Thursday, March 21, 2013

PRU13: 9 negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.

"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang tidak tertanggung.

"Sebab itulah, apabila mereka mendapat berita pembubaran semalam, terus menarik nafas lega kerana ia memang ditunggu-tunggu mereka. Masing-masing menyatakan kekecewaan bila dapat tahu ianya tidak jadi," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, dalam hal ini kerajaan tidak boleh hendak salahkan rakyat Malaysia kerana pengumuman yang ditunggu begitu lama.

Bagaimanapun Hatta menyeru rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat agar meneruskan persediaan jentera pilihan raya sementara menanti tarikh rasmi dengan persiapan yang sepatutnya.

"Jangan terlalu kecewa dengan waktu dan tarikh pembubaran sehingga menjejaskan gerak kerja kita," katanya.

Apabila diminta tarikh yang akan dipilih Najib Tun Razak, Hatta menjangkakan pembubaran parlimen akan berlaku pada hujung bulan sama ada 28 hingga 30 Mac ini.

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan sisatan berhubung penyebaran maklumat atau berita palsu menerusi internet dan SMS ekoran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial semalam.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi semalam.

Ekoran berita palsu itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan. -HD

12 comments:
Write comments
  1. Dulu saya malas mengundi. Kini saya pilih MENGUNDI........

    HABISLAH KAU NI KALI.........

    HABISLAH KAU.

    ReplyDelete
  2. Ini kali lahhh...

    ReplyDelete
  3. UMNO ni pandai..kuasa YDP Agong hanya Boleh utk tidak setuju Parliment nak dbubarkan. Baginda tak dbenarkn oleh MMnda PM utk bubar parlliment.

    ReplyDelete
  4. lagi elok DSAI ke Johor.

    - slangor & perak insyaallah dlm 9 negeri yg boleh ditawan.
    - johor lebih memerlukan DSAI dlm misi ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  5. Ini kalilah.... orang sabah style...

    ReplyDelete
  6. ya betul ini kalilah, no to bn, yes to PR

    ReplyDelete
  7. Apa kehebatan PR? dan apa kekurangan BN? kenapa perlu tukar kerajaan yg baik spt skrg ni. Gaji naik, dpt BRIM dan macam2 lagi. Lebih baik tukar pemimpin yg da lama berkhidmat. Sistem yg ada sekarang da baik. Cuma pemimpin2nya perlu diganti. Saya cadangkan agar mansuh nama parti yg lain. Hanya guna nama BN saja. Begitu juga dgn PR guna satu bendera ja. Dgn kata lain, hanya ada dua parti di Msia. Terlalu banyak parti mengelirukan. Klu rakyat tak suka BN ganti dgn PR. Klu PR tak baik rakyat pilih pula BN semula. Begitulah selama2nya. Itu hanya cadangan saja. Saya tak berpihak mana2 parti. Saya bukan org politik.

    ReplyDelete
  8. kebaikan bn cuma bagi mengunakan wang ringgit seperti brim,cepat habis tetapi PR pula melupuskan PTPTN SERTA MENURUNKAN HARGA KERETA ,MINYAK TURUN, BARANG TURUN, RUMAH TURUN.MCM MCM LAGI AKAN DI TURUNKAN.DAN SEMUA PEMBERIAN ADALAH KEKAL SELAGI PR MEMERINTAH.APAPUN TERPULANG KITA SENDIRI UNDI RAHSIA

    ReplyDelete
  9. SAYA JUGA AMAT SAYANG KAN BN KERNA DAH BERKORBAN SELAMA 50 TAHUN TETAPI AMAT SAKIT HATI KERNA MEMBERIKAN KERAKYATAN PADA PATI.PERKARA INI SEBENAR NYA TIDAK AKAN BERLAKU KALAU SETIAP RAKYAT TEMPATAN TIDAK TAMAK HALOBA DENGAN KEUNTUNGAN SEGERA.HARAP KERAJAAN PANTAU LAH KAKITANGAN DI PEJABAT PENDAFTARAN DI MANA MANA JUGA.KERNA SAYA RASA MASIH ADA JUGA PEGAWAI YANG JUJUR DAN IKHLAS DALAM MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN

    ReplyDelete
  10. YAHOOOOOOOOOOOOOOO....AKU TETAP AKAN PANGKAH PR

    ReplyDelete
  11. Maklumat dr dalam pentadbiran Najib pun dah salurkn pd PR bahwa negeri trtentu akan jatuh ktgn PR sekali gus mnyebabkn Najib kena keluar dr Bangunan Perdana Putra-JPM. itu yg mnyebabkn najib cemas dan buat roadshow keseluruh negara trmasuk pd 23 Mac 2013 di Kg Tanjong Besar,Pahang. Sambil test market sambil sebar maklumat palsu pntadbiran. Siap mrayu pd makcik kg agar BN perlu dipertahankn agar makcik2 kat kg lebih trjamin masa depan. Heii Najib..porahhh.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.