Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.
“Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.
Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.
Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.
Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti.
“Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka.
“Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya. -Sabahkini
Thursday, March 14, 2013
Azzimudie Kiram Terus Diburu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




YA ALLAH selamatkanlah WIRA-WIRA BANGSAKU yang BERJUANG DI BARISAN HADAPAN.
ReplyDeleteYA ALLAH TAJAMKANLAH MINDA panglima2 tentera kami dalam merancang KEJAYAAN demi MENDAULATKAN Tanahair kami.
MANA GAMBAR hj MUSA , semasa HIDUP dan SESUDAH MATI ? ? ?
RAKYAT TIDAK BERHAK MENATAP WAJAH PENCEROBOH LAKNAT si Musa ini????
dia tidak akan dpt bersembunyi selamanya. dia pasti akan ditemui jg nnti.
ReplyDeletekesian Azzimudin, dia dalam ketakutan diburu, abgnya c Tiram senang lenang di Sulu.
ReplyDeletecari sampai dapat..
ReplyDeleteTerus buru beliau, pasti boleh dikesan.
ReplyDeleteTeruskan uasaha, keselamatan pasti dijamin.
ReplyDeletePemantauan kawasan zon merah harus dipertingkatkan. Mungkin ada serangan yang tidak dijangka.
ReplyDeleteSyabas pihak tentera dan polis menjalankan tugas dengan baik.
ReplyDeleteSembunyi samapi macam mana pun boleh dikesan.
ReplyDelete