Saturday, March 16, 2013

Bagaimana Penceroboh Sulu beli senjata baru?



Tindakan tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah membuktikan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Filipina.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan sejawatannya dari Filipina selain memberitahu beliau semua pengganas terbabit akan dihadapkan di mahkahmah di sana.

"Siasatan akan dilakukan terhadap kesemua 35 mereka. Kita akan tunggu laporan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bersama rakyat sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di Langkawi malam tadi.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga sedang berusaha untuk mendapat perintah bagi memungkinkan pengganas terbabit didakwa di negara ini.

Semalam agensi berita luar negara melaporkan 35 pengganas itu termasuk seorang wanita ditahan oleh dua buah kapal tentera laut Filipina berhampiran Pulau Tawi-Tawi, kira-kira 12 kilometer dari perairan Sabah.

Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Lt Jen Rey Ardo dipetik sebagai berkata mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu.

Beliau juga dilapor berkata ketika ditahan suspek pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di Filipina.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata walaupun Malaysia dan Filipina tidak mempunyai perjanjian ekstradisi untuk membolehkan Jamalul Kiram dibicarakan di negara ini, ada peruntukan undang-undang yang boleh diteliti untuk membenarkan perkara tersebut dilakukan.

"Secara konvensional Malaysia pernah serahkan (pemimpin) Moro National Liberation Front (MNLF)) Nur Misuari (yang berada di Sabah) ketika dia jadi pemberontak kepada Manila. Kita harap beberapa perkara kajian perundangan dilakukan supaya Jamalul Kiram dibawa ke Malaysia.

"Bezanya Nur Misuari adalah rakyat Filipina dan dibawa ke Filipina manakala Jamalul Kiram adalah rakyat Filipina, berada di Filipina dan tertakluk kepada undang-undang Filipina," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid membangkitkan persoalan mengenai kemampuan Jamalul Kiram membiayai pasukan pengganasnya sedangkan dia sendiri yang perlu menjalani rawatan dialisis, terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan Filipina untuk kelangsungan hidup.

"Ertinya dia tidak berkemampuan, dia bukan raja berdaulat. Bagaimana senjata baru boleh dibeli dan bagaimana pembiayaan dibuat terhadap penceroboh.

Kekhuatiran kita ada dalang-dalang yang menjadi pihak ketiga sama ada dari Malaysia atau Filipina yang mendukung pencerobohan militan untuk raih sokongan politik.

"Jika bukti ini diperolehi, yang bukan sekadar dipetik dari agensi berita antarabangsa, kita takkan berkompromi kepada penderhaka yang menyebabkan pahlawan-pahlawan kita dari tentera dan polis kehilangan nyawa.

"Kita mahu rakyat hukum penderhaka. Dalam soal pencerobohan tak harus beri kompromi walaupun sedikit. Rakyat tak sanggup dan tak reda gadai kedaulatan Malaysia," katanya.

- Bernama

8 comments:
Write comments
  1. Setan sulu tu kalo diekstradisi ke malaysia nanti mintak macam2 semasa dlm tahanan. Kat negara dia pun ntah dia tak pegi dialisis tak ada duit, ini bila di malaysia nanti kita kena letak satu mesin dialisis khas kat penjara dia.kmdn demand macam2, dilayan tak elok lah. Dia sengaja kot buat pencerobohan ni supaya bila tangkap dpt treatment free kat malaysia.

    ReplyDelete
  2. Kmdn dibebas sbb masalah kesihatan, kena jugak tangkap adik dia sbb yg itu boleh dihukum betul2. Hairan boleh juga terlepas 35 orng dari perairan kita masuk ke philipine, itu yg sah2 tentera bodo sulu. Masih bolos lagi perairan kita.

    ReplyDelete
  3. Kalau semua betul-betul mau tau cerita sebenar mengenai Episod Lahad Datu, menangkan Pakatan Rakyat. Itu satu-satunya cara.

    ReplyDelete
  4. Amboi cakap berdentum2.

    Sekarang nie aku nak tanya Zahid nie.

    Kenapa tak tahan mereka ketika mereka masuk ke perairan negara?

    Kenapa dah 3 minggu baru tercetus PERANG?

    Bila PERANG dah tercetus, tiba2 salahkan pihak lain pulak.

    Rakyat TETAP bersama PASUKAN KESELAMATAN NEGARA.

    Tetapi Rakyat TETAP akan BURU PEMBELOT sebenar!!!!

    Cukup masa kami mengundi, cukup masa PR tawan PUTRAJAYA, kami akan BONGKAR DALANG SEBENAR!!!! Sama ada dari pihak BN mahupun PR.

    Kami akan pastikan KEDAULATAN NEGARA tidak dicemari oleh PEMBELOT yang BERTOPENGKAN WARGANEGARA!!!

    Tapi sebenarnya kami dah tahu. Cuma kami tiada kuasa untuk BERTINDAK.

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!

    ReplyDelete
  5. Nasib baik si Zahid Hamidi tu ndak cakkap Anwar yg bekalkan senjata,bah.

    ReplyDelete
  6. apa yang menghairankan setiap ada masaalah yang melibatkan negara samada ancaman dari dalam dan luarnegara,akan muncul lah nama Datuk Anwar ibrahim konon jadi dalang nya,semua pasti coba melibatkan datuk anwar.padhal SIAPA YANG MEMBERIKAN KAD PENGENAL PADA PATI.MUDAH MUDAHAN SIAPA JUGA YANG MENJADI PENGKHIANAT AKAN DI LAKNATI OLEH ALLAH YANG MAHA ESA.AMIN

    ReplyDelete
  7. zahid; sebahagian drpdnya adalah sumbangan negara2 islam termasuk malaysia sendiri, rompakan, pencolekan, ugutan, etc...islam ala taliban...

    ReplyDelete
  8. si jefry pun ikut tu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.