Tidak sepatutnya mengugut kepimpinan dalam perjuangan BN, kena lihat apa juga sumbangan beliau semasa menjawat jawatan menteri. Apa yang beliau bawa kepada pembangunan Perlis?
"Umurnya pun sudah semakin meningkat, adalah wajar diberikan kepada pimpinan muda. Ini tidak, mengatur rancangan untuk berpaling tadah pula kepada BN," katanya dipetik Sinar Harian, semalam.
Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen milik BN dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dua daripadanya dimenangi pembangkang.
Ahli Parlimen di Perlis adalah, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan Datuk Ismail Kassim (Arau).
Menurut sumber lain, Ahli Parlimen berkenaan juga dikatakan sedang mengintai peluang bertanding kerusi DUN dan menjadi Menteri Besar sekiranya tidak dicalonkan di Parlimen.
-DD
Friday, September 7, 2012
Bekas menteri lompat parti?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lompat parti sudah menjadi lumrah politik
ReplyDeleteBiasalah tu. Kalau masih memegang jawatan tidak lompat tapi kalau tiada jawatan sudah. Mulalah lompat.
ReplyDeletePetanda UMNO akan menghadapi PR13 dengan pepecahan! Abislah kau UMNO.
ReplyDeleteSana sini YB2 UMNO mulai ugut mengugut sama kePemimpinan Parti. Inilah parti yg hanya jaga perut bukan jaga rakyat.
ReplyDeleteYahooooooooo Minyak ROn97 naik lagi nanti lepas PRU13 RON95 naik pula sudah lama tak naik kan. Sokooooooooong UMNO/BN!
ReplyDeleteBeginilah kalau gila kuasa@jawatan. berbaur ugutan juga cara dia ni.
ReplyDeletesiapalah gerangan ahli parlimen tu??
ReplyDeleteBila sudah jadi bekas, mesti nak lompat? Kenapa? Hilang punca pendapatan?
ReplyDeleteKatak si katak lompat..lompat la tinggi2
ReplyDeleteItu lah natijahnya sesiapa dlm UMNo. Kenapa mahu sabotaj parti sendiri ? Jawap nya sebab mereka tahu dlm UMNO memang loaded dgn RM dan jika trpinggir mata akan jd merah lalu brbagai tindakan akan dilakukan. Gelaran katak lompat ? Oo..itu enteng. Jadi hati puas utk sabotaj parti.
ReplyDelete**yassir arafat
ini baru la tunjuk sikap tamak secara terang2an.. bagus kasi pecat saja la..
ReplyDeletejika kerana itu nak keluar, bererti mereka berjuang untuk diri sendiri.
ReplyDeleteRamai yang keluar parti kerana tidak dicalonkan semula kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
ReplyDeleteSudahlah, tak perlu kita mengekalkan pemimpin yang hanya mementingkang jawatan dan kuasa sahaja.
ReplyDeleteHarap rakyat boleh menilai sendiri perangai pemimpin yang lompat parti atas kebaikan diri.
ReplyDelete