Monday, August 13, 2012

Senator BN berpaling tadah, sokong Pakatan

Sehari selepas kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah, seorang lagi wakil rakyat negeri itu, Senator Datuk Maijol Mahap secara rasmi mengumumkan keluar parti.

Maijol membuat pengumuman itu di kediamannya di Kampung, Goshen, Kota Marudu petang ini.

Katanya, pemimpin bahagian Upko juga akan mengikut jejak langkahnya.

Dalam ucapannya, Maijol berkata beliau hilang keyakinan dengan pengumuman "saat akhir" Najib utnuk membentuk suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat berhubung pemberian taraf kerakyatan kepada imigran di negeri itu.

Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing.


MP Beaufort, juga mengambil tindakan sama pada hari itu.

Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan bahwa naib presiden Upko itu akan bertindak demikian hari ini.

MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga telah menjangkakan perkara sama.

Buat masa ini masih belum jelas sekiranya Maijol akan menyertai Pakatan namun beliau dijangka akan menyertai pembangkang melalui pertubuhan mesra Pakatan yang menggunakan nama Pakatan Perubahan Sabah.

-mk

59 comments:
Write comments
  1. Satu lagi pemimpin 'katak' yang baru.

    ReplyDelete
  2. Biarlah Maijol dengan halatuju politiknya.

    ReplyDelete
  3. Adakah hilang keyakinan dengan pengumuman "saat akhir" Najib untuk membentuk RCI satu2nya alasan Maijol untuk keluar parti??

    ReplyDelete
  4. Biar pun Moijol berpaling tadah tu sudah keputusan dia. Kasi biar.

    ReplyDelete
  5. tidak kisah pun, BN tetap menang.

    ReplyDelete
  6. SIAPA ITU MOJOL O??

    ReplyDelete
  7. selagi maximus ada sana slagi itu la dia tidak dapat calon bn sbb tu dia cuba nasib di parti pembangkang.tapi jangan harap la dia bule manang sbb dia pemimpin yg tak bule harap punya.lompat sana sini

    ReplyDelete
  8. pakatan perubahan sabah tidak akan mendatangkan manfaat kepada rakyat sabah..ianya hanya memanfaatkan pihak2 tertentu saja..

    ReplyDelete
  9. PPS dan APS hanyalah landasan bagi laim dan bumburing untuk melangsungkan kerjaya politik mereka..

    ReplyDelete
  10. apa yang si maijol tidak puas hati? RCI sudah ditubuhkan...masa diberi ialah 6 bulan untuk menyelesaikan isu pati di sabah...

    ReplyDelete
  11. jangan2 si maijol ni tidak puas hati sebab mungkin tidak dicalonkan pada pru13? jadi mahu cuba nasib di pihak pembangkang...

    ReplyDelete
  12. maijol tiada pun, BN sabah tetap boleh menang pada pru13 nanti..

    ReplyDelete
  13. ada katak baru lagi...katak yang tidak ada lopak air sudah...

    ReplyDelete
  14. Apa yang penting ialah kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan taraf hidup penduduk.

    ReplyDelete
  15. He's just a senator, not a big deal.

    ReplyDelete
  16. Bagi saya peninggalannya tidak akan menggugat keamanan rakyat.

    ReplyDelete
  17. Let's give support to Musa.

    ReplyDelete
  18. biarlah mereka yang 'keluar' dari BN...ini hak mereka

    ReplyDelete
  19. biarlah rakyat yang menentukan nasib mereka di PRU nanti

    ReplyDelete
  20. tentunya rakyat sudah bijak memilih parti yang benar-benar dapat memimpin Sabah

    ReplyDelete
  21. semoga kerajaan BN kekal mendapat sokongan padu rakyat Sabah

    ReplyDelete
  22. mari kita tunggu dan lihat kesudahannya nanti

    ReplyDelete
  23. Itu haknya, saya tak hairan pun kalau lepas ni makin ramai yang berpaling arah.

    ReplyDelete
  24. Saya setuju dengan Siti, kita tunggu dan lihat sajalah apa kesudahannya nanti.

    ReplyDelete
  25. Makin kerap isu RCI diperkatakan macam makin banyak pula yang keluar dari BN ni. Ada apa-apa ke?

    ReplyDelete
  26. Keluar masuk tu hal normal. Yang menghairankan ialah makin dekat PRU macam ramai pula yang buat hal.

    ReplyDelete
  27. Tapi tak mengapalah sebab kuasa undi tu ada di tangan rakyat jadi pedulikan saja:P hehe

    ReplyDelete
  28. itu hak dia lah, dia ada pandangan tersendiri dalam isu tersebut lagipun lompat sebelum PRU13. Pilihanraya kali inilah menentukan hak-hak sabah perlu dihormati...Ingatlah Sabah adalah Talian Hayat BN pelbagai kemungkinan bole berlaku.... kita perlu bijak....!

    ReplyDelete
  29. brp tangki sudah c haji logiut najib kumpul KENCING???

    ReplyDelete
  30. Rata-rata pemimpin politik Sabah ada agenda sendiri-sendiri. kalau tak dapat capai dlm politik ini mereka akan keluar dan daftar politik baru. Rata-ratanya tidak dapat dipercayai.

    ReplyDelete
  31. Walaupun Datuk Maijol Mahap secara rasmi mengumumkan keluar parti, tapi tindakan beliau tidak akan membawa impak kepada BN-UMNO. Tidak payah kita menumpukan perhatian pada isu peninggalan parti oleh pemimpin-pemimpin ini.

    ReplyDelete
  32. biarlah dia keluar, BN tak ambil kisah jg.

    ReplyDelete
  33. Inilah kebebasan mereka untuk mengikuti Pakatan Rakyat, kita patut menghormati keputusan mereka. Tapi kita tidak perlu bimbang, Datuk Marcus Mojigoh juga berkata, BN semakin stabil berikutan tindakan keluar parti beberapa pemimpin ini.

    ReplyDelete
  34. Ala...baru itu pun mahu kecoh ka?

    ReplyDelete
  35. BN tetap akan kekalkan kemenangan mereka di Sabah.

    ReplyDelete
  36. biar berapi api komen sudara pmbaca semua..kita tunggu dn lihat sajalah..bagus jg subur demokrasi di alam cyber

    ReplyDelete
  37. jangan bah kamu hentam si Maijol Mahap ini,kesihan bah sama dia,kalau ikut kepada senario PRU12 di Marudu,Dun yang dimenangi oleh PBS Puan Anita Beranting,BN tidak Menang Jika undi tidak berpecah,maksudnya kalau si Maijol bertanding di dikawasan DUN yang ditandingi oleh PBS,mentah-mentah BN hilang 1 kerusi...jadi jangan kamu cakap-cakap si maijol ini katak..silap hari bulan dia jadi menteri tahu

    ReplyDelete
  38. Dalam UMNO pun penuh dengan KATAK termasuk si RAIS YATIM. Dulu dalam Semangat 46 bukan main lagi tuduh orang yang kembali kepada UMNO sebagai PELACUR POLITIK. Lihat sekarang dia sendiri yang jilat pantat Najib!

    ReplyDelete
  39. Suka hati mau pegi mana mau sokong siapa...terpulang yang penting tidak memburukkan parti dulu sudah.

    ReplyDelete
  40. Tidak ada apa yang hendak dikatakan lagi selain dari selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  41. Lompat lagi... tiada pendirian betul..tidak tau apa yang mereka kejar.

    ReplyDelete
  42. Terpulang lah dengan beliau.. Kalau beliau rasa beliau boleh lebih berjaya di sana..teruskan lah. Jangan lepas PRU lompat lagi.

    ReplyDelete
  43. Mungkin beliau ada agenda sendiri, cita-cita besar juga mau jadi menteri.

    ReplyDelete
  44. Tidak apa lah.. BN tetap kuat di Sabah..itu yang lebih penting.

    ReplyDelete
  45. Mungkin ini akan memberi peluang kepada bakal-bakal pemimpin BN yang lebih muda dan berkebolehan.

    ReplyDelete
  46. biar saja dia dengan pendiriannya.

    ReplyDelete
  47. siapa yang akan menang dalam pru nanti, biar rakyat yang tentukan..

    ReplyDelete
  48. sekarang ini semua parti mahukan sokongan rakyat Sabah, jadi buatlah pilihan dengan baik.

    ReplyDelete
  49. persaingan mungkin sengit pad pru akan datang.

    ReplyDelete
  50. apa pun, kelebihan masih pada BN kerana parti2 pembangkang masih gagal untuk bersatu.

    ReplyDelete
  51. Tidak salah melompat parti.

    ReplyDelete
  52. Rakyat sendiri harus menilai parti mana yang harus disokong demi masa depan.

    ReplyDelete
  53. Pertambahan ahli baru di pembangkang akan menyakinklan lagi parti tersebut.

    ReplyDelete
  54. Serba sedikit lompat parti ini akanmenjejas prestasi BN di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  55. Persingan BN dan pembangkang semakin giat, pasti satu pertaruhan politik yang seandai Tsunami di Sabah.

    ReplyDelete
  56. berpaling tadah di saat2 akhir sebelum pilihanraya umum bermula.. kenapa?? tidak dicalonkan? atau Anwar offer jawatan yang lebih baik?

    ReplyDelete
  57. ketika PRU12 lalu juga Anwar pernah buat pengumuman bahawa 31 MP BN akan keluar menyertai Pakatan.. adakah ini memang cara Anwar untuk menumbangkan parti lawan?

    ReplyDelete
  58. macam mana sekalipun usaha Anwar untuk menghasut MP BN untuk keluar menyertai beliau, saya yakin beliau tetap akan kekal sebagai ketua pembangkang selepas PRU13..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.