Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit, berkuat kuasa esok.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata KWSP mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera.
"Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kali terakhir KWSP memperluas senarai itu ialah pada 15 Jun 2010 iaitu daripada 13 kepada 39 penyakit.
Azlan berkata pengeluaran bagi pembelian bantuan kesihatan kini dibenarkan bagi pesakit kanser, kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan telinga.
Beliau berkata bagaimanapun, rawatan kesuburan dan alternatif tidak layak melakukan di bawah skim pengeluaran kesihatan.
"Ia juga tidak layak jika kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan anggota atau majikan keluarga anggota," katanya.
Untuk keterangan lanjut, Azlan berkata anggota boleh melayari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000.
Mereka juga boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan bagi mendapatkan senarai penyakit terkini yang diluluskan, dan senarai peralatan bantuan kesihatan, serta maklumat lanjut mengenai cara permohonan pengeluaran KWSP bagi membiayai rawatan.
- Bernama
Friday, July 15, 2011
KWSP perluas senarai pengeluaran kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Duit yang ada dalam KWSP itu lebih baik kita jangan usik. Biarkan duit itu mengumpul faedah dalam KWSP supaya kehidupan kita terjamin bila bersara nanti.
ReplyDeletewang KWSP boleh kita gunakan apabila dalam kecemasan.
ReplyDeleteSatu perkembangan yang positif.
ReplyDeletepengeluaran kesihatan hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan.
ReplyDeleteBanyak faedah boleh didapati melalui KWSP ini.
ReplyDeletebaguslah.Ini membantu mengurangkan beban kewangan anggota yang menghidap penyakit yang kritikal.
ReplyDeletememang tepat tindakan yang dibuat oleh pihak KWSP.. pastikan juga segala proses pembiayaan pesakit kritikal melalui KWSP tidak terlalu rumit..
ReplyDeleteSatu keputusan yang terbaik dari KWSP. Memperluaskan lagi senarai pengeluaran simpan untuk kesihatan.
ReplyDeleteBerita baik kepada pencarum. Harap ia dapat meringankan beban mangsa penyakit kritikal.
ReplyDeleteSatu langkah baik dan patut dipuji.
ReplyDeleteJika pelaburan KWSP dapat pulangan yang lebih tinggi, lebih banyak dana boleh dupulangkan kepada ahli untuk tujuan-tujuan tertentu.
ReplyDeleteKos rawatan yang sangat tinggi menyusahkan sesetengah pesakit penyakit kritikal. Kini KWSP membuka lagi pintu untuk menyalurkan bantuan.
ReplyDeletePengumuman ini pasti dapat melegakan hati pencarum KWSP yang kesempitan wang menanggung kos rawatan penyakit kritikal.
ReplyDeleteWell done KWSP. Keep it up. Release more good news.
ReplyDeleteThis is a good news.
ReplyDeleteThank you KWSP!
ReplyDelete