Sunday, July 17, 2011

Keadilan Untuk Baharuddin - Generasi 709 Berarak Di KLCC

Sekumpulan orang awam yang menggelar diri mereka sebagai Generasi 709 hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi memperingati kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0, Allahyarham Baharuddin Ahmad pada 9 Julai lalu.

Kira-kira kurang 60 orang peserta perhimpunan berkenaan yang memakai pakaian bewarna kuning berarak secara aman dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menuju ke Avenue K pada jam 2.00 petang tadi.

Jurucakap kumpulan berkenaan yang juga Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon menyatakan kesedihan diatas kematian Baharuddin dan menggesa polis menyiasat mengenai kejadian berkenaan.

01:30-02:18
“Kami amat prihatin terhadap kematian Baharudin dan mangsa lain semasa perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Anak saudara mangsa, Azhar Kassim, 53, berkata perhimpunan itu bertujuan bagi mendapatkan keadilan di atas kematian bapa saudaranya.

“Kami percaya pihak berkuasa gagal bertindak terutamanya dalam memberi rawatan dengan cepat kepada mangsa,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Baharuddin iaitu suami kepada Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa yang dipercayai turut serta dalam perhimpunan berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Polis juga telah menafikan dakwaan yang dibuat menerusi beberapa laman web yang mendakwa Baharuddin meninggal dunia selepas terkena gas pemedih mata. -tvsnews

16 comments:
Write comments
  1. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Baharuddin.

    ReplyDelete
  2. diharap kejadian ini tidak menjadi isu yang sengaja dipolitikkan oleh pihak pembangkang ataupun pro-Bersih. Takziah kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  3. apapun, semoga roh Baharuddin dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  4. takziah kepada keluarga mangsa. diahrapkan pekara ini tidak dipolitikkan.

    ReplyDelete
  5. Keadilan seperti apa yang dimaksudkan? Pihak berkuasa gagal memberi rawatan dengan cepat? Agak2 kenapa lambat diberi rawatan? Jalan sesak dengan demonstrasi Bersih.

    ReplyDelete
  6. Takziah kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  7. Inilah orang kita, jangan salahkan orang lain lagi atas apa yang berlaku. Sudah diberikan amaran dan larangan tapi masih berdegil. Tambahan lagi mangsa menghidapi penyakit.

    ReplyDelete
  8. jika penganjur Bersih membatalkan niat mereka, semua ini tidak akan berlaku.. Takziah kepada keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  9. Apakah penyebab kematian mendiang Baharuddin? Laporan bedah siasatan masih jadi rahsia?

    ReplyDelete
  10. Keadilan untuk Baharuddin pasti ditegakan.

    ReplyDelete
  11. Isu ni kenalah ditangani dengan baik dan cara yang boleh diterima rakyat umum.

    ReplyDelete
  12. Nilai nyawa manusia tidak dapat dihitung. Pekara begini tidak patut berlaku lagi.

    ReplyDelete
  13. Takziah kepada keluaga Baharuddin.

    ReplyDelete
  14. Siasat apa penyebab kematian allahyarham Baharaddin. Jika ada pihak yang harus bertanggungjawap, ambil tindakan.

    ReplyDelete
  15. Condolence to Baharuddin's family.

    ReplyDelete
  16. I don't think this would happen if the rally was held in the stadium.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.