Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap blogger pro Umno, “Papa Gomo” kerana didakwa cuba mengaitkan beliau dengan satu lagi skandal seks dengan menerbitkan gambar palsu di laman blognya Sabtu lalu.
Dalam notis tuntutannya, peguam Anwar menuntut blogger berkenaan, yang nama sebenanrnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, menarik balik dakwaan tersebut, membuat permohonan maaf dalam 48 jam bermula hari ini dan membayar RM100 juta kerugian.
“Jumlah tuntutan itu dibuat kerena blogger tersebut mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan Umno jelas melindunginya,” kata peguam Anwar, Naib Presiden PKR N. Surendran dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, www.papagomo.com telah memaparkan gambar yang menunjukkan bahagian belakang anggota badan seorang lelaki bogel, didakwa diambil daripada video sex Anwar.
Laman berkenaan turut menyatakan pautan ke laman blog lain dikenali sebagai “Aksi si Raja Goyang”, yang turut memaparkan 13 gambar, dipercayai diambil daripada video yang sama.
Gambar berkenaan turut memaparkan seorang lelaki memeluk lelaki lain dan bercium di dalam bilik tidur.
Surendran juga turut menegaskan gambar itu adalah palsu dan sebahagian daripada cubaan musuh Anwar untuk menjatuhkan imej Ketua Pembangkang ekoran pilihan raya semakin hampir.
“Pemalsuan dan pengedaran gambar dan dakwaan palsu berkenaan seksual menentang Anwar telah menjadi ‘trademark’ politik yang dimainkan Umno danblogger,” katanya.
“Blogger Papa Gomo adalah terkenal untuk rapat dan hubungan sulit dengan kepimpinan Umno, termasuk Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.
Tahun lalu, Anwar telah dikaitkan dengan skandal seks yang lain berikutan pengeluaran video oleh “trio Datuk T”, termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.
Anwar menafikan beliau merupakan lelaki dalam video seks dan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga mereka sehari selepas video itu ditayangkan kepada media.
Pada 24 Jun, trio “Datuk T” mengakui untuk saringan video seks dan telah didenda RM5,500 oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani.
Shazryl Eskay dan Shuib telah bersama dituduh memaparkan kandungan video lucah secara umum manakala Rahim dituduh bersubahat dengan mereka.
Dalam pembelaan mereka, mahkamah mendengar bahawa seorang pakar Amerika telah mengatakan bahawa lelaki dalam video adalah Anwar. -TMI
Tuesday, March 19, 2013
Anwar saman blogger RM100j terbit gambar video seks
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PADAN MUKA KO PAPAGOMO@WAN MOHAMAD AZRI WAN IDRUS ITU LAH KO INGAT LAH ALLAH TERLALU BERKUASA DAN MAHA MENGTAHUI KEATAS SETIAP PERBUATAN KITA.INSAFLAH KITA INI BERAGAMA ISLAM DAN BERSAUDARA DI ANTARA SATU.TIDAK KAH KO MERASAH BERDOSA INGAT AJAL TIDAK MENUNGGU TAUBAT KITA.AKU BERPESAN SEBAGAI SAUDARA SEAGAMA SUDAH SUDAH LAH DENGAN FITNAH MU.ADAHKAN KEKAYAN AKAN MEMBANTU KITA DI ALAM KUBUR NANTI.
ReplyDeleteLepas nih bungkus blog awk dan jual kat kaki lima....
ReplyDeletehaha..ada duitkah kau, RM100,000,000.00. Mau bayar ansur-ansur bolehkah?
ReplyDeleteSuruh dia pinjam sana bank rakyat utk bayar saman. Hahaha....mmg nama blog pun pelik... papagomo mcm nama papagomol hahaha....gay jak bunyinya tu...
ReplyDeletePapagomo Kena Saman RM100 Juta : Papagomo Minta Maaf Nama blogger : Wan Muhammad Azri Wan Deris.
ReplyDeleteSalam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat.
Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual. Dengan permohonan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri.
Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja
kesian papagomo, hidup nya ditakdirkan menjadi pencacai dan pengfitnah.
ReplyDelete