Kali ini saya kembali menyebut satu isu yang pada saya sepatutnya menjadi satu isu basi dan tidak lagi diperbesarkan. Isunya ialah isu penyertaan saya dan beberapa orang Melayu dalam Parti Tindakan Demokratik, DAP.
Saya tahu ini merupakan isu yang tidak berapa laku lagi sekarang kerana orang ramai tahu yang momokan UMNO dan penyokongnya dalam isu ini semakin hari semakin pudar dan sudah tidak diterima oleh rakyat yang ramai.
Saya tidak berminat untuk melayan momokan ini, tetapi terlalu ramai sahabat dan rakan-rakan yang menyokong saya menyertai DAP ini meminta saya menyebutnya sekali lagi, setidak-tidaknya buat kali terakhir. Mereka yang menyokong saya meliputi penyokong-penyokong saya dari seluruh negara dan ramai di antara mereka meminta saya menulisnya lagi.
“Penyokong UMNO ini malas berfikir. You mesti beritahu mereka selalu, kalau tidak mereka lupa. Orang yang malas berfikir mesti diperingati selalu sebab mereka payah untuk memahami isu-isu penting ini. Mereka ini tidak pernah dilatih untuk berfikir sebaliknya dilatih untuk mengangguk sahaja,” kata beberapa orang yang menyokong saya menyertai DAP walaupun mereka ini hanya sekadar penyokong yang akan memberikan undi kepada DAP.
Sebenarnya apa yang hendak saya sebutkan lagi kerana semuanya sudah disebut banyak kali. Apakah benar yang DAP itu adalah parti Cina? Mungkin DAP itu disertai oleh ramai orang Cina tetapi ia bukan parti Cina. DAP adalah parti berbilang kaum yang memperjuangkan nasib semua bangsa. Parti ini memperjuangkan kebersihan dalam pentadbiran kerajaan yang sangat kotor pada masa kini. DAP memperjuangkan ketelusan dan menolak isu rasuah yang banyak berlaku dalam kerajaan dan pimpinan BN sekarang ini.
Di mana-mana saya pergi, dari utara ke selatan, dari timur ke barat saya berjumpa dengan ribuan orang dan tidak ramai yang membangkang saya setelah saya berikan ‘rationale’ kenapa kita tidak perlu takut untuk memberi sokongan kepada DAP yang merupakan salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat ini. Saya bukannya duduk di rumah berdiam diri. Saya selalu meninggalkan rumah untuk pergi ke merata-rata daerah dan tempat dalam negara ini. Saya dijemput untuk berceramah dan memberikan penerangan kenapa kita tidak perlu gusar untuk memberikan sokongan kepada DAP.
BN khususnya UMNO memang begitu takut dengan pengaruh DAP tetapi sebesar mana pun pengaruh DAP itu ia tidak akan menguasai kerajaan dan Putrajaya jika Pakatan menduduki Putrajaya itu. DAP akan menurunkan hanya seramai lebih kurang 50 kerusi sahaja dalam pilihanraya yang akan datang. Jika DAP menang kesemuanya, parti yang saya anggotai ini tidak akan terjadi apa yang dikhuatiri oleh segelintiran orang Melayu. Takkanlah nak buat kiraan yang senang ini pun mereka (penyokong BN totok) tidak mampu?
Tetapi jika DAP menang semua kerusi, ia memang penting untuk perjuangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Pertamanya, parti ini mempunyai rekod ketelusan dalam pentadbiran, Pulau Pinang misalnya. Jika DAP bersama-sama dengan PAS dan PKR menguruskan Putrajaya itu sudah pasti DAP akan memainkan peranan untuk keadilan ini. Yang pentingnya kita mempunyai kerajaan yang bersih daripada noda rasuah yang menggila dan menjadi benteng kepada perompak harta rakyat seperti yang lazim berlaku sekarang ini.
Saya menjadi ahli UMNO selama 40 tahun dan di dalamnya saya telah menjerit dan berbuat segala-galanya untuk mengingatkan parti itu supaya berbuat yang baik dan jauhi segala kemungkaran terhadap politik dan ekonomi negara. Tetapi saya siapa? Tidak ada siapa yang mendengarnya kerana saya hanya seorang picisan dalam UMNO yang begitu kuat budaya mengampu dan membodek ini. Saya yakin dengan sebenar-benarnya yang kebaikan itu tidak akan datang malahan hanya kerosakan sahaja yang akan wujud, ‘from bad to worst’.
Maka saya bertindak untuk bersama DAP dan, ‘I want to grow old with this party’. Saya merasakan bahawa parti ini juga boleh memperbaiki diri saya kerana saya telah begitu lama dalam UMNO dan saya memerlukan parti yang boleh memperbaiki sikap dan nilai dalaman saya dalam perjuangan politik negara ini. Bunyinya besar tetapi saya tetap seperti dahulu, bukannya orang yang mempunyai apa-apa kedudukan dan tidak bergelar serta bernama seperti rakan-rakan yang lain yang mengampu ke hulu dan ke hilir itu.
Saya sebutkan kita mesti menyertai parti yang boleh memperbaiki diri kita dan saya merasakan DAP telah pun sedikit sebanyak memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada sedikit sebanyak di dalam diri saya. Kalau saya masih berada di dalam UMNO saya tidak akan memperbaiki diri saya kerana UMNO tidak terjumpa nilai-nilai kemanusiaan yang baik dalam perjuangan selain daripada memperjuangkan nasib peribadi mereka semata-mata.
Bermacam-macam yang saya alami sejak menyertai DAP. Ada sahabat karib yang meninggalkan saya terus kerana marah-marah kerana mereka percaya pada momokan UMNO dan BN. Tetapi saya mendapat penyokong baru yang begitu ramai dan mereka tidak putus-putus menghubungi saya dan bertukar-tukar fikiran sesama kita. Alhamdulillah, usaha saya itu berbaloi dan ramai orang Melayu yang akan bersama saya untuk mendokong DAP sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat.
Saya sekarang yakin bahawa PAS, DAP serta PKR akan mendapat dokongan rakyat dalam pilihanraya kali ini dan saya tidak sabar juga untuk melihat perubahan untuk kebaikan itu dalam pilihanraya kali ini. Saya akan bergembira melihat perubahan untuk kebaikan ini berlaku semasa saya masih hidup dan bernyawa ini.
Kepada rakan-rakan saya yang berada jauh dan dekat, ayuh kita teruskan usaha kita dan kepada mereka yang tidak gemar oleh kerana momokan UMNO itu, biarkan sahaja mereka di sana. Kita wajar memandang ke hadapan tanpa menoleh kebelakang lagi. Yang penting negara kita ini kita ubah untuk kebaikan bersama.
Sekarang apa masalahnya lagi? Pemimpin yang rasuah sekarang mungkin bermasalah, tetapi rakyat tidak ada masalah.
Oleh Aspan ALias
Thursday, August 9, 2012
DAP menang bersama PAS, apa masalahnya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lebih baik brsama PR kerana DAP tak halang perundangan islam malah KM Penang nak laksana pentadbiran spt Khalifah Umar Ab Aziz. Manakala MCA yg brsama BN terang2 cabar UMNO jika mahu atau brhasrat nak laksana hudud ( hukum Tuhan ). Ibarat kita naik motor seorg cina yg pakai seluar pendek utk kejar pencuri tapi jika brsama BN ibarat naik motor cina utk sama2 ke dangdut. Pilih mana satu jawapan anda, A atau B atau semua diatas. Saya hairan macammana 'Tok Guru' Sa'amah dr satu pondok dKelantan boleh keluar fatwa pengharaman ke atas DAP. Kita kena lihat dr aspek yg luas. Patut le pondok beliau(Pondok Geting) d Tumpat tu dah 'malap' sekarang. Nik aziz yg didatangi oleh segenap pelusuk masyarakat dari segenap pelusuk negeri utk belajar agama tu senang2 dicap 'kafir' oleh tok guru Sa'amah tadi. Orang yg terang2 brsama MCA yg tolak dan cabar UMNO agar jgn terima sistem Islam, tidak pulak beliau berani 'fatwakan'.
ReplyDeleteterasa macam nak join DAP pulak apa pun Tahniah buat saudara Aspan Alias yg mempunyai maksud sama dengan apa yang saya juga fikirkan selama ini saya sgt bersetuju dengan anda semuga berjaya Pakatan Rakyat dan di beri kekuatan
ReplyDeleteDimana sj anda dn kawan2 berada dikawasan anda mgundi dalm pilihan raya kali ini lah kita tiada beza perlu undi antara satu parti PAKATAN ia itu AYUH kita sama2 ikut ROKET naik BULAN cari KEADILAN supy rakyat hidup senang dalam P A K A T A N. Hari ini sampai bila2 kerajaan UMNO/BN sudh tak relevn lagi UBAH 1 MALAYSIA. TUUUKAR supy rakyat nikmati
ReplyDeleteMCA n MIC? UMNgOk x sedar zip seluarnya TERBUKA???
ReplyDeleteDAP menang rasanya itu tidak hairan. Tapi kalau PAS yang menang itu yang hairan. Tengok saja apa yang berlaku di Sarawak sendiri, DAP boleh menang beberapa kerusi lagi. Tapi PAS langsung tidak ada.
ReplyDeleteMari kita lihat setakat mana kemampuan parti PR ini pada PRU13 akan datang.
ReplyDeleteParti berasaskan agama dan kaum memang sudah semakin kurang sambutan@tidak relevan.
ReplyDeleteBergantung dengan individu masing2. lain orang lain pandangannya tentang sesuatu parti.yang penting PRU nanti tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
ReplyDeleteLebih kerajaan yang mengutamakan semua rakyat pun hanya melayu dan Islam
ReplyDeletePAS tu hanya mahu menarik perhati dan undi rakyat beragama Islam saja.
ReplyDeletePAS mahu tarik pengundi bragama Islam le sebab UMNO dah amik pengundi yg tak mahu Islam. Betul le tu.
ReplyDeleteJika bergabung pun bagus juga mungkin.
ReplyDeleteTidak ada masalah jika mereka dapat malakukan kerja dengan baik.
ReplyDeleteInilah rahmat yg kita tgk hasil dari berlakunya kesepakatan dlm Pakatan. Betullah kata datuk fauzi, PAS & DAP amat x serasi & ibarat kucing dgn anjing sblom ini. Tapi setelah bersepakat dlm Pakatan, PAS & DAP telah pun menjalinkan kerjasama, yg x mungkin kita lihat sblom ini. Bukan setakat itu sj, melayu & cina sudah semakin rapat & akrab, melalui kesepakatan dlm Pakatan ni. Inilah hikmah disebalik apa yg berlaku. Klau x terjadi pakatan rakyat yg dicetuskan oleh Keadilan ini, x bertemu antara PAS & DAP, & x jugak bersepakat dlm byk hal. Tapi skrg, tembok pemisah telah pun dipecahkan. Yg ada skrg adalah kesepaduan yg jitu antara bangsa melayu & cina. Skrg ini, x pelik jika kita tgk org DAP memakai baju berlogo PAS, atau mengibarkan bendera PAS. Begitu jugak sebaliknya, x pelik kita tgk org2 PAS mengibarkan bendera DAP. Krn mereka sudah sperti adik beradik dlm Pakatan. Adik beradik yg bernama keadilan, pas, dap yg telah menyatukan semua bangsa dibawah panji perjuangan keadilan & kebenaran. Alhamdulillah...
ReplyDeleteDAP dan PAS berlainan fahaman tapi mereka boleh bekerjasama.
ReplyDeleteTV3suku pada 11 Ogos 2012; 8.30 mlm, telah siarkan rakaman kenyataan giler Karpal mengenai hudud. Karpal ni satu lagi bangsat..kau tau BN tu cari modal utk hentam PR,kau pulak yg keluar statement bangang. Buat lah persediaan utk humban BN ke longkang,kau pulak buat statement merugikan pakatan. Patut mampus jer bangsat tuh. Kenapa lah dpt lumpuh jer? Statement tu diambil dr Tun Sallah Abas masa jadi Lord President dulu yg kata hudud tak bole laksana dnegara ini. Statement tu dah 30 tahun lampau kot,kenapa dipanaskan balik yg sepatutny adah takde isu. Pemimpin trtinggi DAP pun dah faham apa itu hudud. Ianya bukan nak potong kote Karpal pun,ia utk org Islam. Sekejap naik pentas PR sokong PAS dan kata faham hudud serta puji MB Kelantan,tapi sekejap hentam PAS. Semua kaum cina dan india dah faham benar dgn hudud..dia sorang pi putar alam. Ehh,kalu banggali tu banggali jugak le..
ReplyDeleteAnak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.
ReplyDeleteTamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.
Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.
Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.
"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.
"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.
Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.
Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.
"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.
"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Umno," katanya.
http://harakahdaily.net/index.php/headline/12441-tamrin-keluar-umno-serah-borang-sertai-pas
ReplyDeletenamun hari ini PAS / DAP bukan sahaja dapat menjana pembangunan ekonomi dengan baik tetapi juga berjaya meninggikan rasuah / penyelewengan dlm diam dilakukan oleh wakil2 yg dipercayainya. Husam/ Ronnie/ Abdullah Sani/ Teo Ni Ching/ Teresa Kok/ Tan Teck Seng/ Faizah/ Chai Hong.. Sesiapa sahaja boleh memerintah sebuah kerajaan, tp janganlah merapu, sentiasa bodoh sombong dan gedebeh!
yupp!! fakta2 penyelewengan & surat2 mereka juga suda ada bhaa. banyaaakkk lagi termasuk video seks pemimpin DAP dgn .. tapi aku takutla dengan gangters penang!! huhu
ReplyDeleteSaudara-saudara sekelian percayalah,
ReplyDeleteKita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Parti Pas banyak melakukan penyelewengan untuk meraih simpati rakyat dan sebilangan rakyat yang jahil dan tidak memahami ajaran Islam sebenar akan mudah terpengaruh dengan hujah PAS yang menyeleweng. Sebahagian dalil yang sukar disangkal Pas tersenarai dibawah;
ReplyDelete• TAA'SUB
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taasub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.
• JUARA PERPECAHAN
PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.
• MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.
• AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.
• SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.
• MENANAM PERASAAN BENCI
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.
• PENYALAHGUNAAN WANG DERMA
Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.
• PENYELEWENGAN WANG AMANAH
Penyelewengan PAS terhadap wang ?Darul-Mal? yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.
para panganut pas sadin aja.. mental block & passionate dgn mahaguru `ayah pin` mereka. gaji dari krj ambil setiap bulan coz ia turun dari langit (n ajis). mereka mencipta dasar yg mesti diikut mambuta tuli oleh para panganut pas.
ReplyDeletesebelah kaki kat syurga dah! mengkritik / bersama umno dikira fasik. tergelincir aqidah. jadi ndak bole msuk syurga! jika dgn dap / si mata lebam yakjuj makjuj nda kisah pula. ulama ulama tersohor pun dikira terompah kayu jika tidak menyokong pas.
pada aku juga hj hadi + n ajis ini pengembang ajaran sesat & bertopeng islam. jika kau orang ke sabah, discuss dgn yab pairin si peguam yg hanya senyum lihat galagat kau orang! baru kau orang tau langit tinggi ka rendah ka??
vote pbs!
ini lagi...dalil-dalil penyelewengan pas!
ReplyDelete• MEMBOHONGI JANJI
Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan.
• JANJI KOSONG
PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan.
• KENYATAAN PALSU
Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri.
• MAKSIAT DI KELANTAN
Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di Kelantan.
• BERMAIN DENGAN HUKUM HUDUD
Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan.
• PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN
Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS.
• CAKAP LAIN BUAT LAIN
Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah dengan terus memakai kereta mewah.
• MEMPERTAHANKAN KEBATILAN
Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu.
• FATWA YANG MEROSAKKAN
Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini.
...ada lagi nih
jangan interrupt ya..lagi bukti-bukti penyelewengan pas yg tak didedah oleh BN!
ReplyDelete• MENGHASUT
PAS menyuburkan perbuatan mengumpat.
• MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM
PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat begitu besar dan ini bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam.
• BAHASA LUCAH
Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku Shit ?
• PENYALAHGUNAAN PONDOK
PAS telah mengguna pondok-pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh bukan golongan mereka.
• MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK
PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap Kerajaan.
• MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR
Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap pemimpin Islam.
• FITNAH TERHADAP KERAJAAN
Meracuni pemikiran mahasiswa Islam dengan menabur fitnah dan menanam rasa benci terhadap kerajaan.
• ABAI TANGGUNGJAWAB
PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan orang lain.
• MAHU TAPI MALU
PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh kerajaan.
• TANAM KEBENCIAN ORANG RAMAI
Buku-buku yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan.
..ada lagi beratus-ratus fakta tentang pas! tapi saksikanlah betapa mental block dan emosi nya marika
Pas dakwa pejuang negara Islam dan hudud, manakala DAP bantah penubuhan negara Islam dan menentang hudud, yang akhirnya menjadikan dua parti itu akan bertelagah.
ReplyDeleteDatuk Ibrahim Ali menjelaskan, komponen Pakatan Rakyat, PAS dan DAP akan menghadapi masalah untuk memimpin negara secara bersama ekoran terdapatnya perbezaan ideologi dalam kedua-dua parti berkenaan.
“PAS dan DAP akan menghadapi masalah membentuk kerajaan bersama sekiranya mereka memerintah, mereka perlu menyelesaikan masalah perbezaan ideologi sebelum menjadi pemerintah,” katanya.
Ibrahim berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan pandangannya terhadap manifesto yang akan dikeluarkan Pakatan Rakyat pada 14 Januari depan.
“Perkasa akan melihat siapa penganjur dan pemimpinnya sebelum menyokong manifesto berkenaan, kami tidak mahu ambil risiko, semua orang boleh berjanji, tapi masalahnya adalah menunaikan janji berkenaan,” katanya.
Menurut Ibrahim, sebarang perubahan terhadap dasar negara ini memerlukan pendekatan yang berhati-hati kerana banyak negara luar yang mengalami perubahan menjadi semakin buruk.
“Kita lihat kes Dataran Tahrir, Mesir bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi bertambah buruk.
“Evolusi negara ini bukan perkara mudah, ia memakan masa dan perlu lebih berhati-hati, pendirian Perkasa jelas, kami akan melihat sejauh mana mereka betul-betul ikhlas, kemudian baru kami akan bat keputusan,” jelasnya.
--KELATEKITO.NET
bn x nafi hak kelantan, TAPI PAS nafi air Kelantan
ReplyDeleteBACHOK - Barisan Nasional (BN) sentiasa adil tanpa menafikan hak rakyat Kelantan berbanding dengan Pas yang menafikan hak rakyat untuk mendapat bekalan air bersih dan terpaksa menunggu 22 tahun.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum.
Beliau juga menegaskan rakyat Kelantan sebenarnya tidak berhak dibebani masalah air selama 22 tahun di bawah pemerintahan Pas.
Justeru Najib memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada PAS untuk memerintah sejak 1990.
Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa erlaku adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.
"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah.
Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat, di sini semalam.
Najib menegaskan kerajaan pusat sememangnya berlaku adil dan telus dengan tidak memilih "bulu" dan membezakan fahaman politik, dalam memenuhi kepentingan rakyat.
"Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini.
"Datuk Pa (Mustapa) jadi sasaran, Awang Adek jadi sasaran, saya juga jadi sasaran, kononnya kami ini tipu rakyat Kelantan. Di bumi Kelantan ini, bulan Ramadan, kami tidak menafikan hak rakyat kelantan.
"Kita nak berlaku adil, telus, nak buka buku baru kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun," katanya.
Perdana Menteri berkata bagi menyelesaikan isu tuntutan bayaran tunai itu, kerajaan Pusat menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu itu kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Najib berkata beliau sudah mengutus surat kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memilih seorang wakil bagi menganggotai jawatankuasa itu.
Beliau mahukan wakil itu seorang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti sebaliknya mempunyai semangat dan jiwa rakyat Kelantan.
**ali mat
kita tunggu fatwa nik aziz mengenai undi muslim pada dap
ReplyDeletePengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti secara keras menentang hudud, hukum yang wajib di dalam Islam.
Lebih malang DAP adalah sekutu dalam pakatan pembangkang termasuk Pas dan PKR.
Kini sudah tiba masanya Pas mengeluarkan satu fatwa baru untuk penyokongnya terhadap sekutu pembangkang yang menentang hudud sebelum tibanya pilihan raya umum ke-13.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Ibrahim Ali berkata persoalan itu perlu dijawab oleh Pas kerana jelas Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Beliau berkata, begitu juga dengan hukum daripada sudut syarak mengenai arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi Pas seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta ahli-ahli parti mereka mengundi DAP.
"Adakah ia dibolehkan atau tidak, memandangkan DAP terang-terang mengecam penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Ini bukan soal Pas, tetapi kecaman yang dibuat oleh Karpal itu jelas melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam.
"Satu perkara lagi, dahulu ada kepercayaan di kalangan ahli Pas khususnya semasa diadakan kempen-kempen pilihan raya iaitu mengundi Pas masuk syurga, namun kini timbul pula persoalan apa pula hukum mengundi DAP dalam keadaan DAP menolak negara Islam,'' katanya dalam laporan Utusan Malaysia.
Beliau mengulas ketegasan Karpal bahawa DAP akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang pada pilihan raya akan datang.
Kontroversi pelaksanaan hukum hudud timbul semula berikutan dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hasan kononnya DAP kini memahami dan menerima pendirian parti itu mengenai negara Islam tetapi ia segera disanggah Karpal dengan menegaskan beliau tidak akan bertolak-ansur dalam isu pelaksanaan hukum tersebut.
*kaizer daris
geger hudud sajo x sohor tok guru kalu 18 tahun tak laksano
ReplyDeleteSeorang penduduk kesal dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak peduli sekiranya Pengerusi DAP, Karpal Singh terus membuat kenyataan menolak negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.
Abdullah Karim, 47, berkata tindakan seolah-olah Pas cuba lepas tangan dalam isu hudud dan membenarkan DAP terus menentang undang-undang itu tanpa sebarang tindakan yang konkrit.
"Geger pasal hudud untuk buruk orang Islam lain tok sohor kalu 18 tahun tak laksana. Lo nie DAP sedap kato tolak Hudud, Pas boleh senyap jah," katanya.
Bagi penganalisa politik tindakan Nik Aziz seolah-olah membenarkan parti politik sekutunya mempermainkan agama demi menjaga hubungan kerjasama pakatan pembangkang.
"Ini adalah bukti bahawa Pas kini sanggup menggadaikan agama demi mendapat kuasa politik. Mereka dilihat telah menghalalkan yang haram demi mengikut selera mereka," katanya.
Bagi beliau sifat Pas kini sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal parti itu yang kini lebih bersifat sekularisme.
Semalam Nik Aziz berkata kenyataan yang dibuat Karpal itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai mengenai negara Islam dan hukum hudud yang sebenarnya.
"Saya setuju biar dia 'geger' sokmo (selalu bising), daripada geger itulah orang faham tetapi jangan caci, guna akal kita,'' katanya.
Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.
Menurut Karpal, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.
--KELATEKITO.NET
DAP dan PAS, macam tak percayalah.
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat sama ada gabungan DAP dan PAS ini akan berjaya semasa PRU-13.
ReplyDelete