Monday, July 4, 2011

17 Ahli PAS Jasin Direman 3 Hari

Tujuh belas ahli dan pemimpin PAS Melaka ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana memiliki baju-T BERSIH.

Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi, Abd Hannan, Ibrahim Talib, Ust Hasri, Ust. Sofi, Azizan Anuar, Tn Hj Samsudin dan beberapa ahli PAS Jasin.

Mereka ditahan berikutan kerana dikatakan tindakan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih, 9 Julai ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua mereka ditangkap kira-kira 1.15 petang selepas bertindak mengedar risalah mempromosi perhimpunan haram itu, selain terdapat kemeja T kuning tertera logo Bersih.

“Serbuan dan tangkapan dilakukan kerana dua sebab iaitu berkaitan tindakan mengajak orang ramai untuk menghadiri perhimpunan itu nanti.

“Semasa serbuan polis turut menemui sebanyak 113 kameja T tertera logo Bersih serta tulisan tertera tuntutan pertubuhan haram itu di bahagian belakang, selain sebanyak 303 risalah mempelawa ahli untuk hadir bersama-sama ke perhimpunan itu nanti,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Ghee Lye, polis akan melakukan siasatan segera untuk diambil keterangan dan sekiranya tiada halangan, akan dibebaskan selepas siasatan selesai.

“Penangkapan ini selaras dengan tindakan diambil polis seluruh negara bagi menghalang perhimpunan haram berkenaan,” katanya.

Kesemua mereka ditahan telah dibawa ke mahkamah di Ayer Keroh pagi ini.

Semalam blog ini melaporkan polis telah bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Seramai 30 orang anggota polis yang berpakaian preman telah merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0.

Sementara itu beberapa orang polis yang beruniform yang lain menunggu di luar.

Dalam pada itu kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat.

Semua kenderaan diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil. -GB

16 comments:
Write comments
  1. Pengorbanan dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya tindakan semakin tegas diambil ke atas mereka yang mengajak orang ramai untuk menyertai perhimpunan Bersih ini.

    ReplyDelete
  3. harap penyelesaian akan dibuat melalui perundingan tanpa perlu ada demo...

    ReplyDelete
  4. Berani buat berani tanggung.

    ReplyDelete
  5. Yang bersalah tetap akan di reman kerana mengamcam keselamatan awam.

    ReplyDelete
  6. Jika memakai baju kuning, adakah akan ditangkap juga?

    ReplyDelete
  7. Belum lagi perhimpunan ramai yang sudah ditangkap walaupun president Bersih menyatakan perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. Bagaimana pula jika hari perhimpunan tersebut.

    ReplyDelete
  8. Harap tiada keganasan dan kecederaan berlaku pada hari perhimpunan tu.

    ReplyDelete
  9. Adakah tindakan polis ini profesional dan neutral atau mereka hanya dijadikan alat politik pihak-pihak tertentu?

    ReplyDelete
  10. Jangan salahkan pihak berkuasa jika penahan ini berlaku. Ini salah diri sendiri kerana tidak mendengar arahan pihak berkuasa berhubung perhimpunan haram ini.

    ReplyDelete
  11. jgnlah pakai baju bersih jika tak ingin ditangkap.. lagipun bukan cantik pun baju tu..

    ReplyDelete
  12. sedangkan maskot Digi pun ditangkap inikan pula...

    ReplyDelete
  13. keharmonian negara patut dijagai oleh semua pihak.

    ReplyDelete
  14. asal pakai baju kuning, kena tangkap polis.

    ReplyDelete
  15. Better to not involve urself with Bersih.

    ReplyDelete
  16. tindakan dipihak kerajaan ini amat tepat bagi mengelakkan berlakunya huru hara di negara ini. sesungguhnya mencegah lebih awal itu lebih baik daripada sekadar menunggu dan melihat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.