Kementerian Pengajian Tinggi menyarankan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini menetapkan kelulusan doktor falsafah (PhD) sebagai kelayakan asas untuk pensyarah.
Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini bagi mencapai sasaran 75 peratus pensyarah berkelulusan PhD mengajar di universiti penyelidikan dan 40 peratus di universiti lain.
“Peningkatan jumlah tenaga pengajar berkualiti merupakan salah satu elemen dalam usaha memperkasakan institusi pengajian tinggi (IPT), oleh itu kementerian akan terus membantu IPT untuk menyediakan ahli akademiknya bagi meningkatkan kelayakan ke peringkat PhD,” katanya ketika menjawab soalan Dr Syed Husin Ali pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata, kementerian juga menggalakkan IPT menarik tenaga pengajar yang berkelayakan dan berkemahiran khusus sama ada dari luar negara atau tempatan. — Bernama
Friday, July 8, 2011
Kelayakan Asas Pensyarah Mesti PHD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.