Monday, July 4, 2011

Bersih Medan Untuk Pulihkan Demokrasi

Rakyat di negara ini hakikatnya hanya mempunyai dua pilihan iaitu memperjuangkan sistem demokrasi yang semakin pudar fungsinya mahupun membiarkannya terkubur begitu sahaja.

Oleh itu kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Abdul Aziz Bari, satu pilihan bijak harus dibuat dalam memastikan masa depan negara terus terpelihara.

"Pilihan yang ada hanya dua sekarang, hendakkan perlembagaan diperkasa dan dimartabatkan atau hendak perlembagaan itu dipijak dan dinafikan tempatnya," kata Aziz kepada Tv Selangor ketika mengulas perkembangan terkini berhubung tindakan polis dan kerajaan pemerintah yang melakukan pelbagai cara demi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil pada 9 Julai ini.

Selain menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning dan berlogo Bersih, mengenakan Ordinan Darurat kepada enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM), mengisyitiharkan bahawa Bersih adalah sebuah pergerakan haram, kerajaan Umno-Barisan Nasioanal dilihat terus menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menghalang perhimpunan aman berkenaan.

Ironinya, persoalan pokok kepada kebangkitan rakyat ini terus dibiarkan menjadi tanda tanya.

Lantaran itu kata Aziz, rakyat Malaysia harus bangkit menyatakan pendirian mereka dalam hal ini memandangkan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih adalah untuk kebaikan bersama.

"Sekarang ini sudah sampai ke tahap, orang biasa pun tahu undang-undang yang digunapakai sekarang adalah undang-udang yang tidak adil. Dan dalam konteks penggunaan Ordinan Darurat ini agak lucu sedikit sebab pada tahun lepas Datuk Seri Hishamuddin mengatakan bahawa Malaysia tidak berada dalam darurat. Jadi dia telah mengeluarkan yang kenyataan yang bercanggah dan bertentangan,"ujar Aziz.

Selain penahanan yang semakin diperhebatkan, hal ini kata Aziz lebih memalukan apabila ia diselang-seli dengan hujah rapuh pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional termasuk media kawalan mereka.

Rata-rata mereka melabelkan Bersih adalah agenda pembangkang untuk menawan tampuk pemerintahan, walhal katanya, setiap orang juga pastinya mahukan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan tanpa mengenal fahaman politik.

"Apa salahnya menyokong pembangkang kalau pembangkang itu hendakkan sesuatu yang baik? Pakatan Rakyat bukannya pembangkang bawah tanah, mereka bukan pembangkang yang bergerak secara haram.

"Mereka adalah pembangkang yang didaftarkan secara sah dan mereka hendakkan perkara yang baik dan rakyat tidak salah kalau menyokong dan memberikan restu kepada mereka berbanding dengan parti yang hendak mengekalkan kelemahan, mengekalkan kekotoran dalam sistem pilihan raya,"
kata beliau.

" Mereka (kerajaan) itu sebenarnya menentang usaha atau inisiatif untuk mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil. Ini tidak ada kaitan dengan huru-hara. Kalau kita lihat dua tiga hari ini, kita sendiri tahu siapa yang buat kacau. Ceramah yang begitu baik dalam premis pun dikacau oleh polis,"tambah beliau lagi.

Malah pensyarah undang-undang ini secara kritis membidas sikap kerajaan yang sanggup melakukan apa jua cara demi memastikan tampuk kekuasaan kekal di tangan mereka.

Lebih malang lagi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya mengambil pendirian berkecuali dan amanah dalam menjalankan proses demokrasi negara, mudah diperkudakan oleh pihak yang berkepentingan.

Dalam hal ini kata Aziz, kerajaan dan SPR seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya mengapa rakyat bertindak nekad menggunakan saluran jalan raya untuk menuntut hak merekamendapatkan sebuah pilihan raya adil dan bersih.

"Penafian SPR tentang wujudnya pengundi hantu, penafian wujudnya masalah dalam undi pos, adalah satu penafian yang menyebabkan rakyat terpaksa berarak ke jalan raya. Sudah tidak ada cara lain lagi dan mereka takut dengan perarakan itu," jelas Aziz, di sebalik penafian kerajaan bahawa pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus, seraya menyatakan tidak perlu ada sebarang demonstrasi menuntut hal tersebut dilakukan.

Pada hemat beliau, lapan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih 2.0 cukup berasas dalam memastikan proses pilihan raya di negara ini dapat dijalankan dengan penuh efisyen dan adil.

Tidak ada sebab katanya, SPR harus mengambil sikap dingin terhadap tuntutan yang disuarakan oleh gabungan NGO itu demi masa depan negara.

"Jadi saya tak nampak bagaimana Tun Dr Mahathir, Najib (Razak) atau siapa juga patut menentang perkara seperti ini. Semua ini telah dituntut dan diminta secara baik selama ini tetapi SPR buat tidak endah dan tidak buat apa-apa. Malah menafikan bahawa ada masalah,"kata Aziz.

Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengisytiharkan bahawa Bersih sebuah pergerakan haram yang boleh mengancam keselamatan negara.

Malah Khutbah Jumaat di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya turut disajikan dengan peringatan dan amaran bahawa Bersih adalah gerakan pelampau yang memperjuangkan kepentingan individu.

Malah himpunan Bersih itu dikatakan akan berarak ke hulu ke hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta benda awam dan sanggup mencederakan pasukan keselamatan.

Walaupun ditegaskan berkali-kali bahawa Bersih adalah sebuah perhimpunan aman namun kerajaan pemerintah melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terus melancarkan fitnah ke atas Bersih demi menghalang hak rakyat bersuara.

"Kita lihat bagaimana masjid digunakan untuk menghentam Bersih. Saya rasa ini satu perkara yang tidak patut berlaku oleh kerana Bersih tidak seburuk itu.

"Apa yang disebut dalam khutbah itu jelas satu fitnah, pembohongan. Jadi bagaimana masjid itu boleh digunakan untuk perkara-perkara seperti itu?,"soal Aziz. -tvsnews


26 comments:
Write comments
  1. Lebih wajar kalau kerajaan menyediakan tempat untuk mengadakan perhimpunan ini supaya tidak menjejaskan keamanan tempat awam.

    ReplyDelete
  2. Berita semalam ada mengatakan bahawa ada kemungkinan perhimpunan ini dibenarkan jika dibuat di stadium Bukit Jalil.

    ReplyDelete
  3. sebaiknya jika perundingan dibuat bagi mencari penyelesaian. itu lebih baik.

    ReplyDelete
  4. Cara demonstrasi bukanlah satu yang harus dicontohi.

    ReplyDelete
  5. Harap perbincangan mereka dengan Agong akan membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  6. Saya tidak faham kenapa mereka ingin melakukan perhimpunan seperti ini. Ini bukan sahaja akan menganggu keamanan malah akan juga memberi kesan kepada sektor pelancongan kita secara langsung.

    ReplyDelete
  7. Agong tidak akan berteloransi dengan perhimpunan bersin ini... Statement dari Agong juga sudah dipaparkan dan antara petikannya adalaah seperti berikut:


    "The fact is, street demonstrations bring more bad than good although the
    original intention is good. Instead, we should focus on our main objective to
    develop this country, and not create problems that will cause the country to lag
    behind.
    "Remember that there is no land where the rain does not fall, there is no
    ocean that is not turbulent. That is how important moderation and compromise is,
    which has been long been in practice by our nation''s administration."

    ReplyDelete
  8. Sejauh manakah perhimpunan ini memberi kesan kepada PRU13.

    ReplyDelete
  9. kalau pun mahu pulihkan demokrasi, janganlah dengan cara yang menyebabkan negara huru-hara dan kecoh seperti ini.

    ReplyDelete
  10. Ini tidak akan memberikan kesan kepada PRU atau apa pun. Tapi ini akan memberikan kesan kepada kemusnahan keamanan yang telah lama kita kecapi.

    ReplyDelete
  11. demokrasi kita bukan dgn cara melakukan perhimpunan yanng boleh mengganggu ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  12. makin panas isu ini...

    ReplyDelete
  13. yang buat kacau dan mengancam keselamatan awam dan negara ialah PERKASA aka Ibrahim Ali..mengapa tiada tindakan terhadap beliau?

    ReplyDelete
  14. kalau ada masalah akui sahaja..berani kerana benar..bukan buat2 tiada masalah..jika benar sistem pilihanraya yang digunakan selama ini adalah bersih dan adil, perkara ini tidak akan timbul..perkara ini timbul disebabkan sistem pilihanraya yang bermasalah..

    ReplyDelete
  15. mungkin antara faktor yang menyebabkan masih ramai rakyat malaysia tidak berdaftar sebagai pengundi adalah disebabkan sistem pilihanraya yang difikirkan tidak bersih dan adil..

    ReplyDelete
  16. Ya, semamangnyalah setiap orang juga mahukan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan tanpa mengenal fahaman politik.

    ReplyDelete
  17. Samada kerajaaan atau pembangkang, unsur negatif seperti 'gila kuasa' haruslah dihapuskan terlebih dahulu dalam setiap sifat pemimpin.

    ReplyDelete
  18. I just hope when election day comes, it will be fair and clean.

    ReplyDelete
  19. I don't mind BERSIH 2.0 being held, as long as no commotion will happen.

    ReplyDelete
  20. sudah ramai pihak yang tampil membuat penjelasan terhadap tuntutan Bersih termasuk SPR. tapi nampaknya pihak yang menyokong Bersih masih tidak dapat menerima penjelasan itu. mungkin ada baiknya jika Prof Dr Abdul Aziz sendiri mengadakan debat dengan SPR.. biar rakyat nilai hasil dari debat itu.

    ReplyDelete
  21. Pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih tentu membawa padah kepada negara. Kerana pihak yang tidak disokong mengunakan segala tektik kotor dan memperalatkan kemudahan awam untuk mengukuhkan kuasa mereka.
    Satu hari nanti, keadailan akan hilang di negara tersayang kita. Apa kesannya? Semau buku suci ada contoh yang nyata dan terang.

    ReplyDelete
  22. Jangan pandang ringan kesan kehilangan Demokrasi sebuah negara. Rakyat yang jadi mangsa.

    ReplyDelete
  23. Medan ini melibatkan semua rakyat Malaysia.
    Setiap rakyat Malaysia yang menyayangi tanahair mereka tidak harus berganjak mempertahankan kebenaran.

    ReplyDelete
  24. 'Lebih malang lagi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya mengambil pendirian berkecuali dan amanah dalam menjalankan proses demokrasi negara, mudah diperkudakan oleh pihak yang berkepentingan.'

    Kenyataan diatas merupakan suara kebanyakan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  25. Suara rakyat tidak didengar. Apa boleh buat, kenalah buat sesuatu yang dapat mengejutkan roh yang mengantuk.

    ReplyDelete
  26. Jangan paksa rakyat bertindak sesuatu yang tidak diingini seperti demostrsi jalan. Jika suara mereka didengar dan perubahan berlaku, siapa mahu memprotes.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.