Thursday, July 7, 2011

Isu Wardina: Blogger Murahan DiKecam

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengecam bloger yang menfitnah Wardina Safiyyah semata-mata di atas kehadirannya dalam satu program anjuran beliau.

Nik Nazmi berkata Wardina menjadi sasaran fitnah hanya kerana menerima undangan beliau untuk hadir di program kemasyarakatan Karnival Mesra Rakyat.

"Kepada blogger-blogger yang menimbulkan fitnah dan tohmahan, hentikanlah menyerang Wardina semata-mata kerana prejudis politik mereka," kata Nik Nadzmi.

Nik Nazmi menjelaskan, beliau tidak berniat untuk meraih "spekulasi pihak tertentu yang tidak menghormati aktiviti kerajaan bukan BN" dengan menjemput pelakon dan model terkenal itu ke program Karnival Mesra Rakyat itu.

"Kepada blogger-blogger yang menimbulkan fitnah dan tohmahan, hentikanlah menyerang Wardina semata-mata kerana prejudis politik mereka.

"Mari kita bertempur di gelanggang politik, sebagai orang politik tanpa perlu mengheret pihak-pihak lain.

"Kewibawaan Wardina sebagai ikon muslimah jauh berbanding blogger-blogger murahan tersebut yang mengambil pendekatan aib, fitnah dan tohmah," kata Nik Nazmi lagi.

Isu berhubung kehadiran Wardina di program anjuran PKR pada 26 Jun lalu itu menjadi muatan utama laman web pro-Umno.

Laman web berkenaan antara lain turut membangkitkan mengenai keberanian Wardina dalam memperlihatkan sokongan terhadap PKR sedangkan beliau didakwa telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata keputusan mana-mana artis untuk hadir dalam apa jua program perlu dihormati tanpa mengira siapakah penganjur program berkenaan.

"Saya begitu sedih bagaimana program masyarakat sebegini boleh serta penglibatan seorang ikon bukan politik boleh disalahtafsirkan dalam suasana politik dangkal negara hari ini.

"Hairannya ikon atau artis yang menghadiri program anjuran kerajaan persekutuan mahupun BN secara langsung tidak dilayan seperti Wardina," katanya lagi.

Katanya lagi, beliau menjemput Wardina secara peribadi untuk hadir ke program berkenaan bagi menyampaikan ceramah motivasi berhubung isu keibubapaan.

"Wardina merupakan sahabat saya dan saya menganggapnya sebagai ikon muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum," kata Nik Nazmi lagi dalam satu kenyataan hari ini. -tvsnews

11 comments:
Write comments
  1. Wardina menjadi sasaran sekarang. Pastikan dulu sebelum berkata.

    ReplyDelete
  2. Tak pasal2 Wardina menjadi sasaran. harap blogger2 yang berkenaan tu segera hentikan fitnah dan tohmahan.

    ReplyDelete
  3. hai, kan ni program kemasyarakatan Karnival Mesra Rakyat...buat apalah nak campurkan unsur politik.

    ReplyDelete
  4. mungkin kalau Datuk Siti Norhaliza yang kena undang pasti lain ceritanya ye...

    ReplyDelete
  5. Wardina sepatutnya tampil buat penjelasan ketika isu itu mula2 dimainkan.

    ReplyDelete
  6. Jangan campur aduh fahaman politik peribadi dengan semua bidang. Walaupun Wardina menyokong pembangkang atau lebih menyebelahi fahaman penyokong, tidak salah juga, itu hak beliau sebagai seorang rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Makan gaji tv 3 tidak boleh menyertai program mesra rakyat yang dianjur pembangkang?
    Apa punya fikiran ini? Sempit dan naif.

    ReplyDelete
  8. Macam-macam manusia yang berfikiran anih. Ada yang berniat jahat. Bila baru manusia begini bertaubat?

    ReplyDelete
  9. Apa salah jika Wardina menyertai pembangkang? Takan nak buang kerja dia atas alasan ini.

    ReplyDelete
  10. Peduli apa yang dituduh mereka. Wardina ada hak memilih apa perti politik yang beliau mau menyertai.

    ReplyDelete
  11. Saya sokong Wardina.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.