Rakyat di negara ini hakikatnya hanya mempunyai dua pilihan iaitu  memperjuangkan sistem demokrasi yang semakin pudar fungsinya mahupun  membiarkannya terkubur begitu sahaja.
Oleh itu kata Pensyarah  Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Abdul  Aziz Bari, satu pilihan bijak harus dibuat dalam memastikan masa depan  negara terus terpelihara.
"Pilihan yang ada hanya dua sekarang, hendakkan perlembagaan diperkasa dan dimartabatkan atau hendak perlembagaan itu dipijak dan dinafikan tempatnya,"  kata Aziz kepada Tv Selangor ketika mengulas perkembangan terkini  berhubung tindakan polis dan kerajaan pemerintah yang melakukan pelbagai  cara demi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 menuntut pilihan raya  adil pada 9 Julai ini.
Selain  menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning dan berlogo  Bersih, mengenakan Ordinan Darurat kepada enam anggota Parti Sosialis  Malaysia (PSM), mengisyitiharkan bahawa Bersih adalah sebuah pergerakan  haram, kerajaan Umno-Barisan Nasioanal dilihat terus menggunakan segala  kekuatan yang ada untuk menghalang perhimpunan aman berkenaan.
Ironinya, persoalan pokok kepada kebangkitan rakyat ini terus dibiarkan menjadi tanda tanya.
Lantaran itu kata Aziz, rakyat  Malaysia harus bangkit menyatakan pendirian mereka dalam hal ini  memandangkan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih adalah untuk kebaikan  bersama.
"Sekarang ini sudah sampai ke tahap, orang  biasa pun tahu undang-undang yang digunapakai sekarang adalah  undang-udang yang tidak adil. Dan dalam konteks penggunaan Ordinan  Darurat ini agak lucu sedikit sebab pada  tahun lepas Datuk Seri Hishamuddin mengatakan bahawa Malaysia tidak  berada dalam darurat. Jadi dia telah mengeluarkan yang kenyataan yang  bercanggah dan bertentangan,"ujar Aziz.      
Selain penahanan yang semakin diperhebatkan, hal ini kata Aziz lebih memalukan apabila ia diselang-seli dengan hujah rapuh pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional termasuk media kawalan mereka.
Rata-rata  mereka melabelkan Bersih adalah agenda pembangkang untuk menawan tampuk  pemerintahan, walhal katanya, setiap orang juga pastinya mahukan sebuah  pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan tanpa mengenal fahaman  politik.
"Apa salahnya  menyokong pembangkang kalau pembangkang itu hendakkan sesuatu yang baik?  Pakatan Rakyat bukannya pembangkang bawah tanah, mereka bukan  pembangkang yang bergerak secara haram.
"Mereka adalah  pembangkang yang didaftarkan secara sah dan mereka hendakkan perkara  yang baik dan rakyat tidak salah kalau menyokong dan memberikan restu  kepada mereka berbanding dengan parti yang hendak mengekalkan kelemahan,  mengekalkan kekotoran dalam sistem pilihan raya,"kata beliau.    
"  Mereka (kerajaan) itu sebenarnya menentang usaha atau inisiatif untuk  mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil. Ini tidak ada kaitan  dengan huru-hara. Kalau kita lihat dua tiga hari ini, kita sendiri tahu  siapa yang buat kacau. Ceramah yang begitu baik dalam premis pun dikacau  oleh polis,"tambah beliau lagi.    
Malah pensyarah  undang-undang ini secara kritis membidas sikap kerajaan yang sanggup  melakukan apa jua cara demi memastikan tampuk kekuasaan kekal di tangan  mereka.
Lebih malang lagi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  yang sepatutnya mengambil pendirian berkecuali dan amanah dalam  menjalankan proses demokrasi negara, mudah diperkudakan oleh pihak yang  berkepentingan.
Dalam hal ini kata Aziz, kerajaan dan SPR  seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya mengapa rakyat bertindak nekad  menggunakan saluran jalan raya untuk menuntut hak merekamendapatkan  sebuah pilihan raya adil dan bersih.
"Penafian  SPR tentang wujudnya pengundi hantu, penafian wujudnya masalah dalam  undi pos, adalah satu penafian yang menyebabkan rakyat terpaksa berarak  ke jalan raya. Sudah tidak ada cara lain lagi dan mereka takut dengan  perarakan itu," jelas Aziz, di sebalik penafian kerajaan bahawa  pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus, seraya menyatakan  tidak perlu ada sebarang demonstrasi menuntut hal tersebut dilakukan.      
Pada hemat beliau, lapan tuntutan yang disuarakan oleh  Bersih 2.0 cukup berasas dalam memastikan proses pilihan raya di negara  ini dapat dijalankan dengan penuh efisyen dan adil.
Tidak ada  sebab katanya, SPR harus mengambil sikap dingin terhadap tuntutan yang  disuarakan oleh gabungan NGO itu demi masa depan negara.
"Jadi  saya tak nampak bagaimana Tun Dr Mahathir, Najib (Razak) atau siapa juga  patut menentang perkara seperti ini. Semua ini telah dituntut dan  diminta secara baik selama ini tetapi SPR buat tidak endah dan tidak  buat apa-apa. Malah menafikan bahawa ada masalah,"kata Aziz.    
Pada  Jumaat, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein  mengisytiharkan bahawa Bersih sebuah pergerakan haram yang boleh  mengancam keselamatan negara.
Malah Khutbah Jumaat di sekitar  Kuala Lumpur dan Putrajaya turut disajikan dengan peringatan dan amaran  bahawa Bersih adalah gerakan pelampau yang memperjuangkan kepentingan  individu.
Malah himpunan Bersih itu dikatakan akan berarak ke  hulu ke hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta benda  awam dan sanggup mencederakan pasukan keselamatan.
Walaupun  ditegaskan berkali-kali bahawa Bersih adalah sebuah perhimpunan aman  namun kerajaan pemerintah melalui Jabatan Agama Islam Wilayah  Persekutuan terus melancarkan fitnah ke atas Bersih demi menghalang hak  rakyat bersuara.
"Kita lihat bagaimana masjid digunakan untuk  menghentam Bersih. Saya rasa ini satu perkara yang tidak patut berlaku  oleh kerana Bersih tidak seburuk itu.  
"Apa yang disebut dalam  khutbah itu jelas satu fitnah, pembohongan. Jadi bagaimana masjid itu  boleh digunakan untuk perkara-perkara seperti itu?,"soal Aziz. -tvsnews
Monday, July 4, 2011
Bersih Medan Untuk Pulihkan Demokrasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Lebih wajar kalau kerajaan menyediakan tempat untuk mengadakan perhimpunan ini supaya tidak menjejaskan keamanan tempat awam.
ReplyDeleteBerita semalam ada mengatakan bahawa ada kemungkinan perhimpunan ini dibenarkan jika dibuat di stadium Bukit Jalil.
ReplyDeletesebaiknya jika perundingan dibuat bagi mencari penyelesaian. itu lebih baik.
ReplyDeleteCara demonstrasi bukanlah satu yang harus dicontohi.
ReplyDeleteHarap perbincangan mereka dengan Agong akan membuahkan hasil.
ReplyDeleteSaya tidak faham kenapa mereka ingin melakukan perhimpunan seperti ini. Ini bukan sahaja akan menganggu keamanan malah akan juga memberi kesan kepada sektor pelancongan kita secara langsung.
ReplyDeleteAgong tidak akan berteloransi dengan perhimpunan bersin ini... Statement dari Agong juga sudah dipaparkan dan antara petikannya adalaah seperti berikut:
ReplyDelete"The fact is, street demonstrations bring more bad than good although the
original intention is good. Instead, we should focus on our main objective to
develop this country, and not create problems that will cause the country to lag
behind.
"Remember that there is no land where the rain does not fall, there is no
ocean that is not turbulent. That is how important moderation and compromise is,
which has been long been in practice by our nation''s administration."
Sejauh manakah perhimpunan ini memberi kesan kepada PRU13.
ReplyDeletekalau pun mahu pulihkan demokrasi, janganlah dengan cara yang menyebabkan negara huru-hara dan kecoh seperti ini.
ReplyDeleteIni tidak akan memberikan kesan kepada PRU atau apa pun. Tapi ini akan memberikan kesan kepada kemusnahan keamanan yang telah lama kita kecapi.
ReplyDeletedemokrasi kita bukan dgn cara melakukan perhimpunan yanng boleh mengganggu ketenteraman awam.
ReplyDeletemakin panas isu ini...
ReplyDeleteyang buat kacau dan mengancam keselamatan awam dan negara ialah PERKASA aka Ibrahim Ali..mengapa tiada tindakan terhadap beliau?
ReplyDeletekalau ada masalah akui sahaja..berani kerana benar..bukan buat2 tiada masalah..jika benar sistem pilihanraya yang digunakan selama ini adalah bersih dan adil, perkara ini tidak akan timbul..perkara ini timbul disebabkan sistem pilihanraya yang bermasalah..
ReplyDeletemungkin antara faktor yang menyebabkan masih ramai rakyat malaysia tidak berdaftar sebagai pengundi adalah disebabkan sistem pilihanraya yang difikirkan tidak bersih dan adil..
ReplyDeleteYa, semamangnyalah setiap orang juga mahukan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan tanpa mengenal fahaman politik.
ReplyDeleteSamada kerajaaan atau pembangkang, unsur negatif seperti 'gila kuasa' haruslah dihapuskan terlebih dahulu dalam setiap sifat pemimpin.
ReplyDeleteI just hope when election day comes, it will be fair and clean.
ReplyDeleteI don't mind BERSIH 2.0 being held, as long as no commotion will happen.
ReplyDeletesudah ramai pihak yang tampil membuat penjelasan terhadap tuntutan Bersih termasuk SPR. tapi nampaknya pihak yang menyokong Bersih masih tidak dapat menerima penjelasan itu. mungkin ada baiknya jika Prof Dr Abdul Aziz sendiri mengadakan debat dengan SPR.. biar rakyat nilai hasil dari debat itu.
ReplyDeletePilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih tentu membawa padah kepada negara. Kerana pihak yang tidak disokong mengunakan segala tektik kotor dan memperalatkan kemudahan awam untuk mengukuhkan kuasa mereka.
ReplyDeleteSatu hari nanti, keadailan akan hilang di negara tersayang kita. Apa kesannya? Semau buku suci ada contoh yang nyata dan terang.
Jangan pandang ringan kesan kehilangan Demokrasi sebuah negara. Rakyat yang jadi mangsa.
ReplyDeleteMedan ini melibatkan semua rakyat Malaysia.
ReplyDeleteSetiap rakyat Malaysia yang menyayangi tanahair mereka tidak harus berganjak mempertahankan kebenaran.
'Lebih malang lagi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya mengambil pendirian berkecuali dan amanah dalam menjalankan proses demokrasi negara, mudah diperkudakan oleh pihak yang berkepentingan.'
ReplyDeleteKenyataan diatas merupakan suara kebanyakan rakyat Malaysia.
Suara rakyat tidak didengar. Apa boleh buat, kenalah buat sesuatu yang dapat mengejutkan roh yang mengantuk.
ReplyDeleteJangan paksa rakyat bertindak sesuatu yang tidak diingini seperti demostrsi jalan. Jika suara mereka didengar dan perubahan berlaku, siapa mahu memprotes.
ReplyDelete