Saturday, March 2, 2013

Orang Siam & Ahli UMNO Masuk UMNO Menjadi-jadi Di Kelantan

Rosanah Yaacob ialah bekas Ketua Puteri Umno Kampung Pening Lalat. Sekarang aktif dalam wanita Umno.

Anehnya media Umno semalam melaporkan dia menyerah borang menyertai Umno.

Dalam laporan itu dia mendakwa tidak pernah mengundi Umno kerana menganggap PAS sebagai parti Islam.

Ketua PAS Cawangan Gual Tok Deh, Azman Makhtar berkata, Rosanah tidak pernah menyertai PAS atau menjadi penyokong kerana dia aktivis wanita Umno sejak dari dahulu lagi.

“Dia aktif bergiat dalam wanita Umno. Sebelum ini ketua puteri cawangan. Jadi mengapa pula tiba-tiba dia mengaku sebagai penyokong PAS yang baru menyertai Umno.

“Ini adalah cerita lawak yang semakin menjadi-jadi di Rantau Panjang sekarang. Minggu lepas akhbar melaporkan 78 penyokong PAS menyertai Umno, sedangkan sebahagian mereka warga Thailand,” katanya di sini.

Media tajaan Umno semalam melaporkan 100 ahli PAS dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh menyertai Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin parti itu.

Mereka dilaporkan menyerah borang kepada Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Azman berkata, penduduk kampung terkejut dengan dakwaan Rosanah kononnya sebagai penyokong PAS, sedangkan semua orang tahu dia wanita Umno tulen.

Menurutnya juga Kampung Pening Lalat hanya mempunyai sekitar 12 rumah dan sebahagian besar mereka penyokong tegar Umno sejak dari dahulu lagi.

Azman berkata, Ketua Umno Rantau Panjang sekarang benar-benar terdesak sehingga terpaksa mencipta sesuatu yang tidak wujud kemungkinan impiannya untuk menjadi calon parlimen Rantau Panjang.

“Kalau sebelum ini kita sering membaca laporan akhbar orang Umno sertai Umno di Pasir Puteh, namun sekarang berjangkit pula ke Rantau Panjang,” ujarnya.

Katanya juga laporan akhbar yang mendakwa Yaacob Mahmood, 78 sebagai ahli PAS juga cukup mengelirukan kerana dia tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS.

Penghulu Mukim Lubok Gong, Syed Abu Bakar Syed Mohd Nor berkata, Umno Rantau Panjang benar-benar tertekan sekarang sehingga menciptakan cerita yang tidak wujud.

Katanya, Ketua Bahagian Umno Rantau Panjang benar-benar gelisah sekarang sehingga kerap memanggil wartawan membuat laporan berdasar kepada lakonan sesama sendiri.

"Datuk Abdullah bermasalah dengan jenteranya, malah kudis lama dengan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain masih belum sembuh.

“Mungkin dengan taktik mancari publisiti murahan beliau menganggap populariti meningkat semula. Tetapi berdasar kepada percakapan sesama Umno, Abdullah hanya menanti masa untuk disingkir pada pemilihan Umno akan datang,” ujarnya.

Oleh itu beliau menasihat orang ramai tidak mempercayai laporan media terutamanya TV3 dan Utusan yang dilihat bersedia memaparkan banyak lagi lakonan arahan Abdullah.

6 comments:
Write comments
  1. Itu bukan cerita baru...masa aku kecik lagi, inile citer yg UMNO mampu lakukan. Bila kau siasat,ianya samada org UMNO sendiri yg mnyepi atau org yg takde parti pun.Rumah Anuar Musa di Kg Bukit Marak,Kelantan tu tepi rumah aku jer dan ndak pernah menang pun di kampung sendiri. Kem Desa Pahlawan tu jauh dr Parlimen Peringat,tapi dirangka oleh SPR agar kem masuk bawah parliemn beliau pada hal dekat dgn Parlimen Macang atau DUN Kok Lanas. Itu UMNO punya mainan sebab tu dlm tentera,aku sebagai pegawai Unit Komando di Sg Udang,Melaka bermati2an merayu agar anak2 buah aku yg seramai satu squadran ( 30 org ) kena sokong PAS malah memang dlm komando masa tu ramai org PAS pun.

    **yassir arafat.

    ReplyDelete
  2. Orang Kelate panggil Anuar Musang tu bukan Anuar Musa. Banyak dikebas duit Kem.Belia & Sukan termasuk duit PPRT selepa tu. Kaya,bang YB Menteri UMNO nih. Sebab tu mereka tak mau jatuh atau trcicir nama masa PRU. Hilang nama,aku 'tikam kawan' dr belakang biar sama2 rugi. Itu UMNO.

    ReplyDelete
  3. Majoriti Siam amat ramai dalam perhimpunan dgn PM di PERLIS td!! hampir semua bercakap Siam. ahli Umngok hanya 100, dua aje.. Satu propaganda politik juga dari Najib logiuuut.. sandiwara aja


    INGAT KAWAN2 SEMUA, INIKALILAH!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau di Perlis...UMngok ada org Siam, di Sabah ada OM atau PATI lain dan diserata negeri,dah ada bangla & nepal dpt ic. Susah lah negara. Lepas tu tuduh Dato Seri Anwar gadai kdaulatan negara le, agen yahudi le. Eh eh eh..pandai sungguh AMENO ni mohonggg ( bohong ).

    mat komando.

    ReplyDelete
  5. Datuk Bentara Setia Mahaguru Nik Abdul Aziz tengah teruk sekarang. Tentunya Mahaguru kita akan menangis lagi dalam PRU13 kali ini. Ayuh anak2 Kelantan, undi Mahaguru bererti undi para ulama & nabi2. Biarlah Kelantan tidak maju & mundur asalkan Mahaguru kita tidak menangis lagi. UNDI BN bererti kamu fasik & orang jahat. BeeNd itu n,ajis. PAS & PR itu syurga yang abadi..pencen aku halal dalam menentang kezaliman BeeNd. Semoga anak2 Sabah di sini satu pemikiran negatif seperti kami, orang2 Kelantan yang bahagia menipu BeeNd demi sesuap nasi!



    **yassir arafat. Mat Komando Kelantan (makan pencen dgn BeeNd) di bumi Sabah

    ReplyDelete
  6. Nik Aziz tengah teruk? Kah kah kahh,bengap sunggoh pencacai angkatNajis(B) umno. Apa yg teruknyer. Suma pegawai kerajan brpencen brpusu2 masuk parti PAS,UMNO dah nak masuk lianglahad..kamurang kata Nik aziz tengah teruk. BODOSSss.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.