Tuesday, March 19, 2013

Mahathir Dalang Projek Kad Pengenalan Sabah?

Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim secara tegas mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang projek kad pengenalan (IC) Sabah.

Beliau berkata, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid Megat Ayob sendiri mengakui Tun Mahathir meluluskan projek tersebut dengan alasan untuk 'mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah.

Akibatnya kata Hassnar, seramai 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985.

Bercakap pada Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi, Hassnar juga berkata, beliau terlibat dalam menandatangani dokumen untuk pemberian IC kepada pendatang asing tanpa disedari.

"Walaupun saya sudah berusia 62 tahun, tapi saya masih kuat, segak dan saya belum nyanyuk. Megat Junid sendiri beritahu saya projek IC diluluskan oleh Mahathir.

"Memang berlaku pertemuan di antara Megat Junid dan bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh ketika itu.

"Saya ulang, kalau polis dengar apa yang saya katakan ini, sila rakam. Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau polis mahu dakwa saya silakan. Kita jumpa di mahkamah," katanya kepada kira-kira 5,000 hadirin.

Hassnar yang merupakan bekas seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998 juga berkata, IC tersebut bertujuan untuk menumbangkan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang belum menyertai BN ketika itu.

"Pada tahun 1988, PBS sedar perkara ini berlaku dan syarat yang dikenakan saya mesti dipenjarakan.

"Jadi saya ditahan di bawah ISA selama 59 hari. Walaupun saya buat kerja buat kerja untuk Umno ketika itu, saya tetap ditahan. Jadi berkawan dengan orang Umno kerana walaupun anda buat kerja untuk mereka, anda tak terkecuali daripada diambil tindakan," katanya.

Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.

Selain itu, beliau turut mendakwa rusuhan tersebunyi yang berlaku pada tahun 1986 di Sabah merupakan perancangan Tun Mahathir selepas kekalahan BN.

Rusuhan selama 48 hari itu mengakibatkan letupan bom, pembakaran masjid dan menyebabkan lima terbunuh. -HD

46 comments:
Write comments
  1. Kalau Tian Chua..cepat barua2 dan anjingUmngok pergi serang,katanya hina angg keselamatan kita. Bila tian Chua hina sure barua2 tu tak tau pun hanya dgr TV jer. Tapi yg Mahathir jual negara pun tak berani nak pergi angkat org tua nyanyuk tu ke jalanraya..humban kelongkang.

    ReplyDelete
  2. Orang ramai sudah terlalu mempercayai bn/umno sehinggakan benda yang salah langsung x nampak. Umpama najis dilalukan di depan hidung pun masih berbau harum...haha... Rasanya dah terlalu banyak penyelewengan berlaku tapi umpama ditulis menggunakan pensel masih boleh dipadam tanpa meninggalkan bekas. Nak tengok tv1, tv2, tv3 semuanya menyatakan bahawa negeri2 di bawah pentadbiran pembangkang cukup bermasalah...kat sabah/sarawak nie semuanya indah2 belaka....hutan licin ditebang pun nampak macam taman kayangan...masih cantik...haha... jalanraya berturap tapi rasa melalui jalan tu mcm x berturap. Baru 1 minggu berturap dah berlubang sana sini. Tapi hairan... masih gak menang dengan majoriti yang besar...itulah senario politik malaysia dgn tema janji ditepati...tp memerlukan 50+ utk menepati janji (ala kadar). Rasanya tentang projek ic tu pun sama....itulah janji ditepati yang telah dilaksanakan kepada warga PTI bagi memeriahkan lagi suasana pesta pilihanraya...haha..

    ReplyDelete
  3. pendedahan demi pendedahan terus menampakan dengan jelas penglibatan MAHATIR MOHAMAD dan HARRIS SALLEH tentang projek IC yang menjerumuskan sabah dalam keadaan yang amat merbahaya!!! ...akta kesalahan kesalamatan sepatutnya sudah berfungsi terhadap mereka ini ..negara kita dalam bahaya sekarang, masa depan rakyat malaysia di lahad datu bukan lah selamat!!...diseluruh sabah bertaburan orang suluk yang memiliki projek IC mahatir dan mereka ini boleh bertukar watak bila2 masa di perlukan ketua melalui kawalan dari jauh.. kebanyakan mereka sudah biasa dengan peperangan,, malah pemimpin pengganas ada mengatakan telah menyembunyikan banyak senjata di kebanyakan lokasi di seluruh sabah..siapakah sebenarnya yang akan menggunakan senjata2 itu???????? mengapakah kiram masih belum menunjukan tanda2 mengaku kalah walau pun melaysia telah memperkuatkan barisan senjatanya??????itu kerana mereka baru bermula!!!! IC mahadir telah memudahkan mereka bertapak di sabah dan memperkuatkan tuntutan!!!

    ReplyDelete
  4. kasi gantung sampai KO MAHATIR.panghianat rakyat sabah.

    ReplyDelete
  5. Mana si cacai bn/umno si Caldina sama si headhunter nie tak kasi komen pun....balik2 cakap benda yang sama. Hahaha....

    ReplyDelete
  6. PKR has urged the government to reveal if the Sulu militants who invaded Sabah last month were given blue identity cards (ICs) under Project IC.

    The Sulu sultanate said yesterday that Agbimuddin Kiram — the brother of self-proclaimed Sulu Sultan Jamalul Kiram III — was never issued a blue IC, but admitted that he had worked as an assistant district officer in Kudat on Sabah’s north.

    ReplyDelete
  7. “The confirmation (by the Sulu sultanate) raises worries among many quarters whether the armed group in Lahad Datu involves Malaysians originating from the Philippines who hold blue identity cards,” PKR strategy director Rafizi Ramli said in a statement today.

    ReplyDelete
  8. “This matter raises the possibility of threats to national security, as a result from certain parties allegedly linked to (former Prime Minister) Tun Dr Mahathir Mohamad who allegedly gave citizenship without due process,” he added.

    Dr Mahathir, Malaysia’s longest-serving prime minister who was in power from 1981 to 2003, has been accused of spearheading the so-called “Project IC”, in which citizenship was allegedly given to immigrants for their votes.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  10. PKR said yesterday that Agbimuddin was appointed in the civil service in 1974, based on a 1975 Sabah government payroll dug up from the state’s archives.

    The Sulu sultanate’s spokesman, Abraham Idjirani, reportedly said yesterday that Agbimuddin was still alive after fresh clashes against Malaysian security forces that killed two Sulu militants yesterday.

    ReplyDelete
  11. Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri..

    ReplyDelete
  12. The Sulu sultanate’s “raja muda” or crown prince had led a 200-strong band of gunmen into Lahad Datu last February 9 and turned the Sabah east coast into a violent battleground in their bid to retake the state.

    Rafizi also urged the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah to continue its proceedings to expose the illegal issuance of ICs in the Borneo state.

    ReplyDelete
  13. Beliau memperjelaskan bahawa ramai orang yang bukan berasal dari negara ini diberi hak kerakyatan kerana mereka telah tinggal lama di negara ini serta menguasai bahasa kebangsaan.

    ReplyDelete
  14. Ramai daripada kita berasal dari negara lain, misalnya dari China, Arab dan India dan kesemua mereka duduk lama di sini dan setia kepada negara ini. Kita beri kerakyatan kalau mereka menepati syarat selepas proses ujian," katanya.

    ReplyDelete
  15. Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.

    ReplyDelete
  16. Bekas Perdana Menteri berkata, perbuatan Anwar itu di luar pengetahuannya kerana tidak pernah memberi arahan tersebut.

    ReplyDelete
  17. The RCI is due to resume on April 15, according to RCI secretary Datuk Saripuddin Kasim.

    ReplyDelete
  18. "Beliau (Anwar) selalu membuat perkara yang bertentangan dengan arahan. Dan, kadangkala perbuatannya lebih daripada arahan yang dikeluarkan.

    ReplyDelete
  19. The RCI, which was formed on August 11 last year, has an additional six months to complete its probe after receiving the Yang di-Pertuan Agong’s consent.

    ReplyDelete
  20. beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

    ReplyDelete
  21. Former Sabah National Registration Department (NRD) officers have testified at the RCI that blue ICs were sold to Filipino, Indonesian and Pakistani immigrants in Sabah.

    ReplyDelete
  22. We wait for results from the RCI panel on it's investigation of the illegal immigrant issue.

    ReplyDelete
  23. Just hope that there will be an end to this Project IC issue.

    ReplyDelete
  24. Proses menyediakan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah mengambil masa kerana perlu mengambil kira rakyat negeri itu yang tidak mempunyai pengenalan diri.

    ReplyDelete
  25. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata atas sebab yang sama, kerajaan juga memerlukan lebih masa menamakan panel yang menganggotai suruhanjaya berkenaan.

    ReplyDelete
  26. Mengambil kira masalah yang ditimbulkan itulah kita ambil masa untuk pastikan terma rujukan dan juga untuk perhalusi mereka yang layak untuk jadi panel.

    ReplyDelete
  27. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang meminta terma rujukan suruhanjaya itu benar-benar diperhalusi agar tidak menganiaya rakyat Malaysia di Sabah yang tidak mempunyai identiti pengenalan diri seperti Mykad dan sijil kelahiran.

    ReplyDelete
  28. Menjawab soalan asal Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengenai status terkini cadangan penubuhan suruhanjaya siasatan itu, Mohamed Nazri berkata proses penyediaan terma rujukan kini berada di peringkat akhir.

    ReplyDelete
  29. memastikan tujuan suruhanjaya ini ditubuh dicapai sepenuhnya kerajaan perlu pastikan terma rujukan adalah menyeluruh supaya masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah dapat diselesaikan secara komprehensif.

    ReplyDelete
  30. Anggota juga dipilih dalam kalangan mereka yang berpengalaman luas dan mempunyai kefahaman yang mendalam berhubung pendatang asing di Sabah untuk pastikan syor yang dikemukakan boleh dilaksanakan dengan berkesan.

    ReplyDelete
  31. Menjawab soalan tambahan Anwar sama ada kerajaan bercadang menggunakan suruhanjaya yang sama bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di negeri-negeri lain di Semenanjung termasuk kemungkinan berlaku penipuan dalam senarai daftar pemilih pilihan raya, Mohamed Nazri berkata suruhanjaya itu hanya untuk menangani masalah di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  32. Tindakan pembangkang mempolitikkan keterangan beberapa saksi pertama prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah tidak akan membantu masyarakat negeri itu.

    ReplyDelete
  33. Ketua Puteri UMNO yang juga Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perbuatan mereka memilih keterangan seorang dua saksi bagi membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan juga tidak adil kerana masih adalebih 100 saksi bakal dipanggil

    ReplyDelete
  34. sebagai rakyat Sabah, kita ingin masalah yang menghantui Sabah ini dapat diselesaikan secara baik.

    ReplyDelete
  35. Jangan ambil peluang ini mempolitikkan isu itu untuk mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan kerana ini tidak akan membantu mana-mana pihak pun termasuk rakyat Sabah sendiri

    ReplyDelete
  36. , keputusan kerajaan menubuhkan RCI bagi mencari langkahterbaik menangani masalah kebanjiran pendatang tanpa izin ke negeri itu menunjukkan keikhlasan kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  37. Justeru katanya biarlah mereka yang terlibat, terutama anggota panel RCI,melakukan siasatan dan membuat rumusan tentang apa yang perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  38. “Ini yang kita mahu capai, kalau mereka (pembangkang) terus bermain politik setiap kali kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi-saksi…itu langsung tidak akan membantu proses ini,” katanya.

    ReplyDelete
  39. Penubuhan RCI dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumumkan Najib pada11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izindi Sabah.

    ReplyDelete
  40. Panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah akan menyampaikan keputusan pada sidangnya akan datang, sama ada membenarkan permohonan Persatuan Undang-undang Sabah (SLA) untuk akses kepada kenyataan bertulis saksi kepada polis yang ada kaitan dengan pendengaran awam RCI ketika ini

    ReplyDelete
  41. Difahamkan tarikh bagi sidang akan datang ditetapkan pada 5 April.

    Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa, dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dan bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman J. Luping.

    ReplyDelete
  42. "Kami (anggota RCI) dipandu oleh kes undang-undang dan pihak berkuasa...kami perlukan masa untuk membuat keputusan dan akan menyampaikan keputusan kami pada sidang akan datang," kata Shim, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, sebelum menamatkan prosiding singkat pendengaran RCI di Mahkamah Tinggi Isnin.

    ReplyDelete
  43. Terdahulu, Decena membentangkan kes undang-undang dan pihak berkuasa untuk menyokong hujahan SLA dengan menegaskan kenyataan saksi-saksi amat penting bagi persatuan itu untuk membantu suruhanjaya membuktikan fakta mengenai perkara berbangkit -- masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

    ReplyDelete
  44. "Sebab itu, SLA memohon untuk diberikan akses kepada kenyataan saksi-saksi kepada polis mengikut Seksyen 112, Kanun Acara Jenayah," katanya dan menurutnya "SLA menawarkan sekurang-kurangnya empat saksi untuk dipanggil pada pendengaran RCI."

    ReplyDelete
  45. Dalam hujahan bagi membantah permohonan SLA itu, Kurup menegaskan berdasarkan kes undang-undang dan keputusan mahkamah (berkaitan kenyataan saksi) baru-baru ini, SLA tidak berhak diberikan akses kepada kenyataan saksi.

    ReplyDelete
  46. Bagaimanapun, katanya pasukan beliau bersedia bekerjasama dengan SLA berhubung perkara kepentingan bersama membabitkan saksi-saksi pada pendengaran akan datang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.