Kegagalan menangani dengan baik perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Datin Paduka Marina Mahathir.
Marina, anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad itu berkata, berbeza dengan kerajaan, "dunia" tidak mempunyai tanggapan yang buruk terhadap rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut kerana mereka berjuang menegakkan hak mereka - menuntut pilihan raya yang adil dan bebas.
"Ada juga orang yang mendakwa bahawa dunia kini memberikan tanggapan yang buruk kepada Malaysia kerana media asing (dan juga media tempatan) melaporkan hanya mengenai tindakan menembak gas pemedih mata dan meriam air," kata Marina dalam blognya pada 10 Julai lalu. "Saya rasa orang keliru di antara kerajaan dengan rakyat.
"Ya, memang dunia mempunyai tanggapan yang buruk terhadap kerajaan Malaysia kerana gagal menangani dengan baik keseluruhan isu ini. Mereka mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak mereka."
Marina, seorang aktivis sosial merupakan salah seorang daripada ribuan orang yang berada di kota raya Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, berhadapan dengan polis pencegah rusuhan, mempertahankan penyokong-penyokong Bersih dengan mengatakan bahawa mereka berhimpun secara aman dan tidak mencederakan sesiapa atau melakukan sebarang keganasan.
"Apa jua yang difikirkan mengenai isu yang diperjuangkan oleh Bersih, kita semua seharusnya berbangga dengan rakyat Malaysia yang tidak bersikap seperti orang liar, merosakkan harta benda dan mencederakan satu sama lain seperti yang diramalkan.
"Memang terdapat mereka yang cedera dan seorang mati tetapi ia bukanlah disebabkan oleh peserta yang menyertai perhimpunan tersebut. Restoren-restoren dan kedai-kedai di sekitar kawasan terbabit mendapat sambutan hangat kerana orang ramai haus dan lapar," tambah beliau.
Marina berkata, perhimpunan Bersih yang berlangsung Sabtu lepas membuktikan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, usia dan agama boleh berhimpun bersama atas satu tujuan.
Lebih seribu orang ditangkap pada hari tersebut, dan kekecohan berlaku pada waktu tengah hari apabila polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan.- warta-utara
Saturday, July 16, 2011
Tindakan Polis Burukkan Imej Negara Di Mata Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam mana kita boleh memulihkan imej negara kita?
ReplyDeleteHarap Bersih dapat mencapai matlamat mereka memperjuangkan hak rakyat untuk mengundi.
ReplyDeleteAndai saja perhimpunan Bersih diberikan stadium untuk berhimpun dan pihak polis tidak campurtangan dalam perhimpunan ini.
ReplyDeleteMalaysia harus cuba pulihkan imej negara.
ReplyDeletemasing-masing ada pandangan sendiri. itu hanyalah padangan Datin Paduka Marina.
ReplyDeleteMungkin M'sia tidak akan teruk dikecam jika membenarkan Bersih berhimpun di dalam stadiukm.
ReplyDeleteApa kata Bersih memberikan idea dan keadah untuk menaikkan imej M'sia semula.
ReplyDeleteBukan ini cara orang kita Malaysia. Ini adalah ikutan dari hasutan orang lain semata-mata demi kepentingan mereka sendiri.
ReplyDeletewalau bagaimanapun, peristiwa ini telah terjadi dan imej Malaysia di mata dunia sememangnya tergugat..
ReplyDeleteBak kata pepatah, "nasi sudah menjadi bubur". Kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian bagaimana hendak memulihkan semula imejnya di mata dunia terutama menarik pelabur-pelabur asing untuk datang melabur di negara kita.
ReplyDeleteMarina lebih memahami apa itu hak asasi rakyat dari pihak berkuasa atau bapanya.
ReplyDeleteSeandainya pihak yang berkenaan berfikiran serupa Marina, alangkah baiknya keadaan ini. Pasti kerajaan dipuji-puji kerana berfikiran terbuka.
ReplyDeleteJika diketahui lebih awal bahawa Datin Paduka Marina turut menghadiri Bersih, pasti lebih ramai lagi akan mengikut.
ReplyDeleteSeorang wanita yang amat saya hormati. Kerana saya masih banyak alasan tidak muncul pada hari itu.
ReplyDeleteI salute u Marina. You have totally different mindset and you know the heart of the rakyat.
ReplyDeleteFikiran beliau berbeza dengan bapa beliau. Beliau lebih berjiwa rakyat.
ReplyDeleteorang luar tidak tahu situasi sebenar.. PM lebih dulu menawarkan stadium, tapi penganjur Bersih bertegas mahu turun ke jalan raya. selepas berjumpa Agong baru mereka berniat mahu melakukannya di stadium.. itupun mereka pilih stadium yang sempit dan masih dalam penyelenggaraan.. sebab itu PM tidak mahu..
ReplyDeletemajoriti rakyat di negara ini tidak menyertai Bersih kerana mereka tahu situasi sebenar.. bukan macam rakyat di luar negara yang mudah dihasut oleh pihak tertentu.
No doubt bout that.
ReplyDeleteThe situation will be much different if it was held in the stadium.
ReplyDeleteI don't think it was necessary for the police to use tear gas during the Bersih rally.
ReplyDelete