Saturday, March 16, 2013

Lahad Datu 'pengundi hantu' BN?



Terlepas sama ada pencerobohan di Lahad Datu dirancang atau sebaliknya, semangat patriotisme dalam krisis sebegini sering akan menguntungkan parti kerajaan.

Patriotisme ini dipacu oleh rasa ingin bersatu bersama pasukan keselamatan dalam memenangi krisis ini, sekali gus bersama kuasa politik yang menggerakkan jentera pasukan itu.

Pasukan keselamatan dan kuasa politik (baca: pemerintah) dianggap setaraf dengan "negara" dan "tanah air" yang wajar dicurahkan sepenuh kesetiaan (tanpa kritik) dan pengorbanan (tanpa batas).

Berbeza dengan pergolakan politik dalaman yang meretakkan, sewaktu kesetiaan dan pengorbanan tidak menjadi isu, nilai utama atau kebaikan teratas; pencerobohan seperti di Lahad Datu mengimbau rasa kesatuan dengan apa saja langkah penentangan terhadap anasir asing.

Penentangan terhadap orang asing ini dianggap nilai utama atau kebaikan teratas kita bersama.

Kesatuan nasib dengan sesama warga, walau berbeza sisi pandang politik, dianggap "wajar" kerana kekhuatiran kita pada orang asing dan keasingan peristiwa itu sendiri.

Lahad Datu bukan Sauk atau Memali. Sauk dan Memali mewakili politik dalaman yang meretakkan. Memali tambah meretakkan PAS dan Umno yang berdiri atas dua garis politik berbeza.

Sauk pula, atas sifatnya yang melibatkan warga tempatan, tidak membangkitkan patriotisme; ia hanya meningkatkan rasa resah warga dalam gambaran militan kumpulan al-Maunah.

Patriotisme spontan

Tetapi Lahad Datu ada dimensi lain -- "orang asing" seperti kecurigaan kita pada kaum pendatang di tengah-tengah kita selama ini. "Orang asing" kerana keasingan nilai, bahasa, orientasi hidup, gaya, egoisme dan corak baju.

Atas sifatnya yang bersenjata (baca: ganas) dan enggan tunduk pada rundingan, maka "tentera diraja" Sulu meningkatkan lagi rasa cuak serta marah kita. Dalam imaginasi kita, mereka semua ini pengacau.

Pengacau ini tidak boleh ditangani dengan cara biasa -- cara politik dalaman seperti demonstrasi, saman, kenyataan akhbar atau laporan polis. Mereka hanya boleh dibereskan melalui pasukan keselamatan.

Politik dalaman boleh dicampuri pembangkang tetapi politik tentera hanya boleh digerakkan oleh kerajaan.

Justeru, kritik kita pada pasukan keselamatan tiba-tiba mengendur kerana muncul harapan menggunung agar ia dengan segera menghalau pengacau yang menimbulkan rasa cuak dan marah kita.

Di sinilah bermula patriotisme -- bersatu dengan pasukan keselamatan dalam memenangi krisis ini, sekali gus bersama kuasa politik yang menggerakkan jentera pasukan itu.

Kebersamaan ini bertukar menjadi nilai utama atau kebaikan teratas.

Kebersamaan ini, atau sebut saja patriotisme, tiba-tiba muncul menjadi kuat apabila krisis luar jangka itu tidak semena-mena mencuri perhatian awam sewaktu orang ramai sedang kebingungan memahaminya.

Patriotisme jelmaan Lahad Datu itu hampir-hampir spontan sifatnya. Kebingungan disusuli pula rasa resah atau tidak selamat warga.

Mendaftar penyokong pembangkang


Maka, peleraian rasa itu hanya boleh dicapai di muncung senjata dalam susun atur orang yang berkuasa. Mereka sahajalah sang pelindung dan sang penyelamat. Kerajaan atau pihak berkuasa sebagai sumber kebaikan.

Di sisi ini kerajaan, atau BN, meraih keuntungan politik yang besar berbanding pembangkang.

Jika angin patriotisme ini bertiup kencang ke seluruh negara tanpa dapat dihadang-hadang lagi, pembangkang akan tersudut dalam fantasi Putrajayanya sendiri.

Apatah lagi patriotisme Lahad Datu ini disusuli pula dengan kempen anti-Anwar Ibrahim yang digambarkan sebagai dalang pencerobohan atau anti-Tian Chua sebagai simbol penghinaan pasukan keselamatan.

Terlepas sama ada kenyataan Tian itu dilaporkan dengan tepat di akhbar PKR atau sebaliknya, kempen anti-Tian (dan lain-lain) menjurus pada gambaran bahawa pembangkang memperkecil-kecilkan pasukan keselamatan, pasukan yang dijulang sebagai sang penyelamat dan sang pelindung.

Jika kebersamaan dengan pasukan ini dirasakan nilai utama atau kebaikan teratas, maka kesenjangannya pula bermakna kejahatan yang paling buruk!

Sekali lagi, di sisi ini, BN boleh mengatasi pembangkang dengan mudah menjelang minggu-minggu genting sebelum pilihan raya umum.

Sedar tidak sedar, patriotisme Lahad Datulah sebetulnya "pengundi hantu" yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); yang tidak terjejak di pangkalan data Pakatan Rakyat.

Ia lebih besar daripada projek IC kerana ia turut mendaftar penyokong-penyokong pembangkang yang "patriotik"!

FATHI ARIS OMAR ketua pengarang Malaysiakini.

7 comments:
Write comments
  1. Pencerobohan Sabah: Hal-hal Yang Perlu Kita Ketahui


    Mari kita beri tumpuan pada Isu Lahad Datu :

    1. Pengkhianatan UMNO dengan menabalkan Si Kiram menjadi Sultan Sulu sedangkan Si Kiram bukan waris yang sah..

    2. Kiram diberi IC Malaysia.

    3. Kiram bersekongkol dgn Tun Mahather membawa masuk warga philipinan dari sukul Tausug dan sulu secara berama di Sabah dan diberikan IC Malaysia utk mengundi dan memenangkan BN dalam Pilihanraya Sabah.

    4. Melantik Kiram menjadi Timbalan pegawai daerah Kudat

    5. Kiram menjadi Ahli UMNO Sabah.

    6. Kiram menyandang jawatan Pengerusi PEKIDA Sabah.

    7. Menjadikan Kiram sebagai kroni yg menjadi salah seorang paraih ikan yg terbesar di Sabah.

    8. Rata-rata puak yang memberontak di Sabah (kebanyakannya) adalah Ahli UMNO.

    9. Jika berlaku perbalahan dari kalangan Tausug / Suluk dgn warga tempatan Sabah yg sebenar maka pihak berkuasa lebih memihak puak Tausug dan Sulu kerana mereka dilindungi oleh UMNO Sabah.

    10. Kegagalan Kerajaan UMNO menjaga keselamatan dan Kedaulatan Negara menjaga perairan negara dan lambat bertidak terhadap para pemberontak..

    Sebab tu PM tak berani utk membawa Kes Lahad Datu ni ke meja rundingan sebab akan terbarai dan terburai semuanya...

    Note :

    Kini Kami Rakyat Malaysia mendesak agar Persidangan Tergempar Parlimen diadakan secepat mungkin kerana ianya adalah isu kedaulatan Negara.. Apa yang Najib takutkan jika benar beliau di pihak yang benar.. -

















    ReplyDelete
  2. “Saya warga Lahad Datu yang bekerja di Kuala Lumpur. Apa yang berlaku di Lahad Datu sengaja disenyapkan oleh kerajaan kerana bimbang reputasi mereka akan jatuh menjelang PRU13. Hanya warga Lahad Datu yang tahu situasi sebenar. Menurut cerita keluarga saya di sana, memang pengganas ini dijemput masuk atas sebab ingin menuntut kawasan felda dengan janji mereka mendapat tanah dan sebagainya.
    Dan yang lebih menyakitkan hati ada antara pengganas ini sudah memiliki IC sah. Caranya minta askar sultan sulu yang tidak tahu malu itu datang untuk provoke. namun mereka datang dengan tujuan untuk mengambil semula Borneo.Serampang dua mata. Bantu dan rampas. Tidak ada kaitan dengan pembangkang kerana setahu saya rakyat Sabah kini bangkit dan ramai yang sokong pembangkang kerana merasakan tidak terbela dan dipinggirkan sekian lama.Isu ic projek memang berlaku.Dan siapa kami di sabah untuk menyampaikan kebenaran, sedangkan pemimpin kami sendiri menjatuhkan martabat kami. Untuk pengetahuan saudara, rakyat Sulu semakin bertambah di kawasan Lahad Datu dan dikhuatiri mereka ini akan bangkit membalas tindakan kerajaan. Bayangkan 10 orang Sulu terbunuh dan tak mustahil majoriti rakyat Sulu yang ahli keluarganya terbunuh akan membalas dendam dan mengsanya penduduk Lahat Datu?Mangsanya adalah kami penduduk tempatan. Sedangkan kawalan perairan di persempadanan Sabah dan Filipina terlalu longgar sehingga hampir setiap hari mereka keluar masuk tanpa sekatan.Kalau ke Lahad Datu, akan lihat rupa bandar Lahad Datu yang tak ada bezanya dengan pekan di Filipina. Pertambahan penduduk yang mendadak, kebanjiran pendatang Filipina yang bebas menjadikan kami minoriti. Yang jelas, tiada respon yang boleh menjelaskan keadaan sebenar di Lahad Datu.

    Kami juga tidak dimaklumkan dengan terperinci situasi sebenar baik di media kerajaan dan sebagainya. Hanya FB sahaja sumber maklumat kami. Selain maklumat daripada hospital dan agensi kerajaan yang ditugaskan. Malah rakan-rakan polis yang bimbang sedia berkongsi maklumat walaupun tahap kerahsiaan tidak boleh disampaikan sewenang-wenangnya.

    Hari ini perintah berkurung dikuatkuasa pada jam 5 petang sebentar tadi, Anggota keselamatan kita dua terkorban. Pihak pengganas 10 terkorban, 4 cedera dan 4 ditahan. Persoalan saya sebagai orang Lahad Datu, mengapa maklumat ini terlalu sulit ?

    Mengapa media terhalang membuat liputan? Saya kecewa kerana isu besar seperti ini tidak dihebahkan berperingkat seperti highland tower tumbang dulu. Isu ini dikecilkan dan terpinggir sama seperti pembangunan negeri kami yang perlahan. Negeri kami kedua termiskin, kami terpukul, sedangkan kami kaya sumber minyak dan sebagainya.

    Harapan saya biar PRU-13 memihak kepada Pakatan Rakyat, kerana dengan cara itu, kesemua kelaknatan pemimpin BN dan pemimpin Sabah terungkai satu persatu dan rakyat berpeluang bersuara mengadili kepincangan mereka. Kami rakyat Sabah bersandarkan doa rakan-rakan di

    ReplyDelete
  3. UMNO pun dah senyap dlm isu ini dgn DS Anwar Ibrahim. Dah dlm proses saman menyaman. Hi Hi Hii,dah tau bukan angkara Anwar yg UTUSEX dok pi tudoh tu kenapa? Aku pun trtarik dgn ulasan jenderal2 pencen yg tertarik hati dgn PKR dan brceramah atas pentas politik ( sebenar aku pun trtanya2 kenapa ATM/PDRM lambat bertindak) dimana jenderal2 tu pertikai yg ATM/PDRM tak ada perintah yg jelas apa tujuan mereka hadir ke lokasi tu? Bg mereka yg dibesarkn oleh ATM akan tahu perkara pokok dlm sesuatu TASKING...ini ndak ada,mbah.

    ReplyDelete
  4. Dalam satu kajian yg telah disahkan oleh cendikiawan mendapati..... penyokong BN terdiri dari tiga golongan sahaja iaitu:..

    1. MEMANG BODOH
    2. SUKA DIPERBODOH
    3. BODOH SOMBONG

    ReplyDelete
  5. sabah mungkin tidak ada harapan utk mengubah segala-galanya yg kita pernah kecapi suatu masa dulu, hanya satu jalan terakhir urg-urg sabah adalah bersatu utk menumbangkan BN yg selama ini menjadi penjajah di bumi bawah bayu......


    BAYUMURNI.......

    ReplyDelete
  6. kepada rakyat sabah khas nya sebagai rakyat harapan kami agar rakyat sabah memilih lah pada parti yang baru kerna parti yang lama ibarat kereta dah banyak yang rosak dan perlukan pembetulan.injin dan badan harus di simpan di bengkel.jgn pertaruhkan anak cucukita hanya kerna pemberian yang tak memberi kesenangan yang kekal 1atau 2 ratus.jgn mudah di beli dgn wang ringgit ingat ini negeri kta.aku dah malas nak tengok gelagat pemimpin kita sombong.ego suka menunjuk nunjuk pada hal hasil kesusahan rakyat.lemparkan mereka jauh jauh dari hati kita pilih lah pemimpin yang bersederhana dalam penghidupan

    ReplyDelete
  7. lihat lah dengan gelagat datuk di kawasan sekong.perhatikan kenderaan yang di miliki oleh nya ,rumah,dan lain lain beginikah sikap pemimpindan pergilah pula kekampung di bawah jagaan nya lihat lah kedaifan seperti jambatan,dan keadaan rumah sedih aku.jadi nilai lah sendiri dengan kebanyakan pemimpin kita.walau bagai mana pun aku amat berbangga dengan sikap datuk moktar radin yang mesra dan bertangung jawap menjaga kawasan nya pergilah ke bukit garan lihat sendiri kemajuan yang di majukan.tahniah datuk i slute datuk

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.