Monday, July 4, 2011

Skandal 'Variation Order' Tidak Benar

MERUJUK kepada dakwaan kononnya berlaku skandal ‘Variation Order’ (V.O) di KKLW bagi Projek Sistem Bekalan Air Mukim Tulid/Lanas/Sook di Negeri Sabah, KKLW menafikan berlakunya V.O untuk perojek ini kerana projek ini masih di dalam peringkat perolehan.

Lantikan untuk syarikat belum lagi dibuat. Sehingga kini tiada sebarang ‘Arahan Perubahan’ dikeluarkan oleh KKLW.

Dakwaan : Manipulasi Spesifikasi Kontrak

Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk menyediakan bekalan air bersih dan terawat meliputi 90% di negeri Sabah dan Sarawak serta 98% di Semenanjung.

Keperluan bekalan air setiap negeri adalah mengikut kajian terperinci oleh Pihak Berkuasa Air Negeri seperti Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS) di mana bekalan air sedia ada dari Loji Pembersihan Air Sook berkapasiti 1.5 MLD hanya mampu menampung keperluan permintaan bekalan air penduduk Pekan Sook sahaja. Bagi jangkamasa panjang, JANS telah menetapkan spesifikasi dan rekabentuk untuk memenuhi keperluan bekalan air sehingga tahun 2020.

Penetapan spesifikasi dan rekabentuk ini adalah memastikan air dapat dibekalkan kepada ketiga-tiga mukim iaitu Sook, Tulid dan Lanas yang mana memerlukan loji rawatan air berkapasiti 8MLD untuk menampung keperluan semasa penduduk berjumlah 17,895.

Jumlah ini dijangka akan bertambah kepada 33,889 orang pada tahun 2020. Oleh itu, tidak timbul sebarang manipulasi kontrak memandangkan keperluan spesifikasi dan rekabentuk telah dikenalpasti lebih awal berdasarkan ‘Need Statement’ yang disediakan oleh JANS.

Dakwaan: Pelantikan Perunding Yang Mempunyai Rekod Buruk:

Perunding Perkasa telah dilantik pada 23 Julai 2010 oleh Lembaga Perolehan Agensi KKLW yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Setiausaha KKLW yang turut dianggotai oleh wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kewangan.

Oleh itu dakwaan bahawa YBhg Dato’ Yussoff Dohab bersekongkol dengan Juruperunding Kanan, Perunding Perkasa (Azmi) adalah tidak benar dan tidak berasas. Hasil semakan dengan Kementerian Kewangan juga mendapati bahawa Perunding Perkasa tidak mempunyai rekod buruk sepertimana yang didakwa.

Sehingga kini, Kementerian masih belum melantik kontraktor sama ada dari negeri Sabah atau negeri Sarawak untuk melaksanakan projek tersebut dan masih di peringkat untuk memuktamadkan pelantikan kontraktor oleh Lembaga Perolehan Agensi KKLW.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa berdasarkan rekod perkhidmatan YBhg. Dato’ Yussoff Bin Dohab, Kementerian mendapati bahawa beliau tidak pernah berkhidmat di Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (JPPS).

Malahan sejak YBhg Dato’ Yussoff Dohab berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada awal 1980-an, YBhg Dato’ Yussoff Dohab hanya berkhidmat di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sahaja.

Kenaikan harga projek sehingga 70 peratus daripada kos kontrak sebenar :

Kajian oleh JANS dan KKLW mendapati bahawa bagi memenuhi keperluan semasa dan jangkamasa panjang secara menyeluruh di Mukim Sook, Tulid dan Lanas, terdapat keperluan untuk menambah skop projek iaitu bagi meningkatkan kapasiti semasa loji kepada 8 MLD dan pemasangan penyambungan paip agihan baru ke 67 buah kampung.

Pertambahan skop liputan bekalan air bersih dari satu mukim (Sook) kepada tiga mukim (Sook, Tulid dan Lanas) menyebabkan pertambahan kos projek tidak dapat dielakkan. Memandangkan perolehan projek adalah secara tender terbuka, maka dakwaan berlakunya kebocoran harga projek adalah tidak berasas sama sekali.

Kami mengucapkan terima kasih kepada penulis, pengunjung dan laman web ini kerana keprihatinan memaparkan hal ehwal luar bandar. Ruang portal ini menjadi medium untuk kita berbicara, berkongsi idea, kritikan dan pandangan membina demi matlamat kita bersama untuk memajukan kawasan luar bandar.

Oleh : NADZERAH ABDULLAH
(nadzerah@rurallink.gov.my)

-Sabahkini

20 comments:
Write comments
  1. Harap kebenaran akan diketahui selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Adakah individu yang membuat dakwaan skandal 'variation order' ke atas KKLW itu mempunyai bukti ataupun sekadar cakap2 saja?

    ReplyDelete
  3. Setiap tindakan/keputusan yang diambil ada sebabnya. Begitu juga dengan Kementerian. Diharap kebenaran akan terungkai.

    ReplyDelete
  4. Penjelasan sudah dibuat dengan jelasnya. Harap orang ramai dapat menilai sendiri apa yang telah diperjelaskan.

    ReplyDelete
  5. Namun begitu siasatan masih juga perlu dilakukan kerana kita tidak tahu apa yang tersembunyi diantara mereka ini.

    ReplyDelete
  6. ini adalah penjelasan terhadap isu yang telah ditimbulkan sebelum ini...

    ReplyDelete
  7. mungkin ada kesangsian dalam KKLW bagi Projek Sistem Bekalan Air Mukim Tulid/Lanas/Sook. jadi, perlu ada siasatan dan penjelasan lanjut agar skandal V.O ni memang didapati tidak benar.

    ReplyDelete
  8. Mungkin cuma ada pihak yang cuba untuk memburukkan KKLW. Janganlah asyik menyebarkan khabar angin kepada media.

    ReplyDelete
  9. jika nak buat dakwaan biarlah berasas.

    ReplyDelete
  10. sudah dijelaskan tiada skandal VO.

    ReplyDelete
  11. entah siapa yang pandai2 mengatakan ada skandal VO..tidak bertanggungjawab langsung..

    ReplyDelete
  12. yang penting rakyat dapat menikmati keperluan asas tersebut secepat mungkin..

    ReplyDelete
  13. ketara ada pihak berkepentingan cuba menjatuhkan dan memburukkan KKLW..

    ReplyDelete
  14. mana2 pihak yang sedang bercadang mahu membuat tuduhan atau spekulasi tu, baik kaji dulu fakta atau point yang hendak diketengahkan. silap langkah, terludah muka sendiri..

    ReplyDelete
  15. Kerja membekalkan air tap yang bersih untuk orang kampung adalah tanggungjawap penting buat kerajaan. Tidak bermkana peruntukan itu boleh dibazirkan sewenang-wenangya.

    ReplyDelete
  16. Jangan lupakan orang kampung yang minum air takungan hujan dan air sungai.
    Keputusan kerajaan membina loji air yang lebih besar pasti memanfaatkan penduduk kampung.

    ReplyDelete
  17. Hentikan penuduhan yang tidak berasas. Beri peluang kepada kerajaan menuanikan tanggungjawap mereka.

    ReplyDelete
  18. Orang kampung memang hidup susah. Ada yang tiada eletric dan air. Serba kurangan. Bagi warga bandar, jarang ada yang faham akan kesukaran yang mereka hadapi.

    ReplyDelete
  19. Kajian sudah dibuat jadi jangan tunggu lagi, bina apa yang perlu.

    ReplyDelete
  20. Jangan percaya pada khabar angin atau gossip.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.