Thursday, July 28, 2011

Sambutan kuning untuk PM di KL Sentral: 10 ditangkap

Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONEMohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap,” kata Fareez kepada Malaysiakini.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.

NONENajib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau.

NONE“Berhubung majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral, polis KL telah tangkap seramai sepuluh orang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan di KL Sentral di Kuala Lumpur.

“Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning tanpa apa-apa perkataan dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau,” tulisnya.

Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut. -MK

21 comments:
Write comments
  1. Dah tahu polis akan menahan mereka tapi masih nak buat kecoh. mungkin itulah risiko yang sanggup diambil oleh pro-Bersih ni.

    ReplyDelete
  2. PDRM perlulah pandai menilai keadaan, jangan bertindak secara terburu-buru.

    ReplyDelete
  3. Sebelumm ini sudah dijelaskan bahawa pakaian kuning tanpa perkataan ataupun logo Bersih itu adalah dibenarkan?

    ReplyDelete
  4. Jadi nampaknya memorandum tu taklah dapat diserahkan kepada PM.

    ReplyDelete
  5. mereka dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis.

    ReplyDelete
  6. pembangkang ni tak habis2 nak buat kecoh.

    ReplyDelete
  7. Ada nampak dalam video, lelaki gempal berbaju kuning itu tiba2 merempuh nak mendekati PM. Jadi PDRM pun bertindak pantas menghalang lelaki tersebut.

    ReplyDelete
  8. Tak habis2 lagikah pasal Bersih ni?

    ReplyDelete
  9. Tidak pandai serik-serik nmereka ini.

    ReplyDelete
  10. PDRM tak patut bertindak melulu..siasat betul-betul duhulu.

    ReplyDelete
  11. "Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut."

    semoga ada siasatan lanjutan..

    ReplyDelete
  12. PM tidak jangka beliau akan disambut kumpulan itu.

    ReplyDelete
  13. Jangan memusuhkan mereka, terima mereka dengan hati terbuka. Mereka juga rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Kuning di sini sana, lama kelamaan ada orang mengidap fobia kuning.

    ReplyDelete
  15. Pasti PM rasa tidak senang hati kerana kewujudan mereka.

    ReplyDelete
  16. Dari mana mereka ini sampai berdekatan dengan PM? Pihak penganjur tidak mampu menyekat mereka?

    ReplyDelete
  17. Nasib 10 orang saja dan bukan 1000 orang di sana.

    ReplyDelete
  18. I would have to think twice if i want to wear yellow shirt.. wouldn't want to get myself handcuffed by the police.

    ReplyDelete
  19. Bersih wouldn't stop till they get what they want.

    ReplyDelete
  20. apa tujuan mereka berpakaian kuning dan menyerahkan memorandum kepada PM? bukankah tindakan itu cuba menimbulkan provokasi kepada pihak tertentu? mustahil mereka tidak tahu kesannya, atau mungkin semua ini sudah dirancang semata2 untuk mencari isu yang boleh dipolitikkan..

    ReplyDelete
  21. Jika tujuan Bersih demi keadilan SPR yang akan datang, perlu lar Kerajaan menerima memorandum kumpulan Bersih dan buat kajian dengan teliti untuk mengatasi masalah tersebut. Kami rakyat Malaysia, biar lar kita maju bersama-sama.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.