Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu  terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang  terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada  kerajaan."Sebelum  (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga.  Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada  alternatif jadi go through saja. 
"Tidak  pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya  saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di  KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.
Ketika diwawancara Malaysiakini  di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun,  beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling  benci".Menghabiskan  hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir  kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad  menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara  "bengis".
 "(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi  dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan  saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat  bewarna putih itu.
Berbeza dengan demonstrasi  pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan  pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad  kali ini menempuh pelbagai rintangan.
Selipar, bukan sepatu Nike
Beliau  bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air  mineral yang dibawanya bagi menangi gas pemedih mata dan meriam air  daripada pihak polis."Saya  seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun  hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan  pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa.
Pada  Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad  terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk  menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Saya  berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri  saya sepati Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak  mahu. 
"Kemudian orang beri saya sepatu yang besar,  saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah,  Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia  pula berkaki ayam," kata A Samad.
Pengarang novel Salina itu  juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat  menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke  arah pilihan raya yang bebas dan adil.
 
"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga. 
"Tidak  pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu  bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said  lagi.
Saturday, July 16, 2011
Polis bengis macam nak makan saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Ya betul, selama ini A Samad Said memberikan imej yang lemah lembut, namun kali ini beliau turut tidak tahan melihat keadaan kerajaan menangani isu Bersih.
ReplyDeletepolis sepatutnya tidak bertindak sedemikian walaupun tidak menyokong perhimpunan Bersih.
ReplyDeletemgkin imej samad Said akan berubah selepas ini.
ReplyDeletemana-mana pihak pun menyatakan mereka berada dipihak yang benar. terpulang kepada setiap individu untuk menilai.
ReplyDeleteJangan pula esok2 kedengaran A.Samad Said jadi calon PR untuk PRU 13.
ReplyDeleteMasing2 ada pandangannya sendiri. Tidak semestinya apa yang dikatakan itu 100% benar.
ReplyDeleteBERSIH kerana sokongan dari PR sendiri. Maka sudah pasti BERSIH ini akan dipolitikan oleh PR sendiri. Menyembunyikan diri dengan nama Gabungan NGO BERSIH.
ReplyDeletebiarlah PRU akan datang menentukan nasib kerajaan.
ReplyDeleteNama Malaysia tercabar di mata dunia semua kerana gara-gara perhimpunan ini.
ReplyDelete"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga.
ReplyDelete"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi.
Amat bangga dengan pemuda-pemuda ini. 1 Malaysia yang sebenar.
Takan sampai hati nak mengertak orang tua ini? Beliau Sasterawan Negara. Bukan orang sembarangan.
ReplyDeleteBeribu alasan tidak membawa makna. Kini hati rakyat ditentu banyak persolanan. Kenapa tuntutan rakyat yang berpatutan tidak dilayan baik pihak berkuasa?
ReplyDeleteBeliau tidak patut dilayan dengan cara ini. Bukan sebab idenditi beliau, semua rakyat patut dihormati.
ReplyDeletePak Samad patut dihormati. Sebagai seorang tokoh sasterawan, tidak mungkin beliau dipengaruhi, tindakan beliau betul.
ReplyDeleteJika terdapat unsur horma-menghormati dan saling membantu pada perhimpunan itu, ia bukanlah satu perhimpunan yang berunsurkan keganasan.
ReplyDelete"katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa."
ReplyDeletebukan A Samad sahaja malah semua penganjur dan peserta Bersih juga telah menjangkakan semua ini akan berlaku. tapi kenapa masih teruskan? kenapa penganjur Bersih membiarkan peserta2nya membuat aksi2 yang boleh membangkitkan kemarahan polis??
can't fully blame the police, they were just doing their job.
ReplyDeleteMake a different when GE13 comes.
ReplyDelete