Thursday, July 7, 2011

Kempen BERSIH Berjaya, Tuntutannya Belum

Sekadar pandangan peribadi. Kempen BERSIH bergema dalam Muktamar PAS ke 57 tempohari di Taman Melewar. Ucapan para perwakilan menjurus kepada pilihanraya ke 13. Pilihanraya pula ialah salah satu proses dalam sistem demokrasi berparlimen.

Pilihanraya boleh terdedah kepada pelbagai manipulasi terutama dari pihak pemerintah. Suruhanjaya Pilihanraya boleh sahaja digunakan melalui pelbagai cara dan mekanisme bagi mengekalkan kuasa memerintah walaupun keadaan sebenar di hati majoriti rakyat sudah begitu menyampah denagn pemerintah yang sudah lama korup.

Jangan sampai jadi seperti Mesir, Tunisia dan negara lain yang rakyatnya sudah tidak percaya lagi kepada sistem pilihanraya lalu berdemonstrasi di jalanraya. Pemerintah mesti belajar dari sejarah. ‘atTarikh yu’iidu nafsahu‘ Sejarah akan berulang. Tamak kuasa melalui jalan tidak bermaruah hanya akan mengundang bala bencana besar kepada rakyat dan negara, bahkan seluruh sistem dalam negara itu.

Justru, PAS dan Pakatan Rakyat serta NGO yang bersamanya menggerakkan kempen BERSIH 2.0 yang memfokuskan kepada 8 tuntutan iaitu membersihkan senarai undi bagi menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal dan mendaftar pengundi automatik; mereformasikan undi pos; menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) dari mengundi beberapa kali; masa kempen minima 21 hari; akses media yang bebas dan adil; mengukuhkan institusi awam agar tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang serta demokrasi. Institusi awam seperti SPR, SPRM, PDRM, badan kehakiman, Peguam Negara harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia; menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

8 tuntutan ini munasabah dan ada justifikasinya. Walaupun SPR telah menjawab sebahagian dari 8 tuntutan ini tetapi ia masih boleh diargumentasi. Bahkan sesetengah jawapan itu dilihat sebagai alasan yang sebenarnya hanya mahu mengekalkan kuasa BN sahaja. 8 tuntutan ini jugalah yang sepatutnya menjadi fokus kita dan fokus kerajaan.

Namun, kerajaan BN yang fobia, rakus, trauma, gelojoh dan gopoh melalui Menteri Dalam Negeri dan agensi di bawahnya dan agensi lain seperti media utama telah bertindak secara kasar sekali. Tidak berhemah langsung. Ditangkap yang berbaju kuning- dengan logo BERSIH atau tanpanya, ditahan mereka yang disyaki, atau dirampas-kononnya- senjata dan barangan yang berkaitan dengan BERSIH. Digembar-gemburkan BERSIH ini pertubuhan haram. Perhimpunannya ganas dan macam-macam cerita orang yang sudah terlalu takut kepada bayang-bayang sendiri.

Pada pandangan saya, setelah beberapa lama kempen BERSIH ini dibuat sehingga akhirnya terpaksa Titah Khas dikeluarkan, maka ia sebenarnya telah berjaya. Pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat masih waras. Yang tak berapa waras, ialah menteri yang mengugut rakyatnya sendiri. Samada perhimpunannya nanti di luar stadium atau di dalam stadium, kempen BERSIH dari baju kuningnya, logo BERSIHnya di dalam facebook, blog, portal, website, undian di dalam akhbar milik parti pemerintah yang menyokong perhimpunan BERSIH menjadi satu ‘produk’ baharu bagi mengekalkan momentum sehingga pilihanraya ke 13.

Tinggal lagi, 8 tuntutan BERSIH yang mesti diteruskan sehingga peralihan kuasa, jika berlaku selepas PRU 13 nanti berjalan dengan aman dan tenteram. Pemerintah BN mesti memenuhinya sebagaimana Titah Khas Agong: ‘Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Oleh: ustaznik

11 comments:
Write comments
  1. Rasanya 8 tuntutan Bersih tu tidak akan dapat dicapai kesemuanya.

    ReplyDelete
  2. We must wait and see what happens this Saturday.

    ReplyDelete
  3. Good luck to Bersih.

    ReplyDelete
  4. harap penyelesaian terbaik akan dicapai..

    ReplyDelete
  5. Rasanya M'sia macam nak kearah seperti Mesir. Demo ini untuk meminta kerajaan & SPR untuk menerima tuntutan rakyat.

    ReplyDelete
  6. kita lihat adakah bersih akan berjaya, tapi rasanya tak perlu kita ikut prhimunan tu.

    ReplyDelete
  7. Rakyat mengharap yang terbaik untuk negara. Amalan korup harus diperangi dan sistem demokrasi dijulang.

    ReplyDelete
  8. Harus ambil iktibar daripada kejadian yang berlaku di Mesir baru2 ini. Jangan terlalu emosional sehingga membinasakan diri sendiri dan negara. Setiap permasalahan, ketidakpuasan hati harus dibawa ke meja rundingan. Harap perhimpunan 9 Julai nanti berjalan dengan aman tanpa provokasi.

    ReplyDelete
  9. BERSIH masih dalam perlaksanaan belum boleh kitakan berjaya atau belum. Apa pun kita tunggu saja.

    ReplyDelete
  10. kenapa perlu berfikiran pendek? hanya kepada mesir. perhimpunan Bersih hanya berhimpun secara aman dan di perhatikan oleh pihak berkuasa. Perhimpunan ini bertujuan menuntut 8 perkara bagi memastikan pilihanraya di malaysia betul2 bersih, tulus dan adil.BERHIMPUN SECARA AMAN.

    ReplyDelete
  11. memang betullah SPR tidak adil.. kalau SPR adil mustahil PAS boleh kekal memerintah Kelantan selama 20 tahun.. dan mustahil PR boleh menang di negeri paling kaya di Malaysia.. mustahil!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.