Tuesday, March 19, 2013

Puluhan ribu IC biru diberi untuk orang Sulu

Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui menandatangani puluhan ribu borang kosong bagi membolehkan pendaftaran kad pengenalan biru (IC).

Beliau menandatangani borang kosong HNR3 iaitu dokumen untuk pengesahan kelahiran bagi membolehkan seseorang mendapat kad pengenalan, tanpa mengetahui nama dan butiran yang akan diisi.
Hassnar (tengah) dalam forum pendedahan malam tadi.

Hassnar (tengah) dalam forum pendedahan malam tadi.

Borang pendaftaran, katanya, diterima dari ketua-ketua kampung yang kemudian diserahkan kepada Pegawai Daerah untuk diproses.

Membuat pendedahan pada pada Forum ‘Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ malam tadi, beliau berkata lebih 125,000 kad pengenalan dikeluarkan kepada pendatang haram di Sabah antara April 1976 hingga April 1984.

Malah, katanya, beliau diarah menandatangani 500 borang HNR3 walaupun baru tiga hari dilantik menyandang jawatan berkenaan pada 1982.

“Borang HNR3 adalah dokumen sah. Siapa yang bawa borang berkenaan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftar sebagai surat lahir (beranak),” katanya pada forum itu di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Kata Hassnar, BN juga mengambil kesempatan atas peperangan di Jolo, selatan Filipina untuk mendaftar puluhan ribu pelarian termasuk warga Sulu menjadi warganegara Malaysia menggunakan borang HNR3.

Beliau percaya, ada 800,000 warga Sulu yang dijadikan warganegara Malaysia dengan sebahagiannya diberi kerakyatan melalui Projek IC.

Hassnar ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1988 selama dua bulan, kemudian sebagai tahanan rumah selama dua tahun di Sandakan bermula 6 September 1998.

Short URL: http://www.keadilandaily.com

4 comments:
Write comments
  1. Haa..kan dah kata. Projek UMNO bg ic palsu lepas tu nak tutop citer,ditangkapnya peg kerajaan yg katanya jual ic. Mcm si aminah yg masuk PKR mnggu lepas. Ditangan dia shj,beratus ribu warga sulu dpt ic palsu,arahan UMNO lepas tu si Minah tu kena ISA..lepas si Hassnar kena ISA. Belum dikira peg JPN yg betul2 jual ic cari duit lebih. Haa sama2 lah kita jual kedaulatan negara kpd rakyat asing dan benda ni trjadi pulak diTGanu yg mnyaksikan jatunya PAS pd PRU lalu. Lepas jatuh, brduyung2 kg bangla dan Nyammar wujud di TGanu.

    ReplyDelete
  2. Tak lama lagi hayat BN/UMNO akan berakhir dan tentunya rakyat malaysia akan kuburkan parti ini sehingga tak bersisa . betapa deritanya rakyat dgn sistem yg ada d negara ini.....yg kaya bertambah kaya, keroni dan keluarga hidup mewah...sdngkan kami rakyat biasa semakin miskin dan papa dek kerakusan pimpinan yg ada skrng.

    ReplyDelete
  3. tahniah dengan pendedahan oleh itu aku tidak tahu lah kalau rakyat malaysia masih boleh menerima kerajaan yang ada sekarang yang mana telah mengkhianati rakyat malaysia.jangan terpedaya dengan berbagai pemberian SEPERTI brim sana brim sini berbagai bagai brim tetapi dalam masa yang sama kita di khianati.YA ALLAH TIMPAHKAN LAH MELAPETAKA PADA MEREKA PENGKHIANAT NEGARA ALLAH HU AKBAR

    ReplyDelete
  4. AMIN, AMIN, AMINNN.....YA! ALLAH ENGKAU KABULKAN LA PERMINTAAN DARI HAMBAMU DAN RAKYAT SABAH YANG DI ZALIMI...



    BAYUMURNI.......

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.