Wanita PKR hari ini mengecam perdana menteri kerana didakwa membiarkan menteri dalam negeri mengenakan tindakan ke atas perhimpunan BERSIH.Ketua pergerakan itu, Zuraida Kamaruddin berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak seharusnya membiarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein terus mengarahkan polis menahan individu yang didakwa terbabit dengan perhimpunan berkenaan.
"Ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas telah melanggar titah baginda Yang di-Pertuan Agong.
"Ini kerana, secara jelas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan (Zainal Abidin) telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini."Maka Hishammuddin seharusnya taat dan patuh," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Membaca satu kenyataan, Zuraida mendakwa, Najib sebaliknya "memberi perlindungan tertinggi" kepada menterinya itu untuk mengambil tindakan sewenang-wenang.
"Walaupun Agong dah jumpa pemimpin BERSIH, mereka tetap ambil tindakan ke atas BERSIH," ," katanya.
"Ini tindakan menghina Agong," tambahnya yang turut menuntut Hishammuddin segera membebaskan seramai hampir 200 orang yang ditahan berhubung BERSIH dalam serbuan polis yang dijalankan sejak 25 Jun lalu. -MK
Semoga segalanya berjalan lancar.
ReplyDeleteSebaiknya dengar titah agong.
ReplyDeleteharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan semuanya akan terkawal.
ReplyDeletepihak polis sepatutnya menghentikan tangkapan memandangkan Agong sudah memperkenan perhimpunan Bersih itu.
ReplyDeleteKehadiran BERSIH ini telah menimbulkan pelbagai kerisauan kepada orang awan. Memang kita tahu perhimpunan AMAN, tapi adakah mereka pasti akan berlaku keamanan dalam perhimpunan tersebut?
ReplyDeleteklu dah jadi titah Agonh, kena kita patuhi.
ReplyDeleteIsu ini mengelirukan sajalah. Kejap kata Agong perkenankan, tapi tangkapan sana sini dibuat. Ada yang masih ditahan. Kenapa tidak bawa ke meja rundingan saja? Kenapa mesti berhimpun? Kan dah macam2 hal timbul.
ReplyDeletesetakat berjumpa dengan Agong tidak semestinya Agong sudah merestui perhimpunan itu.. cuma tunjukkan mana2 kenyataan Agong yang menggambarkan Agong membenarkan supaya perhimpunan itu diadakan.
ReplyDeleteKita tunggu dan lihat sajalah apa yang akan terjadi nanti.
ReplyDeleteaduh..kenapalah hal ini masih tidak habis-habis?
ReplyDelete