Sunday, July 17, 2011

Gema "SHAME ON YOU" Di London Bakal Akhiri Pemerintahan Najib?

Berdasarkan kepada perkembangan mutakhir, nampaknya kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri semakin goyah. Perlekehan beliau terhadap BERSIH 2.0 serta penipuan yang dibuat terhadap rakyat di dalam soal penyediaan stadium memakan dirinya sendiri.

Kini rata-rata sokongan rakyat terhadap BERSIH semakin meningkat. Jika perhimpunan 50,000 pada 9 Julai lalu diperlekehkan oleh polis dan Najib sebagai hanya 5,000, kini Tuhan membukakan mata semua untuk melihat bahawa bilangan rakyat yang menyertai BERSIH sebenarnya lebih daripada 50,000 - mungkin 500,000, munkin 5 juta mungkin 15 juta, hanya kerana ramai diantara mereka adalah majoriti senyap yang tidak dapat hadir ke perhimpunan kerana telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

Jika tidak sepastinyalah hari ini juga kemungkinan Najib sudah terbongkang dari kerusi "menteri perdana"nya.

Pertama kali di dalam sejarah BERSIH, ia tersebar dan disambut di seluruh pelusuk dunia (bukan sekadar di Malaysia). Jika di dalam negara sambutan Bersih di kekang oleh Polis & FRU, tetapi di luarnegara mereka bebas. Dan GB percaya bilangan mereka yang menentang Najib (setidak-tidaknya di dalam isu BERSIH) semakin membuak dan membesar.

Dan satu ciri yang menarik pada BERSIH kali ini ialah ia disertai oleh rakyat yang multi-racial bukan lagi terhad kepada kelompok etnik Melayu seperti di dalam BERSIH 1.0.

Apa yang berlaku itu menunjukkan juga pemerintahan Najib sudah berada di penghujung jalan.

Jika sebelum ini diketahui, dahulu, Najib begitu beriya-iya ingin mengambil-alih tampuk pemerintahan dari tangan Pak Lah, kini, Najib akan merasakan hal yang sama malah mungkin lebih dasyat. GB difahamkan, pelbagai tekanan dilakukan oleh pihak Najib ke atas pentadbiran Pak Lah supaya Pak Lah berundur dan terpaksa melambaikan tangan mengucapkan sayonara kepada Jabatan Perdana Menteri lebih awal... tidak dapat memenuhi hasratnya menjadi PM selama dua penggal (Tempoh Pak Lah sebagai PM ialah 31 Oktober 2003 – 3 April 2009).

Kini hukum alam mengambil tempatnya. Roda berputar dan Najib perlu merasai bagaimana beliau kini ditekan oleh rakyat supaya berundur kerana kekejaman itu tidak akan dapat mengatasi kebenaran.

Dan terdapat juga kemungkinan Najib bakal mengakhiri pemerintahan sebagai PM lebih awal daripada Pak Lah.

Di bawah ini sebuah sketsa dari London. Dipetik dari sebuah blog bernama Jalanpulang1978. Menyaksikan detik bagaimana seorang PM Malaysia menerima penghinaan yang amat sangat dari rakyatnya sendiri di luarnegara sehingga rakyat sudah tidak lagi menaruh simpati kepadanya: SHAME ON YOU NAJIB! -GB



17 comments:
Write comments
  1. Najib dikatakan tidak disambut mesra di UK.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya masyarakat luar juga sudah memberi imej negatif kepada pemerintahan Najib.

    ReplyDelete
  3. walaupun ramai yang menyokong bersih, tapi ramai juga yg tak menyokongnya.

    ReplyDelete
  4. adakah mereka yang berada di London benar-benar faham dengan keadaan yang berlaku di Malaysia???

    ReplyDelete
  5. This is kinda humiliating to Najib in London.

    ReplyDelete
  6. Agak mengecewakan kerana kebanyakan mereka yang menyokong Bersih ini tidak tahu permainan politik di sebaliknya.

    ReplyDelete
  7. Ini semua adalah andaian dan kesimpulan mereka sendiri. Mereka adakah masa ketibaan Datuk Najib di UK dan dibeberapa tempat lain?

    ReplyDelete
  8. orang luar sudah tentulah mudah terpengaruh kerana mereka tidak melihat realiti sebenar di Malaysia, malah hanya berbandukan gambar dan video yang diambil oleh jurukamera upahan. lagipun bukan mereka yang mengundi pilihanraya nanti.. jika rakyat di negara sendiri tidak menyokong Bersih, kenapa perlu menganggung2kan sokongan orang luar??

    ReplyDelete
  9. ini menunjukkan imej Malaysia sudah tercemar..

    ReplyDelete
  10. Isu Bersih meninggalkan gelombang yang masih membawa impak pada negara kita.

    ReplyDelete
  11. Tidak mampu menjawap dengan faktar yang menyakinkan.

    ReplyDelete
  12. Dalam klip video atas, orang asing juga perihatin dengan apa yang berlaku di Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Sempadan dunia mkain pudar. Teknologi maklumat banyak mengubah kaedah tua seperti cara penyaluran maklumat. Kini anda boleh duduk di rumah dan tidak terlepas dengan apa yang berlaku di dunia.

    ReplyDelete
  14. Menteri luar jawap dengan cermat sekali.

    ReplyDelete
  15. Inikah situasi yang mengalu-alukan kedatangan PM di London?

    ReplyDelete
  16. Even the queen wore a dress that is yellow color. Coincidence or intentionally?

    ReplyDelete
  17. Even in UK, there are people organizing BERSIH rally.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.