Menurut laporan Bernama,   Perdana Menteri Najib bersama timbalannya Muhyiddin Yassin dan jemaah   menteri akan mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena   sambutan ulang tahun kemerdekaan negara di Stesen ERL dan di Stesen KL   Sentral.  Bayangkan Najib bersama-sama dengan adik saudaranya   Hishammuddin, Liow Tiong Lai dan Koh Tsu Koon ketawa dengan manis sambil   melambai-lambai tangan dengan orang ramai - berpura-pura seakan-akan   tidak ada apa-apa yang pernah berlaku dengan negara kita kebelakangan   ini.Adakah rakyat Malaysia yang berprihatin dengan perkembangan politik negara akan terharu dengan perbuatan mereka?  Adakah wujud "mood" perayaan Hari Kemerdekaan sebelum segala-gala kegilaan politik dihentikan dengan serta-merta?
Pada   pendapat saya, tiga perkara yang penting perlu diselesaikan sebelum   kita dapat merayakan Hari Kemerdekaan 2011 dengan jiwa yang   bersatu-padu.
Perkara yang pertama, kemerdekaan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang tidak berdosa di bawah akta EO (Emergency Ordinance)   harus diberikan.  Penahanan E06 adalah sesuatu yang paling tidak masuk   akal dalam sejarah penahanan politik Malaysia.  Mereka terkorban dalam   percaturan permainan politik lampau yang disebabkan anggaran dan   keputusan yang salah dan tidak dapat diterima umum baik di dalam negara   mahupun di antarabangsa.Bagi   kawan-kawan yang berkenalan dengan EO6, memang difahami bahawa mereka   bukan sahaja tidak membawa sebarang ancaman terhadap negara sebaliknya   menyumbang kepada kepentingan negara.  Saya pernah menyertai salah satu   aktiviti mereka beberapa tahun yang lepas.  Aktiviti tersebut adalah   pengumpulan tandatangan untuk meminta gaji minima bagi perkerja.    Sekarang Parlimen sudah mula mempertimbangkan tuntutan gaji minima untuk   golongan perkerja.
PSM adalah parti politik yang memperjuangkan   kepentingan masyarakat terpinggir.  Sejak penubuhan parti sehingga  masa  kini, ianya berkepercayaan terhadap sistem pilihan raya.  Mereka  tidak  pernah menggunakan sebarang kekerasan untuk merampas kuasa.   Sebaliknya,  kali ini mereka menghulurkan tangan untuk menyokong  pengukuhan sistem  pilihan raya negara dengan penyertaan dalam aktiviti  BERSIH.  Malangnya,  disebabkan saiz parti politik tersebut dan  komposisi parti, mereka  menjadi korban dalam persaingan kuasa antara  Barisan Nasional dan  Pakatan Rakyat.Terdapat   5,000 orang doktor menyeru supaya EO6 dibebaskan.  Seruan kebanyakan   doktor dalam Malaysia menunjukkan rasional sekelompok barisan pimpinan   polis tidak dapat direstui orang ramai.  Ini kerana bidang kedoktoran   merupakan pencapaian tamadun manusia yang dicirikan dan dbentuk oleh   fahaman rasional dan sainstifik.  Penggunaan kanun EO memang jauh   daripada pemikiran rasional.  Ini telah mengakibatkan orang ramai   melihat polis yang sepatutnya mempertahankan undang-undang negara telah   terjerumus dan condong ke arah yang anti rasional.
Politik   Malaysia sekarang sudah berubah dan sebarang parti politik yang ingin   terus relevan tidak dapat bergantung kepada hanya satu ideologi, sama   ada tuntutan satu kaum atau tuntutan politik satu agama.  Kepelbagaian   kepentingan politik diperlukan supaya dapat memenuhi politik segenap   lapisan masyarakat.  Dengan ini, jelaslah PSM tidak dapat memberikan   ancaman komunis seperti yang didakwa.Penahanan  EO6 dan  pendakwaan 24 pimimpin dan ahli PSM adalah tindakan yang  memburukkan  imej BN sendiri.  BN akan ditegelami oleh angkara jahat  sendiri.  Mereka  perlu dibebaskan tanpa syarat.
Perkara kedua  yang perlu  diselesaikan sebelum Hari Kemerdekaan ialah kembalikan  kebenaran dan  fakta-fakta asas apakah yang telah berlaku di perhimpunan  BERSIH 2.0.   Antara tindakan-tindakan yang seharusnya diambil adalah  meminta maaf  daripada semua yang telah menjadi mangsa di perhimpunan  BERSIH 2.0  akibat keganasan tindakan polis.
Keikhlasan perlu ditunjukkan menerusi langkah-langkah berikut:
- Pampasan negara harus diberikan kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad;
 - Mengambil tindakan terhadap anggota-anggota penembak gas pemedih mata ke arah Hospital Tung Shin;
 - Mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota-anggota polis yang menggunakan kekerasan dan kekasaran terhadap peserta perhimpunan seperti anggota polis dalam video ini yang menumbuk peserta yang tidak bertindak apa-apa semasa ditahan;
 - Semua anggota kabinet perlu meminta maaf kepada semua yang terasa dianiaya dalam permulaan, semasa, dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 dan,
 - Menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji pengukuhan sistem pilihan raya umum.
 
Perkara  ketiga  yang dapat meringankan kerosakan imej BN ialah Menteri Dalam  Negeri  Hishammuddin yang kurang berwibawa perlu meletak jawatan.   Matthias  Chang bekas penasihat khas politik Mahathir menyifatkan  Hishammuddin  telah mengidap "Sindrom Memperbesar Ego Diri" (Enlarged Ego  Syndrome)  dan memerlukan bantuan terapi psikologi untuk mengubatinya.    Menurutnya, Hishammuddin tidak berkeupayaan dan gagal dalam   mengendalikan tuntutan BERSIH 2.0.Kematangan  Hishammuddin (gambar kanan) dalam  pengendalian BERSIH 2.0 diuji dan  keputusan yang ditunjukkan adalah  ianya gagal.  Kekurangan kematangan  ditunjukkan tanpa melihat diri dan  pertimbangan yang mendalam.  Masa  depan politik Hishammuddin juga penuh  dengan tanda tanya.
Perihal  penahanan yang tidak meyakinkan orang  ramai berlaku, persoalannya  apakah ahli-ahli kabinet lain tidak  menasihat menteri yang berkaitan?   Adakah fungsi kabinet sebagai pasukan  politik yang saling membantu  sudah buntu dan tidak dapat lagi berjalan  lancar?
Perkiraan  politik yang tidak memenuhi kehendak rakyat  telah mengakibatkan  tindakan Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan  Hishammudin  tersalah langkah dan mendatangkan kesan-kesan negatif  terhadap pimpinan  BN.
Hishammuddin telah mengakibatkan populariti  BN jatuh pada  paras yang jauh lebih serius berbanding perhimpunan  BERSIH pada tahun  2007.  Abang saudaranya Najib yang bertungkus lumus  merancang  transformasi Malaysia dengan slogan Satu Malaysia yang mulai  meyakinkan  sesetengah pihak, segala usaha Najib dirosakkan dengan  sekelip mata  seakan-akan landaan tsunami yang memusnahkan Bandar Acheh.   Imej Najib  yang memihak kepada adik saudaranya turut terjejas dalam  masa tidak  cukup satu bulan.
Hishammuddin juga telah menyebabkan  imej  antarabangsa Malaysia jatuh.  Ini telah memalukan Najib yang   berkebetulan sedang berdiplomasi dengan negara-negara asing.  Najib   disambut oleh Permaisuri British dengan baju kuning dan ini menjadi   bahan bualan di Internet.Pada  abad ke-21 yang dilengkapi dengan  teknologi Internet yang dapat  menyiarkan segalanya dengan cepat dan  berkesan ke serata dunia,  tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH  2.0 telah dirakam dan  disebarkan.  Segala tindakan tersebut dianggap  tidak demokratik dalam  kaca mata sedunia.
Bukan sahaja imej BN,  Najib dan Malaysia  dinodai, yang paling ketara ialah imej polis turut  terjejas dengan pada  tahap yang amat kritikal.
Kewibawaan polis  cuba dikembalikan  sejak zaman pemerintahan Abdullah Badawi.  Usaha  pengembalian maruah  polis adalah sumbangan paling penting bagi Abdullah  Badawi kepada  Malaysia.  Dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja dan  peningkatan  peruntukan kepada polis, imej polis yang beransur-ansur  dipulihkan  dengan susah payah ini telah sekali lagi terkakis dengan  teruk.Polis  menjadi sasaran utama pengguna Internet selepas  perhimpunan BERSIH  2.0. Pada pendapat saya, ini adalah tidak adil bagi  pihak polis.   Memang sudah menjadi tradisi bagi pimpinan polis untuk  menunaikan  permintaan parti pemerintah.  Oleh hal yang demikian, polis  dilihat  sebagai alat politik sesetengah pihak, baik yang memanipulasi  jentera  polis ataupun dalam anggapan masyarakat umum.  Autonomi polis  digadai  dalam pengendalian BERSIH 2.0.
Menurut pengamatan saya berdasarkan video-video Youtube wujud babak-babak sedemikian.
Apabila   polis cuba menahan rakyat Malaysia (yang membayar cukai yakni membayar   gaji polis), sesetengah rakyat akan bertanya terhadap polis apakah   kesalahan memakai baju kuning.  Persoalan tersebut membuat sesetengah   polis serba salah.  Ini kerana memang tidak ada undang-undang yang   menghadkan warna pakaian rakyat.  Disebabkan polis perlu mengikut arahan   atasan, maka mereka perlu mengambil tindakan yang melanggar lojik dan   kefahaman rasional umum serta kehendak minima tamadun manusia.    Malangnya mereka tidak dapat mengingkari perintah atasan.Tindakan   pimpinan atasan yang menurut karenah politik parti pemerintaha secara   membuta tuli telah menyebabkan kejatuhan maruah dan pengikisan  keyakinan  terhadap jentera polis secara keseluruhan dirasai.  Polis  harus  menjauhi daripada diheret oleh persaingan politik di antara parti   pemerintah dengan parti pembangkang dan juga antara puak-puak dalam   parti pemerintah sendiri.
Penangkapan yang keterlaluan tidak   dapat dirasionalkan apabila berhadapan dengan peserta-peserta   perhimpunan yang aman dengan tidak sebiji pun batu dibaling kepada   penguatkuasa.  Sebaliknya, rakyat hanya berdiam diri menentang pemecutan   air kimia dan penembakan gas pemedih mata.
Sebelum Hari   Kemerdekaan, usaha mengembalikan keyakinan rakyat umum amat perlu.    Usaha-usaha tersebut juga merupakan "kawalan kerosakan" (damage control)   yang telah dilakukan.  Tanpa usaha sedemikian, Hari Kemerdekaan tidak   akan disambut baik oleh rakyat jelata kerana kepada pihak-pihak yang   menyokong BERSIH 2.0, Hari Kemerdekaan telah disambut pada tanggal 9   Julai.  Hari tersebut adalah hari yang benar-benar merdeka bagi rakyat   dengan memperlihatkan penampilan pelbagai kaum di jalan raya berganding   bahu untuk perjuangan sebuah sistem demokrasi yang lebih kukuh.
*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview.     Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD)  di   National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.




biarlah hari kemerdekaan kita sambut dgn penuh gilang gemilang.
ReplyDeleteBersih dilibatkan dalam semua hal sekarang.
ReplyDeleteBersih, Bersih, and Bersih. Seriously, they are not 100% CLEAN too. Wake up!
ReplyDeleteAt least what we have now are much better than before. Do you still want to hide in the bushes? Eat cassava plus salt? The government indeed is not perfect, so do Bersih. Manipulative.
ReplyDeleteSemoga hari merdeka ini dapat disambut dengan aman dan tenang tanpa ada BERSIH lagi.
ReplyDeleteBersih, bersih.....usaha anda akan dapat dilihat bila pilihanraya diadakan..
ReplyDeleteCara mereka untuk mendapat perhatian sahaja sudah menampakkan mereka juga boleh bertindak ganas.
ReplyDeletehanya PRU13 sahaja dapat menentukan nasib kerajaan/pembangkang.
ReplyDeleteharap kewibawaan dan imej polis tidak terjejas teruk meskipun rally 9 Julai telahpun berlalu.
ReplyDeleteBersyukurlah kerana M'sia tidak seteruk negara jiran.
ReplyDeleteBiarlah sambutan merdeka ini penuh dengan rasa bersyukur dan tiada unsur2 yang membahayakan rakyat.
ReplyDeletesemoga hari Kemerdekaan akan disambut dengan meriah.
ReplyDeletesemua yang terlibat dengan perhimpunan itu tidak menyumbang kepada kepentingan negara malah mengancam negara. sehingga hari ini masyarakat luar masih mengutuk negara Malaysia kesan dari tindakan Bersih. sepatutnya penganjur2 Bersih la yang meminta maaf kepada rakyat kerana menjadikan rakyat sebagai perisai mereka dan menghasut mereka melanggar titah Agong..
ReplyDeletekeadaan sambutan kemerdekaan tahun ini mungkin akan berbeza dari tahun sebelumnya. harap isu2 yang timbul dalam tahun ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa menggugat perpaduan rakyat di negara ini.
ReplyDeleteRasanya pasti ada sesuatu yang bakal berlaku nanti. huhu
ReplyDeleteSemoga semua pihak akan lebih fokus pada keharmonian negara dan mengetepikan perkara2 yang mampu menimbulkan ketegangan.
ReplyDeleteHari Kemerdekaan sepatutnya disambut dengan meriah dan tenang dari ancaman keras. Matlamat Bersih demi keadilan SPR. Kerajaan sepatutnya membuat kajian sama ada system SPR ada masalah dan perlu diubahsuai atau dimajukan lagi?
ReplyDeleteImbas balik semasa Malaysia mencapai Kemerdekaan di tahun 1957. Kemerdekaan ini dicapai atas usaha semua rakyat, parti dll.. Walaupun parti tersebut mempunyai sebab yang "valid" demi keadilan untuk SPR yang akan datang dan merosakkan sambutan Kemerdekaan tersebut, sia-sia saja usaha rakyat/ parti yang usahakan demi Kemerdekaan di tahun 1957. Cuba lar mengguna cara yang lebih sempurna untuk menyelesaikan masalah.
ReplyDelete