Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya.
Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun.
Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut.
Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks.
Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam.
Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan.
Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor.
Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.
Dalam perkembangan lain, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis yang menawarkan urutan batin oleh wanita warga China di Selayang, semalam.
Operasi yang diketuai Inspektor Mohamad Md Jaid itu menahan 12 tukang urut berusia 20 hingga 36 tahun.
Premis yang beroperasi tiga tahun lalu itu menyasarkan pemandu lori sebagai pelanggan tetap. -SH
Thursday, September 6, 2012
Habuan Seks Untuk Pelanggan Cuci Kereta Lebih 9 Kali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana Hasan Aqidah nak 'terkam' tempat cuci kereta bahlol nih? Atau nak salahkan MB Selangor jugak? Maslahnya ialah,kita trlampau banyak pihak berkuasa sehingga tak tahu bidang kuasa pejabat mana dlm isu nih.
ReplyDeleteMaju la car wash premis tu.
ReplyDeleteMacam-macam strategi yang digunakan untuk menarik pelanggan datang.
ReplyDeletePerniagaan 2 dalam 1 ka ni.macam2 cara mendapat duit sekarang ni, tiada sudah istilah halal dan haram.
ReplyDeleteYang balik2 pergi cuci di sana ketara la mahu dapatkan 'habuan' ini.
ReplyDeletetepuk dada tnya krajaan...?
ReplyDeletemana2 isteri yang lakinya suka cuci kereta, hati2 la.. ada maksud tu..
ReplyDeletemcm2 teknik kegiatan pelacuran ni.. berselindung di sebalik cuci kereta.
ReplyDelete