Protes terakhir Jumaat lalu semasa lawatan Perdana Menteri datuk Seri  Najib Razak ke London menyaksikan tidak kurang 50 orang rakyat Malaysia  dan juga asing berpakaian serba kuning dengan iringi lagu the Beatles  'Yellow Submarine'. Tindakan itu sebagai membantah tekanan, sekatan dan hambatan  yang dikenakan ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
Bertempat  di hadapan Hotel Intercontinental, London, penunjuk perasaan membawa  sepanduk yang antaranya tertera “Ya kepada pelancongan, tidak kepada  penyiksaan”, “Bebaskan pemimpin kami sekarang”, “Hentikan tahanan tanpa  perbicaraan”, “Hentikan perdagangan dengan Malaysia yang kejam' dan  melaungkan “Malu, malu, malu Najib”.
Najib dan  isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bersama Menteri Dalam Negeri Datuk  Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika  itu dalam perjalanan ke hotel untuk makan malam.
Tunjuk  perasaan bermula pada jam 7 malam hingga 8 malam, 15 Jun dan menurut  seorang pemimpin pemuda PKR Ginie Lim ia mendapat sambutan bukan sahaja  rakyat Malaysia tetapi juga rakyat Britain.Hanya  Anifah yang sanggup bersalaman dan berdialog selama 15 minit dengan  penunjuk perasaan manakala perdana menteri, isteri dan sepupunya terus  mengangkat kaki menuju hotel berkenaan.
Katanya,  beliau prihatin dengan apa yang diluahkan oleh penunjuk perasaan itu  tetapi kerajaan perlu menjaga keselamatan orang ramai termasuk ahli  perniagaan di kawasan perhimpunan berkenaan.
Anifah juga mempertahankan tindakan keras polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0.
“Tindakan  polis berpatutan. Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan jika terjadi  huru hara itu mungkin menimbulkan rusuhan perkauman. Kami tidak mahu  ambil risiko.“Awak tidak tahu apa yang berlaku di sana, awak tidak berada di sana” katanya.
Anifah juga ditanya mengenai tahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.
Bagaimanapun apabila ditanya bila mereka itu akan dibebaskan, Anifah meminta mereka bertanyakan kepada Hishammuddin. -MK
Tuesday, July 19, 2011
Najib disambut dengan lagu 'Yellow Submarine'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Semua yang ada warna kuning pun digunakan dalam Bersih. Termasuklah lagu Yellow Submarine.
ReplyDeleteSaya rasa Najib sudah berasa tekanan daripada perjuang Bersih.
ReplyDeletetindakan Anifah yang sanggup bersalaman dan berdialog selama 15 minit dengan penunjuk perasaan adalah satu tindakan berani dan baik.
ReplyDeletesaya kagum dengan Anifah yang sanggup bersalaman dan berdialog dengan penunjuk perasaan.
ReplyDeleteSatu contoh yang baik ditunjukkan oleh Anifah.
ReplyDeleteMemang menyindir betul lah lagu Yellow Submarine itu. Haha!
ReplyDeleteAnifah mengambil tindakan yang bijak. Mencerminkan kewibawaan dan kepimpinan seorang menteri.
ReplyDeleteSudah tentu penunjuk perasaan di London memandang positif terhadap Anifah.
ReplyDeletelawatan PM kebelakangan ini sering disambut oleh penyokong Bersih. pasti PM berusaha mengawal diri dan perasaan sekarang.
ReplyDeleteharap keadaan ini tidak mengganggu hubungan PM dan pemimpin2 luar.
ReplyDeleteNampaknya Anifah memang pemimpin yang berani. Tahniah kepada Anifah.
ReplyDeleteNampaknya Anifah memang pemimpin yang berani. Tahniah kepada Anifah.
ReplyDeleteSemoga tindakan Anifah itu dapat meyakinkan pelabr-pelabur asing datang melabur di Malaysia.
ReplyDeletedi Malaysia, tidak la ramai sangat yang menyokong Bersih. sebab mereka tahu keadaan sebenar. yang orang luar memang mudah jadi mangsa hasutan pihak tertentu kerana mereka tidak tahu situasi sebenar..
ReplyDeletewhoa, even the foreigners are involved in the Bersih demo.
ReplyDeleteIt must be tough for the PM to go through another bersih outside of Malaysia.
ReplyDelete