Thursday, July 7, 2011

Himpunan BERSIH Terus Dihambat

Pihak polis terus menghambat aktiviti yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini meskipun perdana menteri secara dasar telah memberikan persetujuan bagi pertubuhan itu berhimpun di sebuah stadium.

Di Negeri Sembilan, dua aktivis PKR ditangkap semalam kerana memiliki barangan berkaitan BERSIH.

Menurut ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin, ahli parti itu R Tangam ditangkap ketika memakai baju T kuning BERSIH 2.0.

Tangam dikatakan disoal-siasat di ibu pejabat polis daerah Seremban selama tiga jam dan dibebaskan kemudian.

Menurut Badrul Hisham, seorang lagi aktivis PKR Norliza Shamsudin, 49, ditahan apabila polis menjumpai butang lencana BERSIH 2.0 di dalam poketnya.

Norliza pula dikatakan ditahan pada jam 1 petang dan belum dibebaskan. Badrul Hisham berkata Norliza juga dinafikan sebarang hak lawatan.

"Polis bertindak tanpa mengikut lunas undang-undang. BERSIH 2.0 telah mengadap Agong dan bersetuju bahawa perhimpunan diadakan dalam stadium,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Malam semalam, sebuah dewan di Kota Damansara, Petaling Jaya yang digunakan bagi memberi taklimat kepada sekumpulan ahli PAS dan PKR Subang terganggu apabila polis bertindak mengepung bangunan itu.

Menurut peguam Farhana Abdul Halim, PKR bahagian Subang menjemput kumpulannya- Lawyers for Liberty - untuk mengendalikan taklimat berhubung hak rakyat apabila ditahan polis.

Katanya, kira-kira 50 anggota polis menyerbu dewan itu dan berkata permit polis diperlukan bagi majlis itu.

"Kami amat kecewa dengan polis, khususnya setelah BERSIH 2.0 telah mengadap Agong, Mereka telah dapat lampu hijau untuk teruskan (perhimpunan itu).

"Hujah bahawa kumpulan ini tidak mempunyai permit juga tidak berasas. Awak tidak perlukan permit untuk mesyuarat di dalam bangunan,” katanya ketika dihubungi.

11 comments:
Write comments
  1. I don't think the police will give permission to Bersih doing rally in stadium.

    ReplyDelete
  2. The stadium does not seem to want to rent their space to Bersih to hold their rally there.

    ReplyDelete
  3. bagi saya, tindakan polis ni agak keterlaluan.

    ReplyDelete
  4. harap pekara ini akan dikendali secara bijaksana...

    ReplyDelete
  5. walaupun perhimpunan itu akan diadakan di stadium, tapi usaha untuk menghalang perhimpunan itu akan diteruskan.

    ReplyDelete
  6. Tindakan polis semakin tidak relevan dan hanya mengundang kepada kebencian.

    ReplyDelete
  7. Adakah Bersih sudah mendapat kelulusan daripada pihak stadium? Jika tak dapat, di manalah mereka akan berhimpun?

    ReplyDelete
  8. BERSIH merupakan satu pertubuhan yang tidak berdaftar. Jadi perhimpunan yang dilakukan oleh mereka sudah pasti adalah haram dan melanggar undang-undang.

    ReplyDelete
  9. betulkah Agong merestui perhimpunan ini?? dan kenapa ketika menghadap Agong, penganjur Bersih tidak menyerahkan memorandum itu??

    ReplyDelete
  10. 1 Malaysia bagaimana, mereka juga selalu berhimpun? Patriot juga ada baju dan sering berhimpun, setau saya Patriot tidak didaftarkan? Mengapa ada dauble standard? Rakyat tertanya2 mengapa? Bagaimana rakyat dapat trust polis kalu double standard?

    ReplyDelete
  11. kumpulan Patriot juga tidak terlepas dari tindakan polis..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.